Showing posts with label great wall motors. Show all posts
Showing posts with label great wall motors. Show all posts

Pandu uji GWM Tank300 untuk orang awam

 

Great Wall Motor (GWM) Malaysia akan menganjurkan acara pandu uji awam ‘off-road’ pada 20 dan 21 Julai 2024, bertempat di M4TREC, 4WD Training & Experience Centre di Semenyih, Selangor, bersempena GWM TANK 300 yang dilancarkan baru-baru ini.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari China, SUV ‘off-road’ ini ditawarkan pada harga kompetitif RM250,000 (OTR) tanpa insurans dengan empat pilihan warna menawan: Dusk Orange, Fossil Grey,Crystal Black, dan Pearl White.

Acara ini bakal memberi peluang kepada orang awam untuk merasakan sendiri cabaran dan
halangan laluan yang direka khas bagi mempamerkan kebolehan dan kemampuan GWM TANK 300 sebagai pilihan SUV ‘off-road’ yang ideal. Selain itu, para peserta juga akan menerima latihan
daripada pengajar profesional mengenai kaedah dan teknik untuk menguasai pelbagai cabaran
yang lasak semasa pengembaraan pemanduan.

 
Terbuka untuk orang awam, sesi pandu uji ini mempunyai pelbagai halangan mencabar untuk
ditakluki dengan GWM TANK 300 seperti Log Bridge, Axle Twister, Ridge Crossing, Log Track, Hill
Descent, Hill Climb dan sebagainya.
"Dengan ciri-ciri keselamatan yang menjadi keutamaan GWM, kami ingin orang ramai untuk
merasakan sendiri prestasi dan keupayaan sebenar GWM TANK 300 dalam pelbagai situasi dan
keadaan jalan. Untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar, kami telah menyediakan
tenaga pengajar berpengalaman untuk membimbing para peserta, menghadapi setiap cabaran ‘offroad’ ini dengan penuh yakin," kata Mike Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. "Ini akan membolehkan mereka untuk mencuba dan menggunakan kesemua ciri-ciri pintar ‘off-road’ bagi menakluki segala jenis permukaan," tambah beliau.

 
Selain itu, tawaran hadiah eksklusif daripada GWM turut menanti para peserta yang menyertai
acara ini. Untuk menempah slot sesi pandu uji ‘off-road’, sila RSVP di:
https://forms.gle/Xi7ZuvMPo9jDJwEW9

GWM TANK 300 Rasmi Dilancar, Harga RM250,000 (Atas Jalan))


Great Wall Motor mengumumkan pelancaran rasmi GWM TANK 300 di Malaysia. SUV ‘off-road’ mewah dan pintar ini diimport sepenuhnya (CBU) dari China. GWM TANK 300 ditawarkan pada harga
kompetitif RM250,000, dan kini bersedia untuk menjadi penanda aras baharu dalam industri
automotif.


Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama
GWM TANK 300, antaranya:
1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000km, termasuk kos buruh dan alat ganti, untuk setiap 10,000 KM atau setiap 6 bulan, mengikut mana yang terdahulu.
2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan (eksklusif untuk
pemilik pertama).
3. Kit Pengembaraan GWM x Thule, mengandungi baucar Thule bernilai RM8,000 dan beg
sandang Paramount Thule bernilai RM999.
4. Siri Pengembaraan dengan GWM TANK - Stesen 1: ChongQing dan ChengDu, China. 



Sempena pelancaran GWM TANK 300, para pelanggan yang telah melengkapkan pendaftaran
kenderaan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2024 berpeluang memenangi sebuah percutian
pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China. Sepuluh pemenang akan dipilih melalui
cabutan bertuah.



Di samping itu, GWM TANK 300 juga hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan
selama 6 tahun.

Great Wall Motors memasuki pasaran EV dengan Ora R1

Sementelah pengusaha kenderaan elektrik Amerika seperti Tesla mengeluarkan kenderaan premium dalam pasaran EV, negara China pula menumpukan jumlah pengeluaran yang tinggi dengan memberi insentif kepada pengeluaran kenderaan emisi sifar. Jika dilihat dari satu segi, ianya mungkind satu keperluan yang mendesak, dengan penduduk bandar besar China menderita pencemaran udara yang  membunuh ratusan ribu jiwa setahun. Tetapi dalam erti kata lain, langkah-langkah ini banyak dilakukan untuk meletakkan China dalam arus pembangunan kenderaan elektrik atau EV yang mula menakluki dunia.
 Pengeluar Haval iaitu Great Wall Motors mengumumkan bahawa ia kini memasuki pasaran EV tempatan China  dengan kereta kecil pertama dari jenama yang baru.  Ora R1 merupakan komuter elektrik dengan jaminan yang panjang, mampu mencapai jarak hingga 194 batu (312 km) dan harga bersubsidi kerajaan bermula hanya pada AS $ 8,680 iaitu kira kira RM39,000.

R1 adalah kereta berbagai fungsi dengan harga yang sangat agresif, dan Ora memberikan jaminan tiga tahun / 120,000 km (74,500 batu) untuk keseluruhan kereta, dan lapan tahun / 150,000 km (93,200 batu ) jaminan untuk "komponen teras." Ora R1 pada masa ini hanya ditawakan di China, tetapi jenama itu telah menandakan minatnya untuk memasuki pasaran global, jadi kita perlu tunggu dan melihat apa yang mungkin berlaku.