Great Wall Motor mengumumkan pelancaran rasmi GWM TANK 300 di Malaysia. SUV ‘off-road’ mewah dan pintar ini diimport sepenuhnya (CBU) dari China. GWM TANK 300 ditawarkan pada harga
kompetitif RM250,000, dan kini bersedia untuk menjadi penanda aras baharu dalam industri
automotif.
Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama
GWM TANK 300, antaranya:
1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk
pemilik pertama).
3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg
sandang Paramount Thule bernilai RM999.
4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK - Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China.
Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran
kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian
pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang akan dipilih melalui
cabutan bertuah.
Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan
selama 6 tahun.
Mungkinkah skuter XMax versi 292cc akan tiba di sini? Model tersebut kini akan ke Amerika Syarikat, sebagai sebahagian dari barisan skuter 2018 mereka di sana yang terdiri dari SMax 155, Zuma 125 dan 49cc Zuma 50F, Zuma 50FX dan juga Vino Classic. Yamaha XMax akan tiba di sana pada Oktober ini dan dijual di sana pada harga USD$5,599.
Yamaha XMax telah ditawarkan di Eropah selama beberapa tahun dalam versi 125, 250, 300 dan 400. Versi 300 adalah saiz enjin terbaharu, yang diperkenalkan di sana pada tahun lepas dan akhirnya akan dipasarkan di A.S. untuk 2018.
XMax dikuasakan oleh enjin satu silinder 292cc SOHC sejukan cecair dengan suntikan bahan api. Yamaha tidak mendedahkan angka prestasi untuk model ini tetapi model Eropah didakwa mampu menjana 27.6 hp pada 7250 rpm dan 21.4 lb-ft. pada 5750 rpm. Yamaha menyatakan XMax dengan tangki 12.8 liter penuh mampu mencapai sejauh 410 km bagi tiap tangki penuh.
Enjinnya menggunakan pengimbang balas untuk mengurangkan getaran sementara silinder 'offset' dan sistem pelincir separa kering membantu mengurangkan geseran dalaman. Kuasa dipindahkan ke roda belakang melalui CVT dan talisawat pemacu. XMax juga dilengkapi dengan sistem kawalan daya cengkaman (traction control) yang memotong kuasa apabila mengesan roda belakang tergelincir.
Di depan, XMax menggunakan garpu teleskopik 33mm yang boleh dikira agak besar untuk skuter dengan jarak gerakan roda sebanyak 4.3 inci. Roda belakang diapung oleh penyerap kejutan berkembar yang menawarkan gerakan roda sebanyak 3.1 inci. Roda depan 15 inci dan roda belakang 14-inci disesuaikan dengan tayar Dunlop Scoot Smart. Cakera 267mm dipasang ke roda depan manakala brek belakang menggunakan cakera 245mm, dengan sistem brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard.
Kawasan simpanan barangan bawah pelana dilengkapi dengan pencahayaan LED dan boleh menyimpan dua topi keledar penuh muka. Penghadang depan juga mempunyai dua ruang simpanan yang lebih kecil, dan dilengkapi sebuah outlet 12V.
Ciri lain termasuk sistem kunci pintar, pencahayaan lampu LED, hendal boleh laras dan cermin, dan berat badan sebanyak 180 kg. Agak berat juga ya.....
Saksikan video di bawah untuk liputan Yamaha XMax 300 dari AIMExpo.
2018 Spesifikasi Yamaha XMax
Jenis enjin 4-lejang sejukan cecair, silinder tunggal SOHC; 4 injap
Sesaran 292 cc
Gerek & Lejang 70.2 x 75.9 mm
Nisbah Mampatan 10.9: 1
Suntikan bahan api
Pencucuhan TCI
Penghantaran CVT
Hantaran akhir Talisawat V-Belt
Suspensi depan Tupang/fork teleskopik 33mm
Suspensi Belakang Dwi penyerap kejutan
Gerakan roda depan naik turun 4.3 in.
Gerakan roda belakang naik-turun 3.1 in.
Tayar Depan 120 / 70-15 Dunlop Scoot Smart
Tayar Belakang 140 / 70-14 Dunlop Scoot Smart
Tapak roda 56.3 in.
Brek depan Hidraulik cakera, 267mm; ABS
Brek belakang Hidraulik cakera, 245mm; ABS
Kapasiti Bahan Api 13 liter.
Panjang 86.0 in.
Lebar 30.5 in.
Ketinggian 55.7 in.
Sudut capai (rake)/Jejak (Trail) 26.5°/3.7in.
Kelegaan bumi 5.3 in.
Ketinggian pelana 31.3 in.
Berat basah 180 kg
Warna Putih terang