Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts
Showing posts with label tahun baru cina. Show all posts

Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela oleh PUSPAKOM

 

PUSPAKOM sekali lagi menganjurkan kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau Voluntary Vehicle Inspection  (VVI) dengan menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian bermula 21 Januari hingga 31 Januari 2022. 

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma ini boleh membuat temujanji dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my. Perkhidmatan ini ditawarkan di semua  pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang dikhaskan kepada kenderaan komersial berat sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebagai pilihan, orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in” di Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti di bawah:

1 Lotus’s Ampang 22 Januari 2022 9.00 pagi – 4.00 petang

2 Seng Cars World, Sungai Long 23 Januari 2022 9.00 pagi – 4.00 petang

3 Wisma DRB-HICOM, Shah Alam 26 Januari 2022 9.00 pagi – 4.00 petang

4 Lotus’s Ara Damansara 29 Januari 2022 9.00 pagi – 4.00 petang

5 RnR Dengkil (Arah Selatan), Lebuhraya Plus 30 Januari 2022 9.00 pagi – 4.00 petang

VVI melibatkan 25 item pemeriksaan  termasuk brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu,  bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi. 

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Mohammed Shukor Ismail berkata, kempen ini merupakan tanggungjawab korporat PUSPAKOM bagi  meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap  keselamatan kenderaan khususnya ketika musim perayaan.

”Tahun lepas kempen ini hanya ditawarkan di pusat pemeriksaan PUSPAKOM sahaja.  Tetapi pada tahun ini, kempen ini juga ditawarkan kembali melalui Unit pemeriksaan bergerak PUSPAKOM. Orang ramai disarankan untuk merebut  peluang ini bagi mendapatkan pemeriksaan secara percuma demi memastikan kenderaan anda selamat dipandu, khususnya kepada mereka yang akan memandu pulang ke kampung halaman pada Tahun Baru Cina ini,” kata Shukor. 

Shukor menambah, perkhidmatan ini percuma demi kepentingan pengguna jalan raya di Malaysia di musim perayaan, di mana bilangan kenderaan menggunakan jalan raya meningkat. Fi lazim bagi Pemeriksaan Kenderaan Sukarela ini adalah RM50 bagi sebuah kenderaan persendirian.

Seperti biasa, orang ramai yang hadir ke  pusat pemeriksaan PUSPAKOM atau Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM untuk pemeriksaan kenderaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelindung muka, mengimbas MySejahtera dan mengukur suhu badan. 


Perodua rai warga hospital sempena Tahun Baru Cina


Sedang kaum Cina merayakan kedatangan Tahun Anjing dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan di rumah, Perodua mengunjungi mereka yang terpaksa menghabiskan cuti musim perayaan di hospital.

Pembuat kereta terlaris negara itu baru-baru ini membuat lawatan ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan lebih daripada 70 pesakit dengan pemberian hamper, angpow,oren mandarin dan hadiah lain.
"Kami prihatin dengan mereka yang terpaksa membelanjakan Tahun Baru Cina ini di wad; dalam
persekitaran yang tidak dikenali."Sekiranya anda tidak dapat menikmati Tahun Baru Cina di rumah, kami membawa semangat yang meriah dansuasana perayaan kepada anda!"kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh . Beliau turut berkongsi beberapa kisah dan mengucapkan harapan nasib baik dengan kebanyakan pesakit.
Perodua juga menyumbang dua mesin elektrokardiogram (ECG) bernilai RM6,000 setiap satu kepada Hospital Kuala Kubu Bharu. "Kami berharap sumbangan yang diberikan dengan rendah hati ini akan membantu Hospital Kuala Kubu Bharu dan kakitangannya yang berdedikasi dalam merawat pesakit mereka," kata Aminar.

Perodua juga akan pergi ke Hospital Selayang Jumaat ini untuk menyumbangkan tiga beg ambu iaitu peranti pegang tangan untuk membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan, yang bernilai RM600 setiap satu kepada pihak hospital dan mengedarkan hamper kepada 60 pesakit kanak-kanak pediatrik.
Perodua telah menyatakan komitmen untuk program amal yang mampan dengan Wad pediatrik Hospital Selayang, bermula tahun ini sehingga tahun 2020.
"Kami telah merancang banyak aktiviti dengan anak-anak sepanjang tiga tahun ini, termasuk pertunjukan cerita, wayang dan badut, mewarna dan menyanyi.

"Para sukarelawan kami juga akan membantu mengekalkan dan meningkatkan kawasan permainan kanak-kanak dengan membeli lebih banyak mainan dan buku serta menghias dan membersihkannya," kata Aminar.

"Di Perodua, elemen insaniah merupakan tonggak segala yang kami lakukan. Program-program ini selaras dengan tiang Tanggungjawab Korporat kami, Pendidikan,  Komuniti Berkebolehan dan Alam Sekitar. Melaluinya, kami berharap untuk mencapai, memperbaiki kehidupan masyarakat kita dan meletakkan senyuman di wajah sebanyak mungkin.

"Kami mengucapkan selamat Chap Goh Meh kepada semua kawan-kawan Cina kami, dan untuk tahun yang hebatdan dengan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan! " tambahnya.

Proton Tawar diskaun Tahun Baru Cina

Bersempena Sambutan Tahun Baru Cina, PROTON menawarkan ganjaran kepada para pelanggannya dengan diskaun-diskaun* hebat untuk semua model Proton, sehingga RM500* untuk Exora, sehingga RM1,000* untuk Saga, sehingga RM1,000* untuk Persona, sehingga RM5,000* untuk Iriz, dan sehingga RM13,888* untuk Perdana.

Para pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pusat servis PROTON yang diiktiraf untuk pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma** sebelum memulakan perjalanan jauh.

PROTON mencatatkan jualan 4,783 unit kereta pada Januari 2018 dengan jumlah unjuran pegangan pasaran 10.9%, peningkatan daripada 8.8% pegangan pasaran pada bulan sebelumnya, walaupun mencatatkan jualan lebih rendah daripada 4,802 unit pada Disember 2017.
Saga, Persona dan Exora merupakan model paling popular, merangkumi 80% daripada jumlah jualan kereta Proton untuk Januari 2018.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi PROTON Customer Care di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melawat www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton, yang tersedia melalui Google Play dan Apple App Store.

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Diskaun berbeza mengikut model. Promosi sah sehingga 28 Februari 2018.
**Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah sehingga 24 Februari 2018.

Sambut Tahun Baru Cina dengan VW



Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai keluarga Volkswagen menerusi Kempen Tahun Baru Cina “Leaders of the Pack”.

Kempen itu bukan sahaja menawarkan rebat menarik ke atas rangkaian model Volkswagen. Malah, mereka yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen mereka sebelum 28 Fabruari sememangnya cukup bertuah dan akan menerima kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188 – yang bersamaan dengan perjalanan lebih 10,000km*. 

250 orang pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan kereta mereka juga dihadiahkan dengan LEGO Volkswagen T1 Camper Van edisi terhad.

Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sehingga stok masih ada. 

Model
Rebat Tunai
Beetle Design
RM 5,000
Jetta Comfortline
RM 10,000
Jetta Highline
RM 8,000
Passat Trendline
RM 18,000
Passat Comfortline 
RM 18,000
Passat Highline
RM 6,000
Polo
RM 7,000
Tiguan Comfortline
RM 5,000
Tiguan Highline
RM 3,000
Vento Trendline
RM 10,000
Vento Comfortline
RM 10,000
Vento Highline
RM 9,000
 


Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan Volkswagen hadir dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis pada tiga tahun pertama pemilikan atau perbatuan sejauh 45,000km (mana-mana tiba dahulu). 

Program ini merangkumi semua kos pepnyelenggaraan seperti dalam jadual servis standard. Namun ia tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.

Untuk layak ke atas promosi dan hadiah, semua tempahan kenderaan mesti dibuat dalam tempoh promosi. Tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.  

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my