Yamaha NIKEN disasar untuk 2018

 Yamaha Motor Co., Ltd. telah mempamerkan Yamaha NIKEN di pameran motosikal EICMA di Milan, Itali. NIKEN yang dijadualkan untuk memasuki pasaran pada 2018 ini dilengkapi dengan enjin 3-silinder 847cc sejukan cecair. LMW merupakan singkatan kepada Leaning Multi Wheel atau Sendeng Berbilang Roda.

NIKEN dilengkapi dengan teknologi LMW untuk mengurangkan kesan perubahan dalam persekitaran menunggang dan memberi inspirasi keyakinan bahagian hadapan apabila mengambil selekoh, dan mencapai prestasi sport untuk menangani pelbagai permukaan jalan yang berubah-ubah atau selekoh tajam yang berterusan di kawasan berbukit.


Pengenalan mekanisme stereng baru dan teknologi lain meningkatkan prestasi asas platform LMW. NIKEN merupakan model Yamaha Motor LMW yang ketiga berikutan TRICITY 125 yang dikeluarkan pada tahun 2014 dan TRICITY 155 dilancarkan pada 2017, dan bertujuan untuk mempromosikan "dunia yang bergerak dalam mobiliti peribadi."

Marquez dinobat Juara dalam penamat yang dimenangi Pedrosa

Pertembungan mutakhir 2017 #FinalShowdown telah menyaksikan drama, rekod tercipta, kemalangan dan ketegangan yang melengkapkan hari bersejarah di Valencia. Marc Marquez (Repsol Honda Team) merangkul kejuaraan dunia keenam dan Kejuaraan Dunia MotoGP ™ keempat walaupun hilang kawalan bahagian depan motosikalnya ke dalam Selekoh 1 dan terbabas keluar dari litar, dan tamat di tempat ketiga dalam perlumbaan untuk mempertahankan mahkota kejuaraannya. Saingannya Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) juga terbabas keluar setelah bermula dari P4, tetapi pelumba Itali tersebut tidak dapat mengawal jenteranya dan terkeluar dari peluan pertarungan dalam perlumbaan dan juga kejuaraan keseluruhan.
Perlumbaan tersebut tertumpu kepada pertarungan antara penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa dan Johann Zarco dari Yamaha Tech 3, dan berakhir dengan memihak kepada pelumba Sepanyol itu di pusingan akhir ketika Pedrosa mara ke hadapan dan mengekalkan kesempurnaan tungangannya untuk kemenangan keduanya tahun ini.

Marquez melonjak ke hadapan dari petak utama, dengan rakan sepasukan Pedrosa menyelit dari barisan kedua untuk mengambil alih tempat kedua dan menyingkirkan Zarco ke tempat ketiga. Dovizioso membuat permulaan yang baik untuk bergerak ke tangga keenam, kemudian melepasi Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) dan terkunci di belakang Ducati kedua Jorge Lorenzo.

Pada awalnya, Zarco mengambil alih pimpinan  perlumbaan dan Marquez mengikuti di tempat kedua. Pedrosa kekal di tempat ketiga, dan kedua-dua jentera Ducati bersama hanya satu saat di belakangnya. Selepas Zarco melakukan kesilapan, Marquez memintas dan pelumba Perancis itu bertindak balas menyebabkan  Marquez hilang sedikit tumpuan dan tersasar. Mengasah lututnya untuk kawalan di selekoh 1, juara bertahan tersebut terbabas ke kawasan batu kerikil namun berjaya memulihkan kawalan untuk menyambung perjuangannya semula, namun masih di belakang Dovizioso.

Lorenzo kemudiannya mengejar Pedrosa dan Zarco di hadapan, sebelum penunggang pasukan Ducati itu terjatuh tiba-tiba, dan serentak itu juga impian rakan sepasukannya berakhir. Terbabas tanpa berjaya diselamatkan, harapan Dovizioso hancur selepas musim yang amat baik, dan berakhir di tempat kedua keseluruhan musim ini.

Dani Pedrosa dan Johann Zarco kemudiannya bertanding untuk kemenangan perlumbaan, dan ketika pusingan terakhir, pelumba Sepanyol itu mendesak di selekoh 1, dan mengekang kemaraan Zarco di selekoh tajam litar Ricardo Tormo untuk meraih kemenangan keduanya musim ini.

Marquez kembali ke kedudukan podium berikutan kejatuhan pelumba Ducati di depannya, dan kekal tenang hingga ke peringkat akhir untuk meraih kedudukan ketiga dan gelaran juara keseluruhan, menjadikannya Juara Dunia enam kali paling muda dan pelumba paling muda untuk muncul juara bagi empat kejohanan kelas perdana.

Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) mempersembahkan keunggulan tunggangan pelumba baru untuk tamat di tempat keempat, di hadapan Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) yang agak sukar untuk 'Doktor' tersebut. Iannone merosot sedikit setelah terbabas di Selekoh 1 untuk mengambil tempat keenam, dengan Jack Miller dari EG 0,0 Marc VDS di P7. Cal Crutchlow (LCR Honda) menyeberangi garisan di P8, dengan Michele Pirro (Pasukan Ducati) mempersembahkan satu lagi penampilan wildcard yang mapan untuk merangkul tempat kesembilan. Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS) juga mengkagumkan, melengkapkan kumpulan sepuluh teratas.

Bradley Smith (Red Bull KTM Factory Racing) melengkapkan musim pertama kilang Austria di kelas utama di P11. Ia merupakan hujung minggu perlumbaan terakhir 2017 yang sukar untuk Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP)yang tamat pada kedudukan P12, namun merangkul tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan  Kejohanan musim ini. Danilo Petrucci (Perlumbaan Octo Pramac), Karel Abraham (Pull & Bear Aspar Team) dan Hector Barbera (Reale Avintia Racing) menyempurnakan kumpulan yang mengutip mata di #FinalShowdown ketika bendera berkibar buat terakhir kalinya musim ini.

Ia menyempurnakan musim yang menakjubkan untuk kita nikmati, kerana muism 2017 telah memaparkan beberapa perlumbaan yang paling luar biasa. Marquez mengekalkan mahkota kejuaraannya, dan Dovizioso bertarung hingga akhir, dan besok hari Selasa, semua itu bermula sekali lagi dengan kedatangan musim 2018 #2018StartsNow.

Keputusan Perlumbaan MotoGP
1 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) 42'08.125
2 - Johann Zarco (FRA - Yamaha) +0.337
3 - Marc Marquez (SPA - Honda) +10.861


Juara pelumba Pasukan Bebas:
Johann Zarco (FRA - Yamaha) +0.337

Pertembungan mutakhir 2017 Moto GP 9 malam ini

Marc Marquez (Repsol Honda Team) merekodkan pusingan hebat di tengah-tengah sesi kelayakan di Litar Ricardo Tormo, cukup untuk permulaan petak pertama bagi pendahulu Kejohanan tersebut menjelang pertembungan mutakhir musim 2017, walaupun kemudiannya terjatuh selepas hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya dalam pusingan terakhir sesi tersebut. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengambil tempat kedua selepas memperbaiki kedudukan terakhirnya, tiga persepuluh saat dari Marquez, dan Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan barisan depan setelah memaparkan satu lagi persembahan yang baik musim ini.
Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) merupakan yang paling pantas pada hari Jumaat, akan mengetuai barisan kedua selepas kemalangan kelajuan tinggi, namun tidak mengalami kecederaan serius. Juara Dunia lima kali itu hanya terlepas sedikit sahaja dari permulaan tiga teratas. Lorenzo memegang rekod permulaan petak pertama terpantas, pusingan perlumbaan terpantas dan paling banyak menjuarai kelas perdana di litar ini. Penunggang yang paling berjaya di litar ini dalam semua kelas perlumbaan adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda Team), telah berada di belakang Lorenzo pada kedudukan kelima selepas mengakhiri Hari 1 dalam P2. Pengendali ujian pasukan Ducati yang akan menunggang "wild-card" Michele Pirro melengkapkan baris kedua.

Valentino Rossi (MotoGP Movistar Yamaha) mengambil P7 stetelah mengenepikan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) dengan sembilan perseribu saat, walaupun pelumba Sepanyol itu terhempas pada akhir sesi tetapi tetap di posisi kelapan walaupun baru pulih dari kecederaan dan masih kesakitan. Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) akan bermula di petak kesembilan. Dia pernah menang di litar tersebut sebelum ini tetapi akan menghadapi kesukaran pada hari perlumbaan untuk memenangi perlumbaan dan mengekalkan peluangnya di mahkotakan sebagai juara.
Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan posisi sepuluh teratas, mendahului Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing), yang menduduki tempat ke-11 terpantas tetapi akan bermula dari lorong pit setelah dikenakan penalti enjin. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) mengambil P12 dan juga turut jatuh ketika sesi tersebut, dan akan mara satu tempat ke hadapan pada hari perlumbaan kerana penalti Espargaro akan menggerakkan seluruh grid ke hadapan.

Itu merupakan berita baik bagi Maverick Viñales (Movistar Yamaha MotoGP) selepas menghadapi hari yang sukar da berakhir dalam P13 dan kini memperoleh satu tempat ke hadapan. Dia diikuti oleh Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS),Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Cal Crutchlow (LCR Honda) yang tamat enam belas terpantas dan lima belas teratas di grid.

#FinalShowdown atau #pertembunganterakhir kini bersedia untuk berlumba, dengan lampu merah akan terpadam pada pukul 9 malam (GMT +1) pada hari Ahad dan merupakan penentuan kejuaraan musim 2017 yang hebat ini.

Proton rangkul juara S1K

Pasukan PROTON R3 muncul juara keseluruhan di Sepang 1000km ("S1k") Endurance Race 2017 malam tadi, selepas permulaan yang hebat untuk mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang menggunakan kereta jenama Honda dan Suzuki. Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82, telah mendahului juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman. Manakala itu kereta Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman selesai di tempat ke-5 selepas 171 pusingan yang panjang dan sengit sepanjang perlumbaan.

"Pasukan PROTON R3 tidak hadir pada perlumbaan S1k tahun lepas namun kembali dengan menunjukkan kerjasama berpasukan yang baik. Kami mempunyai pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta dan motorsport Proton R3, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai malam ini. Penyediaan, perancangan dan analisis risiko memainkan peranan yang penting, selain mempunyai kereta yang baik dan dengan Petronas sebagai penyokong setia kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong.
"Banyak peminat motorsport menyedari bahawa kereta Proton mempunyai pemanduan dan pengendalian yang unggul, dan kereta kami dapat menahan kecanggihan dan cabaran perlumbaan ketahanan. Kereta Proton boleh dipercayai dan teguh, dan pada malam ini, pemandu berpengalaman kami tahu sehingga mana mereka boleh mendesak kemampuan kereta mereka dengan keupayaan yang terbaik. Pasukan itu mempamerkan perlumbaan ketahanan yang baik yang membawa kepada kemunculan semula dalam sukan bermotor yang luar biasa. Ini tentunya titik permulaan semula yang baik untuk PROTON," tambah Dr Li.


"Kami akan terus menyediakan strategi yang baik untuk kereta kami untuk prestasi dan ketahanan yang lebih baik, supaya pelanggan kami mendapat pengalaman pemilikan terbaik. Dengan pasukan yang baik, kami berusaha lebih baik dalam perlumbaan bertahan tahun depan juga, "tambah Dr Li.

Pusat motosikal besar Honda BigWing dilancar

Boon Siew Honda (BSH) secara rasmi mengumumkan pembukaan pusat sehenti jualan dan servis untuk motosikal berkuasa tinggi Honda BigWing di Malaysia, untuk motosikal daripada 250cc ke atas di Pameran Auto Malaysia 2017. Tahun ini merupakan tahun pertama penyertaan BSH menyertai acara tahunan Pameran Auto Malaysia dengan kerjasama Honda Malaysia.


“Dengan memperkenalkan Honda BigWing, ia menjadi bukti keghairahan BSH untuk memupuk minat dan nilai kepada pelanggan, bahawa kami bukan sahaja memberi produk dan perkhidmatan yang terbaik malah mewujudkan pengalaman kepada pelanggan menerusi pelbagai aktiviti,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH En. Nobuhide Nagata.

   
Hoda BigWing diperkenalkan sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, yang terdiri daripada pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat pelanggan. Konsep menyeluruh yang tersendiri ini telah direka untuk memberi persekitaran yang bergaya, sofistikated dan premium. Untuk memastikan pengalaman yang menyeluruh, kesemua pusat Honda BigWing dilengkapi dengan peralatan khas dan kemudahan yang diluluskan BSH serta pegawai jualan dan mekanik yang telah dilatih secara profesional.
“Sepertimana biasa, kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami,” tambah En. Nagata. Pada separuh pertama 2017, BSH mencecah rekod jualan 400 unit dan menjana kenaikan 12% jualan motosikal berkuasa tinggi berbanding tahun 2016. Selepas pengenalan Honda BigWing, BSH menyasarkan pertumbuhan sebanyak 30% (1600 unit) dalam pasaran motosikal berkuasa tingg pada tahun hadapan.

Honda BigWing akan dibuka di 4 bandar utama – Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, dan Johor, yang menyumbang kira-kira 75% daripada jualan motosikal berkuasa tinggi Honda di Malaysia. Pusat Honda BigWing pertama akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Januari 2018 oleh Ee Tiong Motorsports Sdn. Bhd, diikuti Taycon Motor Sdn. Bhd. di Pulau Pinang, Welly Team Cycle Sdn. Bhd. di Selangor dan Additional Growth Sdn. Bhd. di Johor. Dengan kerancakan pertumbuhan segmen motosikal berkuasa tinggi, BSH menyasarkan untuk berkongsi pengalaman Honda BigWing kepada rakyat Malaysia.