Lebuhraya Tanjung Malim-Slim River FT1 pertama kutip tol

Tahukah anda bahawa lebuh raya tol pertama di Malaysia sebenarnya ialah Lebuhraya Tanjung Malim-Slim River FT1?

Jalan raya dinaik taraf menjadi lebuh raya bertol pada tahun 1966 dan ia dibuka kepada lalu lintas pada tahun yang sama. Kutipan tol bermula pada jam 6 pagi pada 16 Mac 1966 dengan kadar tol untuk kereta sebanyak 50 sen, bas dan lori RM1 dan motosikal 20 sen. Pada tahun 1994, dengan siapnya Lebuhraya Utara-Selatan, kutipan tol ini mansuhkan dan ia menjadi lebuh raya bebas tol.

No comments: