Di mana jajaran E37 Kuala Lumpur - Seremban yang dimansuhkan bayaran tolnya?

Pangkal Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37 di Persimpangan Jalan Istana (kredit gambar: Arkib Negara)
Pada tahun 1987, Lebuhraya Utara-Selatan diswastakan sepenuhnya kepada Highway Concessionaires Berhad (kini Plus Malaysia Berhad) termasuklah jajaran Kuala Lumpur-Seremban. Namun, jajaran yang diambil alih oleh Plus Malaysia Berhad hanyalah dari Plaza Tol Sungai Besi ke selatan, (KM310.8 sehingga KM0)

Jajaran selebihnya dari Persimpangan Jalan Istana sehingga Plaza Tol Sungai Besi sepanjang 8.1 km pula diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jajaran berbaki 8.1 km inilah yang kini masih dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37, manakala jajaran selebihnya pula membentuk Lebuhraya Utara-Selatan E2 iaitu dari Sg Besi ke Johor Bahru . Pada tahun 2007,  Lebuhraya Salak juga telah digabungkan dengan nombor laluan E37 ini.
Titik taman E37 di KM310.8 Lebuhraya E2
 Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa laluan ini bertol kerana ketiadaan plaza tol, tetapi kutipannya tolnya dikutip oleh PLUS bagi Metramac, akibatnya kadar tol di Plaza Tol Sungai Besi sebenarnya adalah termasuk bayaran tambahan untuk jajaran E37 Kuala Lumpur -Seremban Expressway ini.

Kutipan tol bagi E37 ini telah dimansuhkan sejak tengah malam tadi, dan kini kadar tol yang perlu dibayar oleh pengguna Lebuhraya PLUS tidak lagi termasuk bayaran untuk jajaran ini, sekaligus menjadikan bayaran tolnya lebih murah.


No comments: