#55 Hafizh papar aksi cemerlang di Mugello

Hafizh Syahrin Abdullah telah menunjukkan prestasi yang sangat menakjubkan di GP Itali Mugello semalam, ketika merebut tempat rookie teratas. Dengan meloloskan diri di pusingan terakhir, dia tamat ke-12 sekali lagi mengulangi kejayaan sebelum ini, dan mengutip empat mata, yang membawanya kembali ke puncak kelas Rookie of the Year semasa, dan kini sama jumlah mata dengan Franco Morbidelli.

"Ia adalah satu perlumbaan sukar dalam keadaan yang sangat panas, terima kasih banyak kepada pasukan saya, kerana pada awal perlumbaan saya berjuang sedikit untuk mencari cengkaman, kerana selepas perlumbaan Moto2 ia berbeza untuk FP3 dan FP4 Saya cuba untuk mengasak dan perlu mengakui bahawa saya terkejut yang jentera KTM begitu pantas dan oleh itu, sukar untuk memintas mereka di ruangan lurus. Saya kehilangan masa di lurusan dan cuba mengasak di selekoh dan kawasan membrek. Saya merasakan bahawa saya menggunakan seluruh tenaga saya dalam perlumbaan ini ketika cuba untuk menghampiri dan cuba memintas Morbidelli. Akhirnya, saya ingin memintas Rabat kerana saya penuh motivasi untuk menghasilkan perlumbaan yang baik di sini. Ianya tidak mudah, tetapi saya melakukannya di selekoh terakhir. Saya akan berusaha untuk terus bekerja keras dengan fizikal saya dan berharap untuk mempunyai lebih tenaga untuk perlumbaan seterusnya. "

No comments: