Lamborghini telah mengumumkan pengenalan model SUV mereka iaitu Lamborghini Urus pada 4 Disember 2017 yang disasarkan untuk pasaran dalam tahun 2018. Nama itu berasal dari Urus, nenek moyang lembu domestik moden, juga dikenali sebagai aurochs.
Kereta konsep telah diumumkan pada Pameran Auto Beijing 2012 pada 23 April 2012. [3]. Kereta konsep juga ditunjukkan di Pebble Beach pada tahun 2012.
Konsep UV ini telah diperkenalkan di acara Pebble Beach Concours d'Elegance dalam tahun 2012.
Lamborghini Urus tidak akan menggunakan mesin V10 atau V12 seperi lazimnya untuk kereta Lamborghini. Sebaliknya, Lamborghini telah membangunkan sebuah enjin 4.0 L dwi-turbo V8 yang baharu. Lamborghini mendakwa enjin ini digunakan semata-mata oleh Lamborghini, sekaligus menyingkirkan tohmahan bahawa ia hanyalah versi tala-semula enjin Audi 4.0L V8 yang digunakan di beberapa model Audi S dan RS dan barisan A8, dan juga dikongsi oleh Bentley pada model Continental V8 coupe dan Flying Spur V8 mereka.
Lamborghini Urus ini lebih ringan daripada kebanyakan SUV kerana penggunaan polimer bertetulang gentian karbon yang meluas, walaupun ia berdasarkan platform yang sama seperti Audi Q7, Bentley Bentayga, Porsche Cayenne, dan Volkswagen Touareg. Urus akan menampilkan 650 enjin dwi-turbo V8, dan akan ada versi hibrid plug-in. Urus akan mempunyai susun atur enjin di depan, empat tempat duduk dan pacuan semua roda. Urus dianggarkan mampu mencapai kelajuan maksimum 328 kmj, yang menjadikannya sebagai SUV pengeluaran terpantas di dunia, menewaskan Bentley yang berkelajuan 301 kmj.
Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini Stephan Winkelmann memberitahu bahawa Urus akan dikeluarkan, mereka menjadikannya SUV pertama jenama sejak LM002. [6] [7] Pengeluaran akan bermula pada bulan Februari 2018 dan Lamborghini merancang untuk membina 1000 unit pada tahun pertama pengeluaran, dan 3500 pada tahun 2019.
Mungkin pemilik kereta pengeluaran terpantas dunia iaitu Honda Civic Type-R juga kan berminat untuk memiliki Urus sebagai sebahagian koleksi mereka.
Confederate Motors dijenama semula, akan keluar motosikal elektrik
Apa ada pada jenama? Banyak. Confederate Motors telah membina reputasi yang menarik sebagai jenama yang bereka bentuk 'avant garde' atau maju bagi jentera dua roda V-twin sejukan udara. Mungkin ramai yang mengenalinya kerana ia menjadi salah satu jenama motosikal yang paling digemari pelakon terkenal Tom Cruise yang membintangi filem aksi seperti Mission Impossible.
Namun begitu model Confederate FA-13 Combat Bomber akan menjadi model terakhir Confederate untuk menggunakan enjin pembakaran dalaman, kerana syarikat itu akan beralih kepada reka bentuk motosikal elektrik selepas ini.
Syarikat itu akan dinamakan semula sebagai penghormatan kepada perintis motosikal dan perintis penerbangan Glenn Curtiss, tetapi kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana motosikal Curtiss baru itu mengembangkan reka bentuk estetika Confederate yang tersendiri.
Bos Confederate Motors, Matthew Chambers, menjelaskan bahawa syarikat itu akan mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja barisan cruiser Combat Bomber yang baharu ini habis dijual.
Curtiss merupakan seorang penunggang motosikal yang mencatat beberapa rekod kelajuan bumi rasmi dan tidak rasmi pada zamannya. Sama ada pesawat terbang atau di atas jentera dua roda, Curtiss dikenali sebagai revolusioner yang tidak takut untuk mencuba perkara-perkara baharu - dan itulah yang akan dilakukan oleh Curtiss Motorcycles. Curtiss telah mengumumkan bahawa model pertama mereka akan dipanggil Hercules, dan ia akan dikuasakan oleh dua motor Zero. Jentera elektrik baharu ini dikatakan akan menjana sekitar 175 hp dan tork kira-kira 290 lb-ft.
Mengapakah terjadinya perubahan tiba-tiba dalam jenama dan halatuju ini? Mungkin tidak mengejutkan untuk mengandaikan bahawa jenama Confederate bukanlah moniker ideal dalam iklim politik Amerika hari ini. Konotasi negatif yang tidak disenangi sebegitu disedari tidak jualan, dan kerana ini syarikat itu merasakan keperluan untuk penjenamaan semula. Presiden Confederate, Matthew Chambers dilaporkan berkata, "Saya rasa kita kehilangan banyak perniagaan dengan nama itu. Kami juga telah terlepas banyak peluang penjenamaan. Jadi, sudah tiba masanya untuk mempersarakannya."
"Kami tidak boleh pergi lebih jauh dari ini. Kami telah mencecah had kami. Perkongsian baru dengan Zero Motorcycles akan membolehkan Curtiss Motorcycles menghasilkan jenis motosikal dengan loji kuasa baharu."
Jadi, apa ada pada nama? Banyak, kan?
Seperti MODENAS, hingga kini belum berjaya mengeluarkan enjin secara besar besaran setelah 22 tahun berlalu, walaupun jenama tersebut merupakan singkatan untuk Motosikal Dan Enjin Nasional. Mungkin perlu dijenamakan semula sebagai MONAS sahaja....?
Namun begitu model Confederate FA-13 Combat Bomber akan menjadi model terakhir Confederate untuk menggunakan enjin pembakaran dalaman, kerana syarikat itu akan beralih kepada reka bentuk motosikal elektrik selepas ini.
Syarikat itu akan dinamakan semula sebagai penghormatan kepada perintis motosikal dan perintis penerbangan Glenn Curtiss, tetapi kita perlu menunggu untuk melihat bagaimana motosikal Curtiss baru itu mengembangkan reka bentuk estetika Confederate yang tersendiri.
Bos Confederate Motors, Matthew Chambers, menjelaskan bahawa syarikat itu akan mencuba sesuatu yang baharu sebaik sahaja barisan cruiser Combat Bomber yang baharu ini habis dijual.
Curtiss merupakan seorang penunggang motosikal yang mencatat beberapa rekod kelajuan bumi rasmi dan tidak rasmi pada zamannya. Sama ada pesawat terbang atau di atas jentera dua roda, Curtiss dikenali sebagai revolusioner yang tidak takut untuk mencuba perkara-perkara baharu - dan itulah yang akan dilakukan oleh Curtiss Motorcycles. Curtiss telah mengumumkan bahawa model pertama mereka akan dipanggil Hercules, dan ia akan dikuasakan oleh dua motor Zero. Jentera elektrik baharu ini dikatakan akan menjana sekitar 175 hp dan tork kira-kira 290 lb-ft.
![]() |
| Glenn Curtiss dengan motosikal berenjin v-8 dalam tahun 1907 |
"Kami tidak boleh pergi lebih jauh dari ini. Kami telah mencecah had kami. Perkongsian baru dengan Zero Motorcycles akan membolehkan Curtiss Motorcycles menghasilkan jenis motosikal dengan loji kuasa baharu."
Jadi, apa ada pada nama? Banyak, kan?
Seperti MODENAS, hingga kini belum berjaya mengeluarkan enjin secara besar besaran setelah 22 tahun berlalu, walaupun jenama tersebut merupakan singkatan untuk Motosikal Dan Enjin Nasional. Mungkin perlu dijenamakan semula sebagai MONAS sahaja....?
Labels:
confederate,
curtiss,
FA-13 Combat Bomber,
Modenas,
v-twin
Azlan Shah muncul Juara ARRC 2017
Azlan Shah Kamaruzaman mengesahkan gelaran selaku Juara Asia masing sebaik Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu (ARRC) musim 2017 melabuhkan tirai di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand semalam.
Azlan yang beraksi untuk musim kedua bersama Manual Tech KYT Kawasaki Racing merekodkan gelaran keduanya dalam kelas SuperSports 600cc ARRC selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk mengumpul 155 mata keseluruhan, hanya dua mata mengatasi rakan senegara, Mohd Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda Racing).
Azlan bermula dengan baik dari petak keempat untuk bersaing dalam kelompok empat pelumba bersama-sama Chalermpol Polaimai, Anthony West dan Thitipong Warokorn manakala Apiwat Wongthananon bersendirian mendahului perlumbaan sehingga ke garisan penamat.
Selepas berada di kedudukan keempat pada satu ketika, Azlan terpaksa mengerah jentera pada saat akhir untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga dengan masa keseluruhan 29’59.060s manakala Apiwat muncul juara dengan masa keseluruhan 29’53.158s. West menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua, 29’55.549s.
“Pasukan kami bekerja keras sepanjang malam untuk menyiapkan jentera saya selepas prestasi tidak begitu baik sewaktu perlumbaan pertama semalam. Saya berterima kasih kerana mereka tidak berputus asa dan sentiasa menyediakan yang terbaik untuk saya,” jelas juara musim 2013 itu.
Tambahnya, “Dari awal perlumbaan saya tahu yang saya perlu menamatkan perlumbaan di kedudukan terbaik. Pada masa sama juga saya perlu menjaga tayar saya sehingga ke penamat. Strategi saya berjaya dan membantu untuk memintas Chalermpol pada pusingan terakhir,” jelas Azlan yang turut membantu pasukan Kawasaki muncul pasukan terbaik selepas kali terakhir mereka memenangi pada tahun 2011.
Penamat di tangga ketujuh meletakkan Zaqhwan sebagai naib juara keseluruhan dengan 153 mata manakala Taiga Hada (RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10) yang tamat di kedudukan kelapan di tangga ketiga keseluruhan dengan 149 mata.
KEPUTUSAN
SUPERSPORTS 600CC
1 Apiwat Wongthananon (THA) Yamaha Thailand Racing TEAM 29:53.158s
2 Anthony West (AUS) Akeno Speed Racing 29:55.549s
3 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 29:59.060s
4 Chalermpol Polaimai (THA) Yamaha Thailand Racing Team 29:59.543s
5 Thitipong Warokorn (THA) Kawasaki Thailand Racing Team 29:59.656s
Kedudukan Keseluruhan Individu
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 155 mata
2 Md Zaqhwan Zaidi (MAS) MUSASHi Boon Siew Honda Racing 153 mata
3 Taiga Hada (JPN) RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 149 mata
4 Yuki Ito (JPN) Yamaha Racing 141 mata
1 Ahmad Yudhistira (INA) Manual Tech KYT Kawasaki Racing 125 mata
Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1 Manual Tech KYT Kawasaki Racing (Kawasaki) 182 mata
2 Yamaha Thailand Racing Team (Yamaha) 165 mata
3 MUSASHi Boon Siew Honda Racing (Honda) 161 mata
4 RAMA Honda by NTS T.Pro Ten 10 (Honda) 155 mata
5 Yamaha Racing (Yamaha) 151 mata
Akid rangkul Juara 150 cc ARRC
Md Akid Aziz mencatat sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan pertama kategori Underbone 150cc sekaligus turut menamatkan penantian juara underbone dari Malaysia setelah kali terakhir dimenangi Mohd Affendi Rosli pada tahun 2009.
Pelumba UMA Racing Yamaha Maju Motor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan untuk mengumpul 177 mata keseluruhan, 12 mata mengatasi naib juara, Wahyu Aji Trilaksana (Yamaha Racing Indonesia) manakala tempat ketiga keseluruhan menjadi milik rakan sepasukan Akid, Md Haziq Md Fairus yang mengumpul 141 mata keseluruhan selepas menamatkan perlumbaan terakhir musim 2017 di tempat ketujuh.
“Saya menghadiahkan kemenangan ini kepada pasukan, keluarga dan juga rakyat Malaysia. Pada perlumbaan akhir tadi saya lebih berhati-hati kerana tidak mahu kesilapan semalam berulang dan merancang strategi terbaik bersama Haziq. Syukur kerana akhirnya kami berjaya memenangi gelaran individu setelah turut berjaya menjuarai kategori berpasukan,” jelas Akid.
Gelaran ini adalah gelaran keseluruhan kedua Akid pada tahun 2017 setelah turut muncul juara keseluruhan CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.
Saingan Perlumbaan 2 dimenangi oleh Azroy Hakeem Anuar (Yuzy Honda Vietnam Racing) yang menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa 16’46.680s diikuti Wahyu di tempat kedua, 16’46.786s manakala Md Helmi Azman (ONEXOX TKKR Racing Team) yang menamatkan perlumbaan di tangga keempat dengan masa keseluruhan 16’46.859s naik ke kedudukan ketiga setelah pemenang tempat ketiga, Anggi Setiawan (Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing) digugurkan dua kedudukan kerana kesalahan melebihi laluan litar yang dibenarkan.
UNDERBONE 150cc
1 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’46.680s
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 16’46.786s
3 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 16’46.859s
4 Md Amirul Ariff Musa (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 16’47.088s
5 Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM Racetech Racing 16’46.854s
Kedudukan Keseluruhan Individu
1 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 177 mata
2 Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 165 mata
3 Md Haziq Md Fairues (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 141 mata
4 Md Helmi Azman (MAS) ONEXOX TKKR Racing Team 134 mata
5 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Yuzy Honda Vietnam Racing Team 119 mata
Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1 UMA Racing Yamaha Maju Motor (Yamaha) 214 mata
2 Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 165 mata
3 Yuzy Honda Vietnam Racing Team (Honda) 163 mata
4 SCK Rapido Hi Rev Honda Racing Team (Honda) 146 mata
5 ONEXOX TKKR Racing Team 139 mata
Gerry sah Juara Keseluruhan 250 cc ARRC
Selepas pertarungan sengit dan drama sepanjang musim, penunggang muda Indonesia, Gerry Salim akhirnya mengetepikan saingan lain bagi merebut gelaran Asia Production 250cc pada pusingan akhir 2017 Idemitsu FIM Asia Road Racing Championship semalam. Ayam tambatan terbaharu Astra Honda Racing Racing itu menduduki tempat keempat dalam perlumbaan 1, namun sudah cukup baik untuk menamatkan persaingan gelaran dengan berbaki satu perlumbaan.
Perlumbaan 10 pusingan bermula dengan penunggang petak pertama Yamaha Racing Thailand yang juga pencabar gelaran, Anupab Sarmoon mengetuai grid 33-motosikal ke Selekoh1. Namun, Tomoyoshi Koyama dari pasukan RAMA Honda tidak membiarkan Anupab menguasai perlumbaan.
Sambil kedua-dua penunggang itu bertukar kedudukan di hadapan, Gerry menunggang secara tenang dan senyap pada kedudukan keenam. Pada Lap 6, rakan sepasukan Gerry, Rheza Danica Ahrens menyelit di antara kedua-dua pemain utama dan mengubah persaingan untuk podium menjadi pertempuran 3 hala. Melawan dua pesaing yang agresif, Rheza, berusia 19 tahun yang kurang pengalaman namun berbakat pintar itu benar-benar memperoleh garis perlumbaan yang betul ketika dia mendesak Anupab hingga ke garisan penamat. Selepas memenangi tiga podium pada 2017 setakat ini, Rheza akhirnya memenangi perlumbaan ARRC yang pertama dengan 19'07.754s. Anupab menduduki tempat kedua dengan 19'07.965s dan Koyama ketiga dengan 19'08.111s.
![]() |
| Gerry Salim |
Gerry menjadi rakyat Indonesia pertama yang memenangi gelaran ARRC di luar kelas Underbone. Jumlah 199 mata yang dimilikinya telah memberikan margin 31 mata di hadapan Anupab, meninggalkan warga Thailand itu dan Koyama bersaing untuk kedudukan kedua keseluruhan dalam Perlumbaan 2.
Dalam Perlumbaan 2, kemenangan tempat ketiga bagi Gerry merupakan podium kelapannya musim ini, memantapkan statusnya sebagai juara 2017 Asia Production 250cc dengan 215 mata. Koyama dan Anupab masing-masing mencatatkan 188 mata tetapi penunggang Jepun memenangi kedudukan kedua selepas memperoleh kemenangan dua mata di hadapan Anupab.
![]() |
| Tomoyoshi Koyama |
ASIA PRODUCTION 250CC
1 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 19:09.799s
2 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:09.839s
3 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 19:17.532s
4 Peerapong Luiboonpeng (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.376s
5 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 19:18.460s
Kedudukan Keseluruhan Individu
1 Gerry Salim (INA) Astra Honda Racing Team 215 mata
2 Tomoyoshi Koyama (JPN) RAMA Honda 188 mata
3 Anupab Sarmoon (THA) YAMAHA Thailand Racing TEAM 188 mata
4 Rheza Danica Ahrens (INA) Astra Honda Racing Team 149 mata
5 Takehiro Yamamoto (JPN) Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team 138 mata
Kedudukan Keseluruhan Pasukan
1 Astra Honda Racing Team (Honda) 257 mata
2 RAMA Honda (Honda) 188 mata
3 YAMAHA Thailand Racing TEAM (Yamaha) 188 mata
4 Supra Studio HONDA IKAZUCHI Racing Team (Honda) 138 mata
5 Yamaha Racing Indonesia (Yamaha) 122 mata
Subscribe to:
Posts (Atom)





















