#71 Ayumu dan #7 Adam kecewa lagi, kini di Mugello

Pelumba PETRONAS Sprinta Racing #71 Ayumu Sasaki dan #7 Adam Norrodin menamatkan hujung minggu dengan kepahitan, walaupun kelihatan bersedia untuk menjadikannya Grand Prix terbaik tahun ini pada awalnya.

Cemerlang melayakkan diri di barisan hadapan selepas mengalami kemalangan pada hari Sabtu ketika sesi Latihan Bebas Tiga, Sasaki yang berusia tujuh belas tahun mengalami perlumbaan 20 pusingan yang mencabar. Pelumba Jepun itu tanpa henti mengenepikan sakit di kaki dan prestasi enjin yang semakin merosot, untuk menyeberangi garisan penamat di tempat ke-16, hanya satu kedudukan corot dari kutipan mata.
 Rakan sepasukannya Adam Norrodin membuat permulaan yang baik dari tempat kelapan di grid permulaan untuk segera meloloskan dirinya ke kedudukan keenam. Norrodin kelihatan begitu baik namun kesilapan kecil telah membawa kekecewaan awal kepada pelumba Malaysia tersebut setelah terbabas dan terkeluar dari perlumbaan di pusingan ketiga.
"Saya sangat bermotivasi untuk perlumbaan hari ini," jelas Adam. "Saya membuat permulaan yang baik dari tempat ke-8 dan berasa hebat. Saya berada di tempat ke-6 pada pusingan ketiga tetapi kemudian ketika di selekoh ketiga, Canet memintas saya dengan begitu hampir. Saya terpaksa membetulkan kedudukan motosikal saya sedikit untuk cuba menyelamatkan diri saya, tetapi kemudian sebaik sahaja saya cuba menyendeng, jentera saya membuang di bahagian belakang. Saya sangat kecewa kerana saya berasa begitu yakin pada hujung minggu ini dan mengharapkan hasil yang sangat baik di sini. Ia sangat menyedihkan, kerana kami mempunyai rentak dan peluang untuk mendapatkan beberapa mata yang bagus hari ini. Saya minta maaf kerana saya tidak dapat melakukannya untuk pasukan saya. Saya akan berusaha lebih kuat lagi pada perlumbaan seterusnya. "

No comments: