Pasukan Movistar Yamaha catat mata berharga di Jerez

GP Sepanyol sentiasa menjadi tontonan kegemaran, tetapi tiada siapa yang boleh meramalkan kejadian dramatik yang berlaku semalam. Semua pelumba tahu bahawa perlumbaan akan menjadi agak sukar. Keadaan trek dalam haba tidak mudahkan keadaan dan ini diserlahkan oleh banyak kemalangan yang berlaku petang semalam.

Para pelumba pasukan Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Maverick Viñales bertarung dengan hebat di Grand Prix de España yang berlangsung semalam di Circuito de Jerez Ángel Nieto dan mengakhiri hujung minggu yang sukar di tempat kelima dan ketujuh, baagi mengutip mata berharga untuk kejohanan keseluruhan.

Rossi bermula baik dari posisi kesepuluh di grid dan dengan cepat bergerak ke hadapan. Walaupun litar itu dipenuhi dengan 25 pelumba yang cuba memasuki selekoh tajam Jerez pada masa yang sama, dia kekal mantap ketika melintasi garisan untuk kali pertama. Sepanjang beberapa pusingan seterusnya, dia bertarung dengan Andrea Iannone, tetapi tidak dapat kekal di belakang pelumba senegaranya itu. Apabila dua saingan di hadapannya tekeluar dari perlumbaan pada peringkat awal, The Doktor mendapati dirinya dalam kedudukan kelapan, setelah dia membiarkan Danilo Petrucci meminta kedudukannya.
Pelumba lagenda Itali ini kemudian memberi tumpuan untuk mempertahankan kedudukannya dari serangan Jack Miller yang mendekati dan mengurus ruang dengan sempurna. Dia melengahkan masa sehingga dia merasakan jenteranya mula rasi dengan lapan pusingan berbaki dan melancarkan serangan ke atas Petrucci, tetapi tidak dapat mengekalkan kedudukannya. Walau bagaimanapun, apabila tiga pendahulu terkeluar dari perlumbaan, dia bergerak ke kedudukan kelima untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan yang bertarung untuk tempat ketiga. Miller melepasi Rossi pada pusingan 20, tetapi dua pusingan kemudian Juara Dunia sembilan kali tersebut membalas dan memintas dalam untuk mengurangkan jurang dengan penunggang di hadapan. Dia membuat kemajuan yang serius, namun tidak sempat untuk memperbaiki tempat kelimanya, iaitu 8.743s di belakang juara.

Viñales pula mempunyai permulaan sukar dalam perlumbaan 25 pusingan tersebut. Dia membayangi rakan sepasukannya di pusingan pertama, dalam kedudukan kesepuluh, tetapi jatuh ke tempat ke tiga belas pada pusingan keempat.  Apabila sesetengah pesaingnya terhempas, dia memperbaiki dua kedudukan, tetapi terpaksa menyerahkan satu posisi ketika Alvaro Bautista mengatasinya di atas pusingan 7.
Penunggang Yamaha ini berusaha untuk menggembirakan peminatnya, yang telah mengembara dari jauh untuk menonton Grand Prix halamannya sendiri ini. Dia berusaha keras dan, apabila beberapa pelumba jatuh dan terkeluar dari perlumbaan pada pusingan 18, dia bergerak ke tempat kesembilan. Pelumba muda ini merebut peluang itu dan mula mendapat momentum. Dia mengatasi Franco Morbidelli dua lap kemudian dan menundukkan kepalanya ke bawah, mencatat pusingan terpantasnya dalam perlumbaan itu di pusingan 21. Dia secara konsisten merapati Bautista dan bertindak membuat pintasan hanya dua pusingan sebelum berakhir untuk mengambil tempat ketujuh, 13.543 s dari pemimpin perlumbaan.

Hasil perlumbaan hari ini melihat Viñales kekal di kedudukan ketiga dalam kedudukan kejohanan, dengan 50 mata. Rossi memperoleh memperbaiki kedudukannya dengan satu tangga, kini keenam dengan jumlah 40 mata. Yamaha kekal di tempat kedua dalam Kejohanan Pengeluar dengan 76 mata, sementara Movistar Yamaha MotoGP masih berada di kedudukan pertama dalam Kejohanan Pasukan, dengan menjaringkan 90 mata.

Pasukan itu akan kembali ke litar Jerez, Sepanyol, hari ini untuk ujian rasmi IRTA selama satu hari, diikuti ujian persendirian di Itali pada minggu depan.

No comments: