Showing posts with label kejohanan petronas malaysian cub prix. Show all posts
Showing posts with label kejohanan petronas malaysian cub prix. Show all posts

Voge FR150 Formica Rossa berlumba di Cub Prix 25

 VOGE, satu lagi jenama motosikal yang semakin dikenali ramai, mengumumkan bahawa model pertamanya, Formica Rossa 150 (FR150), akan menyertai Kejuaraan CubPrix Malaysia 2025 dan Asia Road Racing Championship (ARRC). 

Langkah ini merupakan titik mula bagi VOGE dalam menceburi dunia perlumbaan profesional dengan supermoped-nya tersebut.

VOGE FR150 dilengkapi dengan enjin 150cc satu silinder DOHC, yang menghasilkan 15.42hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 7,500rpm., dan datang dengan klac gelincir (slipper clutch) yang mengawal transmisi 6-kelajuan, serta brek ABS dwi-saluran.

Kemunculan FR150 dalam CubPrix dan ARRC menguji kemampuannya sebagai pencabar baharu yang berpotensi. Kini, model ini sedang menjalani proses homologasi oleh pihak penganjur perlumbaan untuk bersaing pada musim perlumbaan tahun 2025. 

Penyertaan berani ini dilihat sebagai bakal mengesahkan prestasi motosikal ini, tetapi juga sebagai akujanji terhadap komitmen VOGE dalam peningkatan inovasi dan kecemerlangan.

Proses pemilihan pasukan perlumbaan kini sedang dijalankan dan nama pasukan serta pelumba dijangka diumumkan seawal Januari 2025. MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. sedang mencari pelumba berbakat yang mampu memanfaatkan sepenuhnya potensi FR150 dan memperlihatkan prestasinya di litar perlumbaan.

Ciri-Ciri Hebat VOGE Formica Rossa 150

Enjin 150cc: Dibina untuk prestasi optimum dengan sistem penyejukan cecair, sesuai untuk perjalanan bandar dan jarak jauh.

Slipper Clutch: Meningkatkan kawalan dan keselamatan semasa perlahan dan membelok.

ABS Dwi-Saluran: Menjamin brek yang cekap untuk kedua-dua roda, memberikan keselamatan maksimum.

Kecekapan Penggunaan Bahan Api: Tangki minyak 5.8L menyokong perjalanan lebih jauh. 

Suspensi Canggih: Memberikan pengalaman menunggang yang lancar di pelbagai jenis permukaan jalan.

Port Pengecas USB: Membolehkan peranti sentiasa dicas dan pengguna sentiasa terhubung.

Reka Bentuk Moden dengan Lampu LED: Gaya sporty dan futuristik dengan pencahayaan premium.

Ciri Keselesaan: Tempat duduk ergonomik, tapak pemijak kaki anti gelincir dan tempat duduk anti-gelincir untuk keselesaan maksimum.

Paparan Digital: Memudahkan akses kepada maklumat penting dengan teknologi moden.

















Tengku Amirul terpantas hari ini di Teluk Intan

Tengku Amirul Haffirudin membuat kejutan apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas di Teluk Intan, Perak hari ini. Amirul sekadar menamat perlumbaan di tempat kesembilan pada saingan Pusingan 5 di Terengganu dua minggu lalu.

Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing itu mencatat masa 51.185 saat (s), meninggalkan Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing) dengan perbezaan masa 0.176s.

Catatan masa yang dilakukannya pada sesi kelayakan itu membolehkannya untuk menduduki barisan hadapan pada saingan Superpole esok di Teluk Intan yang merupakan litar kegemarannya kerana pernah beberapa kali melakar penamat podium sebelum ini ketika bersaing dalam kelas P115.

“Litar di Teluk Intan bukan asing buat saya. Saya pernah beberapa kali mencipta kemenangan di litar ini. Momentum cemerlang pasukan kami dalam beberapa pusingan lalu turut memainkan peranan untuk mendorong saya tampil cemerlang,” jelas Amirul.

Alif Ashraf Tahiruddin terpilih sertai Yamaha VR46 Mastercamp

Yamaha VR46 Master Camp kali kelapan akan diadakan di Itali selama lima hari dari 4 hingga 8 September. Program ini membekalkan peserta dengan pengalaman para pelumba untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan motivasi mereka. Ia merupakan sebuah program latihan untuk membangunkan bakat muda, hasil kerjasama dengan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP  Valentino Rossi yang telah menubuhkan VR46 Riders Academy.
Wakil dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
Edisi kelapan kem ini merupakan yang kedua tahun ini, turutan kepada yang diadakan pada bulan Mei. Ia akan menampilkan empat penunggang dari Asia Tenggara  iaitu dua dari Thailand, satu dari Malaysia dan buat pertama kalinya satu peserta dari Filipina, dan satu dari Kanada . Dengan penyertaan peserta kali ini, Mastercamp ini telah disertai pelumba-pelumba dari 15 negara berlainan sejak penubuhannya.

Sama seperti edisi terdahulu, para pelumba muda ini akan menjalani kurikulum latihan dan arahan selama seminggu di bawah bimbingan kakitangan VR46 Riders Academy dan pelumba MotoGP yang berafiliasi, di Ranch Motor Rossi di kampung halamannya Tavullia, dan Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Biodata peserta dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
Nationality: Malaysian
Umur: 16 (lahir tahun 2002)
Karier perlumbaan
2018: Ketiga dalam Kelas Wira, PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2018: Kelapan dalam Malaysian Superbike Championship Open 250 class
2019: kini menyertai Kelas CP125 dalam PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2019: menyertai Kelas Terbuka 250,  Malaysian Superbike Championship