Jarak karier lumba Rossi sama satu pusingan dunia

101.645 kilometer terawal ketika Kejohanan Dunia 125 cc di Shah Alam merupakan titik tolak kerjaya Rossi yang luar biasa melalui Kejohanan Dunia 250 dan 500 dalam perjalanan ke MotoGP™, menjadikan jumlah besar sebanyak 369 Grands Prix.

Dari kesemua ini, pusingan perlumbaan yang telah dilengkapkannya telah diambil dikira dan Rossi telah menyudahkan 8730 lap untuk mencapai kejayaan. Sebelum lampu merah terpadam di Jerez pada Ahad lepas, kiraan jumlah kilometer itu berada pada 40,011.413 km, iaitu hanya 63.587km lagi untuk disiapkan dan peristiwa penting tesebut dicatat pada penamat Lap 15 Jerez Ahad lepas.

'The Doctor' kini mempunyai satu lagi rekod baharu yang benar-benar unik untuk ditambah kepada koleksinya: dia telah berlumba bersamaan jarak satu pusingan dunia jika diukur pada garisan Khatulistiwa.

Kejayaan yang luar biasa itu dilengkapkan semasa GP Sepanyol di Jerez, iaitu berlumba sejauh 40,075km selama 23 musim, bermula dengan GP Malaysia pada tahun 1996.

8730 pusingan, 23 musim, 369 Grand Prix, 115 kemenangan, 64 kedudukan petak utama, sembilan Kejohanan Dunia ... dan satu pusingan dunia.
Rossi GP125 Paul Ricard 1996

No comments: