Marc Marquez (Repsol Honda Team) merekodkan pusingan hebat di tengah-tengah sesi kelayakan di Litar Ricardo Tormo, cukup untuk permulaan petak pertama bagi pendahulu Kejohanan tersebut menjelang pertembungan mutakhir musim 2017, walaupun kemudiannya terjatuh selepas hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya dalam pusingan terakhir sesi tersebut. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengambil tempat kedua selepas memperbaiki kedudukan terakhirnya, tiga persepuluh saat dari Marquez, dan Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan barisan depan setelah memaparkan satu lagi persembahan yang baik musim ini.
Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) merupakan yang paling pantas pada hari Jumaat, akan mengetuai barisan kedua selepas kemalangan kelajuan tinggi, namun tidak mengalami kecederaan serius. Juara Dunia lima kali itu hanya terlepas sedikit sahaja dari permulaan tiga teratas. Lorenzo memegang rekod permulaan petak pertama terpantas, pusingan perlumbaan terpantas dan paling banyak menjuarai kelas perdana di litar ini. Penunggang yang paling berjaya di litar ini dalam semua kelas perlumbaan adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda Team), telah berada di belakang Lorenzo pada kedudukan kelima selepas mengakhiri Hari 1 dalam P2. Pengendali ujian pasukan Ducati yang akan menunggang "wild-card" Michele Pirro melengkapkan baris kedua.
Valentino Rossi (MotoGP Movistar Yamaha) mengambil P7 stetelah mengenepikan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) dengan sembilan perseribu saat, walaupun pelumba Sepanyol itu terhempas pada akhir sesi tetapi tetap di posisi kelapan walaupun baru pulih dari kecederaan dan masih kesakitan. Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) akan bermula di petak kesembilan. Dia pernah menang di litar tersebut sebelum ini tetapi akan menghadapi kesukaran pada hari perlumbaan untuk memenangi perlumbaan dan mengekalkan peluangnya di mahkotakan sebagai juara.
Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan posisi sepuluh teratas, mendahului Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing), yang menduduki tempat ke-11 terpantas tetapi akan bermula dari lorong pit setelah dikenakan penalti enjin. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) mengambil P12 dan juga turut jatuh ketika sesi tersebut, dan akan mara satu tempat ke hadapan pada hari perlumbaan kerana penalti Espargaro akan menggerakkan seluruh grid ke hadapan.
Itu merupakan berita baik bagi Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP) selepas menghadapi hari yang sukar da berakhir dalam P13 dan kini memperoleh satu tempat ke hadapan. Dia diikuti oleh Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS),Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Cal Crutchlow (LCR Honda) yang tamat enam belas terpantas dan lima belas teratas di grid.
#FinalShowdown atau #pertembunganterakhir kini bersedia untuk berlumba, dengan lampu merah akan terpadam pada pukul 9 malam (GMT +1) pada hari Ahad dan merupakan penentuan kejuaraan musim 2017 yang hebat ini.
Showing posts with label moto gp. Show all posts
Showing posts with label moto gp. Show all posts
Kumpulan Yamaha MT turut serta berhimpun di MotoGP Sepang
Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd ("HLYM") telah menganjurkan Yamaha Bikerz Moto GP 2017 bersempena Moto GP Sepang tempohari. Pengarah Urusan HLYM Dato Jim Khor bersama Pengurus Besar Jualannya Encik Koh Eng Chan telah turut bersama meraikan perarakan terbesar motosikal Yamaha di Malaysia yang menyaksikan 1,150 buah motosikal dari seluruh Semenanjung Malaysia berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang bagi menyaksikan acara perlumbaan motosikal tersohor dunia tersebut.

Perhimpunan ini merupakan campuran terbesar model model Yamaha dalam sejarah HLYM, yang terdiri daripada model automatik, moped dan motosikal jalanan. Kumpulan terbesar mrupakan dari Lembah Klang dengan jumlah 368 penunggang, diikuti oleh 211 dari Utara dan sejumlah 307 dari Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Selama dua dekad yang lalu, HLYM telah menganjurkan konvoi untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia.
Kumpulan besar ini juga disertai kumpulan penunggang pemilik Yamaha siri MT juga telah turut sama berhimpun di Litar Sepang. Kumpulan yang berlepas dari ibupjabat HLYM di Sg Buloh ini telah menyaksikan kehadiran 52 motosikal dari Johor, 16 buah motosikal dari Pulau Pinang dan juga 107 buah motosikal Wilayah Persekutuan dan Selangor, yang terdiri dari campuran model model MT07, MT09 dan MT09 TRACER. Saksikan gambar gambar acara tersebut tempohari.

Subscribe to:
Posts (Atom)