Myvi baharu tawar harga terbaik bagi keselamatan dan cirinya


Perodua Myvi baharu membuat penampilan global pertamanya di Putrajaya hari ini. Myvi yang direkabentuk sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menerima 5,000 tempahan setakat ini, dan sebahagian besarnya iaitu 78% merupakan varian 1.5 liter berbanding varian 1.3 liter. Dianugerahkan penarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP, menjadikannya salah satu kenderaan dengan nilai untuk wang yang terbaik dalam julat harganya.


Myvi serba baharu ini ditawarkan pada harga RM44,300 hingga RM55,300 dan boleh didapati di semua bilik pameran Perodua di seluruh negara.
Kereta terbaharu di dalam pasaran negara ini menawarkan teknologi moden, reka bentuk berjiwa muda, ruang serbaguna yang luas dan sistem keselamatan pintar. Myvi model terdahulu merupakan model terlaris di Malaysia selama 9 tahun berturut-turut.
"Model baharu ini menggunapakai teknologi yang sebelum ini hanya tersedia dalam kereta premium, dan Myvi serba baharu ini juga menetapkan penanda aras bagi kami dari segi kualiti, reka bentuk dan penawaran keseluruhan untuk model masa depan kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

Aminar menambah bahawa Perodua berhasrat menjual purata 6,000 unit bulanan.
Antara ciri utama Perodua Myvi serba baharu termasuklah sistem amaran keselamatan berbantu Advanced Safety Assist (A.S.A), yang mempunyai 4 fungsi utama. Pra-Amaran akan memberi amaran kepada pemandu bahawa akan kemungkinan perlanggaran berlaku. Brek Pra-perlanggaran Pre-Collision Braking membantu pemandu dengan mengaktifkan brek jika pemandu masih tidak menyedari perlanggaran yang akan berlaku.
Pemberitahu Depan Berlepas memaklumkan pemandu bahawa kenderaan di depan telah bergerak. Ini amat berguna dalam trafik yang sibuk sekiranya pemndu kurang embei tumpuan kepada keadaan trafik di hadaannya. Akhir sekali, Kawalan Salah-operasi Pedal. Sekiranya pemandu tidak sengaja memilih geaar memandu ke hadapan D (Drive) dan bukannya undur R (Reverse) apabila terdapat halangan di hadapan seperti dinding, ciri ini akan membantu membantutkan enjin jika pedal pendikit ditekan.

"Ciri-ciri ini julung kali ditawarkan untuk segmen harga ini, namun keselamatan masih lagi tanggungjawab pemandu sepenuhnya dan sistem itu hanya hadir untuk membantu," kata Datuk (Dr) Aminar. Ciri-ciri ASA adalah agak terhad kebolehgunaannya kerana kamera stereo yang menghadap ke hadapan hanya akan beroperasi di bawah keadaan yang sesuai. Ciri-ciri mesra-Malaysia yang lain yang terdapat pada Myvi baharu ini termasuklah pembaca tol kereta terbina dalam, yang merupakan yang pertama bagi Perodua dan cangkuk anti-kecurian yang telah membuat kemunculannya di pada Perodua Axia pada tahun 2014. Ciri ASA dan pembaca tol terbina dalam hanya boleh didapati di Versi Advance.

Ditubuhkan pada tahun 1993, Perodua adalah pembuat kereta kompak terkemuka di Malaysia. Syarikat itu merekabentuk kereta untuk gaya hidup tempatan dan membina mereka untuk memenuhi standard kualiti industri yang terkemuka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman memandu Perodua, sila layari www.perodua.com.my atau hubungi kami di 03 - 6092 8888 sambungan 5777/5392/3046
































No comments: