MODENAS Dominar sports tourer mampu milik

MODENAS Dominar D400 tampil sebagai motosikal berkuasa sederhana pertama dari pengeluar motosikal nasional iaitu Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS). Pelancaran motosikal sebegini telah dinanti-nantikan sejak dua dekad lepas, dan motosikal sports tourer Dominar D400 disasarkan untuk mengembalikan segmen sports touring ke dalam jenama MODENAS seperti model Jaguh yang popular di tahun 1999.
Dominar D400 dikuasakan enjin satu selinder empat injap sejukan cecair 373 cc dengan sistem nyalaan digital tiga percikan (DTS-i) dan suapan pancitan bahan api bagi menghasilkan kuasa maksimum 35 hp pada 8,000 rpm. 35 Nm tork tersedia, dengan 28 Nm darinya didapati seawal 3,000 rpm, bagi menawarkan tunggangan lancar dan berkuasa.

Struktur aliran haba Dominar mempunyai kipas penyejukan yang mengarahkan aliran haba ke bawah, dan menjauh dari di kawasan kaki anda. Bunyi nota ekzosnya juga agak enak didengar apabila anda mempercepatkan jentera ini melalui revolusi pusinga enjin sebayak 2000-6000rpm di mana enjin tersebut akan menderum lembut, dan melepasi 6000Rpm ia masih menarik sehinggalah ke had rpm 9500 maksima.
Pelananya selesa baik untuk penunggang mahupun pembonceng,walaupun mungkin ada yang mengatakan bahawa tempat duduk belakangnya agak kecil. Motosikal ini dilengkapi dengan lampu utama dari jenis LED yang unik dan gaya, dan mampu menggamit tolehan pandangan. Ramai yang bertanya samada motosikal berenjin satu selinder sebesar 400 cc ini bergegar atau tidak. Jelas bahawa jentera berenjin sebegini memang menghasilkan getaran, tetapi tidak begiu terasa sehinggakan mengganggu keselesaan anda.
Kuasa enjin ini disalurkan melalui transmisi enam kelajuan yang dikawal cekam atau klac gelincir (slipper clutch) dan ia juga dilengkapi dengan ABS dwi-saluran untuk memberikan prestasi, pengendalian dan keselamatan yang terbaik. Sistem suspensi terdiri daripada topang teleskopik 43mm hadapan dan penyerap kejutan tunggal boleh laras berbilang peringkat di belakang untuk tunggangan yang sporty. Keseluruhan pakej ini seberat 182 kg dan berbekalkan bahan api sebanyak 13 liter, bagi membuatkannya sesuai untuk pecutan jarak pendek dan juga pengembaraan jarak jauh.
Motosikal ini memerlukan penjagaan rantai biasa (bersihkan dan lincirkan setiap 500 km) sebagaimana motosikal hantaran akhir rantai sepertinya. Kekalkan rantai anda dalam keadaan baik dan anda akan berpuashati dengan prestasi motosikal ini secara keseluruhan.

Modenas Dominar 400 merupakan sebuah motosikal yang menarik untuk dipertimbangkan pembeliannya. Jika anda seorang yang sedang memilih sebuah motosikal untuk kegunaan harian, ianya tentu tidak akan mengecewakan anda. bagi perjalanan jauh dan di lebuhraya, jelas ianya sebuah jentera kelas sederhana yang akan mampu memberikan tunggangan menyeronokkan dan mudah dikendalikan. Tungganguji yang telah dijalankan pihak media telah dibuat melalui pelbagai jenis jalan, dari lebuhraya hinggalah ke jalan berliku dan berbukit ke Bukit Tinggi dan juga Genting Highland di Pahang, yang dilalui tanpa sebarang masalah.

Motosikal Dominar D400 telah berjaya menamatkan salah satu daripada perjalanan motosikal paling jauh, Trans-Siberian Odyssey meliputi 15,000 km dalam masa 53 hari. Perjalanan dari Uzbekistan ke Rusia dan merentasi enam buah negara telah berjaya ditamatkan tanpa sebarang kerosakan. Ini membuktikan tahap keselesaan dan kuasa motosikal serta kehebatannya
sebagai sebuah sports tourer yang sebenar.
MODENAS Dominar D400 merupakan produk keempat dalam segmen motosikal jalan raya hasil kejayaan kerjasama antara syarikat dengan Bajaj. Motosikal jalanan jenis “naked” Pulsar NS200, motosikal sports RS200 dan motosikal retro V15.

MODENAS telah mengejutkan pasaran dengan mengumumkan harga mampu milik yang amat kreatif pada RM13,788.00 sebagai harga asas.

Bagi yang memikirkan untuk membeli Modenas Dominar 400 ini, segeralah sementara harga tawaran masih berkuatkuasa!
Tedapat pencahayaan biru pada semua suis kawalannya
Kelebihan: Harga, Kualiti binaan, prestasi, sistem penyejukan cecair, keselesaan tempat duduk, ABS, penggayaan, konsep paparan meter analog digital, ekonomi bahan api.
Kekurangan: penunjuk gear, meter rpm sehingga 13000rpm tetapi dihadkan ke9500Rpm membazirkan ruang paparan, ketiadaan purata penggunaan bahan api.


















No comments: