Musim 2018 akan menjadi kerjasama MotoGP terakhir di antara Yamaha dan Tech 3. Kerjasama 20 tahun ini akhirnya akan ditamatkan menjelangnya musim 2019, dan Yamaha telah menerima keputusan Tech 3 tersebut dan akan memberikan sokongan penuh kepada pasukan itu sehinggalah perlumbaan terakhir musim 2018 Kejohanan Dunia MotoGP™ FIM. Maka benarlah apa yang kami jangkakan pada 13 Februari lepas mengenai hal ini (klik sini untuk baca semula).
Namun begitu Tech 3 akan terus mengambil bahagian dalam Kejohanan DuniaMotoGP™ dan Moto2™ dan akan mengumumkan rancangan untuk 2019 dan seterusnya kelak. Yamaha sedang dalam proses membuat keputusan sama ada mereka akan terus menyokong pasukan satelit bagi musim 2019 dan juga bentuk kerjasama yang akan diambil, jika ada.
"Baru-baru ini kami diberitahu oleh Hervé Poncharal, pemilik Tech3, bahawa dia telah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak dengan Yamaha untuk menyewa jentera YZR-M1," kata Pengurus Besar Motorsports Development Division, YMC dan Presiden YMR, Kouichi Tsuji. "Selepas perbincangan dengan Hervé jelas bahawa dia telah memilih untuk menyesuaikan diri dengan rakan kongsi yang baharu untuk masa depan dan oleh itu, kami dengan kesalnya harus menghormati dan menerima keputusannya. Penyudahan perkongsian yang berjaya sebegini memang menyedihkan, kerana ia juga menandakan berakhirnya sebuah hubungan jangka panjang. Kami sangat berterima kasih kepada kesetiaan Hervé dan sokongan kepada jenama Yamaha dan juga keputusan cemerlang yang diperoleh sepanjang masa itu. Kami akan terus memberikan sokongan penuh kepada pasukan Tech3 dan pelumba mereka sepanjang musim 2018, sementara kami pada masa yang sama menilai pilihan kami untuk pasukan alternatif dalam kelas Kejohanan Dunia MotoGP untuk 2019 dan seterusnya. "
Pengurus Team Herve Poncharal berkongsi sentimen tersebut dan menambah: "Untuk meringkaskan perkongsian luar biasa selama 20 tahun antara Tech3 dan Yamaha dalam beberapa perkataan adalah sangat sukar. Ia merupakan satu perjalanan yang luar biasa sejak pertama kali bertemu dengan Encik Iio pada tahun 1998, di mana dia memberi saya kesempatan untuk menyertai Yamaha Motor Corporation. Apa yang saya ingini adalah kenangan hebat, hasil yang hebat, suasana yang mengagumkan dan perasaan yang mengagumkan yang kami kongsi bersama keluarga Yamaha, yang akan sentiasa berada dalam fikiran saya dan di dalam hati saya. Jelas sekali, untuk menamatkan perkongsian itu adalah satu keputusan yang besar bagi saya. Apa yang saya ingin katakan adalah jutaan terima kasih kepada Yamaha, kepada En Tsuji, En Tsuya, En Jarvis dan En Nakajima, serta semua orang yang menyokong dan membantu kami.
"Tech3 adalah sebuah syarikat kecil, yang perlu memikirkan masa depan dan perlu menimbang pilihan yang berbeza. Kami telah ditawarkan perjanjian yang termasuk sesuatu yang telah kami tunggu hampir sejak kami memulakan Tech3 dan amat sukar untuk saya menolak (tawaran tersebut). Tetapi yang jelasnya kami masih Pasukan Monster Yamaha sehingga pusingan terakhir GP Valencia 2018. Johann Zarco dan Hafizh Syahrin akan berjuang untuk kedudukan teratas dan tanpa keraguan, Yamaha boleh bergantung kepada kami untuk menjadi pasangan pemain yang setia. Sekali lagi terima kasih banyak banyak kerana sokongan Yamaha. Saya harap mereka dapat meneruskan dan mempunyai kejayaan yang selayaknya dan akhirnya mencari rakan kongsi untuk menggantikan Tech3. "
Sorotan Pasukan Tech3:
1989
Hervé Poncharal memulakan projek Tech3 dan memulakan petualangan Grand Prixnya dengan bertanding dalam Kejohanan Dunia 250cc
1999
Tech3 dan rakan Yamaha dalam kejohanan 250cc
Olivier Jacque - 4
Shinya Nakano - 7th
2000 (250cc)
Olivier Jacque - 1
Shinya Nakano - 2nd
2001 (500cc)
Shinya Nakano - 5th
Olivier Jacque - 15th
2002 (MotoGP)
Olivier Jacque - 10th
Shinya Nakano - 11th
2003 (MotoGP)
Alex Barros - 9th
Olivier Jacque - 12th
2004 (MotoGP)
Marco Melandri - 12th
Norifumi Abe - 13th
2005 (MotoGP)
Toni Elías - 12th
Ruben Xaus - 16th
David Checa - 26th
2006 (MotoGP)
Carlos Checa - 15th
James Ellison - 18th
2007 (MotoGP)
Sylvain Guintoli - 16 - Rookie of the Year
Makoto Tamada - 18th
2008 (MotoGP)
Colin Edwards - 7th
James Toseland - 11th
2009 (MotoGP)
Colin Edwards - ke-5
James Toseland - 14th
2010 (MotoGP)
Ben Spies - 6 - Rookie of the Year
Colin Edwards - 11th
2011 (MotoGP)
Colin Edwards - 9th
Cal Crutchlow - 12th - Rookie of the Year
Josh Hayes - 19th
2012 (MotoGP)
Andrea Dovizioso - 4
Cal Crutchlow - 7th
2013 (MotoGP)
Cal Crutchlow - 5th
Bradley Smith - 10th
2014 (MotoGP)
Pol Espargaró - 6 - Rookie of the Year
Bradley Smith - 8th
2015 (MotoGP)
Bradley Smith - 6th
Pol Espargaró - 9th
2016 (MotoGP)
Pol Espargaró - 8th
Bradley Smith - 17th
Alex Lowes - 24th
2017 (MotoGP)
Johann Zarco - 7th - Rookie of the Year
Jonas Folger - 10th
Kenikmatan pemanduan mewah di Pavilion Kecemerlangan Mewah Eksklusif BMW
Pavilion Kecemerlangan Mewah BMW merupakan cara baru BMW untuk memperkenalkan kehadiran ppenjenamaan dan daya tarikan untuk kenderaan segmen mewah mereka.
Diperkenalkan buat kali pertamanya di negara ini, pembuat automotif premium ini juga mengambil kesempatan pada acara pelancaran pengalaman kecemerlangan mewah ini untuk mendedahkan siri BMW Concept 8 buat kali pertama di Malaysia, dan juga di Asia Tenggara. Malaysia dan Asia Tenggara mengalu-alukan kedatangan BMW Concept 8 Series yang membawakan kemuncak Kemurnian Dinamik dan Kemewahan Canggih.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Encik Han Sang Yun berkata, "Kami berbesar hati untuk berkongsi kehadiran dan ekspresi jenama yang baru untuk kereta mewah kami di BMW Luxury Excellence Pavilion. Dari Toronto, Kanada ke Malaysia, kami berharap dapat berkongsi pandangan kami tentang daya tarikan mewah jenama kami menerusi program pengalaman yang baik ini, dengan menunjukkan bagaimana kami telah mendefinisikan semula idea kemewahan moden dalam industri auto."
Han menambah bahawa BMW Concept 8 Series ini berfungsi sebagai penguji model BMW yang akan datang iaitu BMW 8 Series Coupé baru yang dijadualkan untuk dilancarkan tahun ini sebagai sebahagian model yang paling berani dalam sejarah pembuat kereta premium.
"Sepertimana kata Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW Group AG, Harald Krüger, 'Nombor 8 sentiasa mewakili kemunculan prestasi sports dan eksklusiviti untuk BMW'. Kereta konsep sports eksklusif ini memancarkan keghairahan (Passion), kuasa (Power) dan prestasi (Performance). BMW 8 Series Coupé yang akan datang adalah sesuatu yang perlu diperhatikan, tetapi pada masa ini, BMW Concept 8 Series mewakili usaha kami ke arah kenderaan berdarah mewah bersaiz besar yang dicipta dalam tradisi coupe sporty."
Mengatasi kenikmatan memandu: Kemewahan inovatif gaya BMW.
Kehadiran penjenamaan baru untuk kereta mewah BMW membawakan profil dan kedudukan siri kenderaan paling eksklusif dalam rangkaiannya yang diperhalusi untuk menjadi satu kategori produk yang berbeza. Kenderaan siri ini amat memikat hati, dan ini meletakkannya dalam kedudukan yang baik untuk memperkaya gaya hidup pelanggan dalam segmen mewah dengan pengalaman yang menyentuh perasaan.
Estetika klasik ini menonjolkan sejarah BMW yang tidak dapat ditiru, iaitu pendekatan untuk mencari penyelesaian dan konsep yang berani, dan keupayaan untuk menghadapi cabaran dan muncul dengan lebih kuat. Ia nya bukan sahaja elemen warisan BMW yang mendalam tetapi juga merupakan resipi kejayaan yang mempamerkan semangat, keyakinan dan hadiah dari BMW untuk membawa masa depan ke masa sekarang ini.
BMW percaya bahawa kemewahan sesebuah kereta diwakili kepakaran dalam pelbagai bidang pembangunan. Tulen, menarik dan kemewahan moden ini adalah hasil tradisi semangat dan perintis, dan datangnya dari pengalaman bertahun-tahun dalam memperdalam pengetahuan dan bakat inovasi. Model model perdana dalam portfolio BMW akan mewujudkan kefahaman baru tentang kemewahan, yang membawa sentuhan perasaan yang ditakrifkan oleh estetika inspirasi dan kenikmatan memandu dengan pengalaman kebebasan dan individualiti yang ditentukan pemilik sendiri.
Di samping itu juga, BMW memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan yang berterusan di antara mereka dengan para pelanggan, pengalaman dan emosi, dan menawarkan yang lebih baik. Matlamat pembuat kereta premium ini adalah untuk menawarkan pelanggan pengalaman mobiliti khas setiap hari, dengan menawarkan perkhidmatan yang unik dan bertambah baik.
Ekspresi baru dan kehadiran jenama baru BMW dapat dialami secara eksklusif di Pavilion Keunggulan Mewah BMW dari Khamis, 22 Februari 2018 hingga Rabu, 7 Mac 2018.
Pavilion Mewah BMW juga disokong oleh rakan-rakan niaga seperti Dior, Hugo Boss, Moet Hennessy Diageo, Jaeger-Le Coultre, Galeri Wei-Ling, Leica, illy Coffee and SPACE.
BMW Concept 8 Series ialah kenderaan BMW yang turut memaparkan idea-idea reka bentuk baru dan teknik pembinaan bentuk. BMW Concept 8 Series mempamerkan pendekatan baru untuk penggunaan bentuk, yang jelas kelihatan di permukaan kereta. Sejumlah garisan renyah menandakan permukaan yang jelas, dan bentuk utama kereta dipahat dengan nyata. Unsur-unsur ini menghasilkan model cemerlang yang penuh beperwatakan.
BMW Concept 8 Series memaparkan gril hadapan berbentuk buah pinggang yang besar, lampu berkembar nipis dan lohong pengambilan udara yang besar bagi membentuk penampilan depan yang menarik dan sporty. Templat BMW klasik tersebut kini mempunyai tafsiran baru, dengan membawa reka bentuk syarikat ke arah yang berbeza. Sebagai contoh, kedua bentuk buah pinggang tersebut rendah ke jalan raya dan menyebar secara meluas di bahagian hadapan. Ia mengambil inspirasi daripada pasangan BMW tahun lalu yang memaparkan bentuk buah pinggang itu dipasangkan bersama dengan lancar untuk membentuk satu elemen besar.
Gril ini membesar semakin ia meluncur ke bawah, bagi menjelaskan lagi karakter dinamik dari BMW Concept 8 Series. Bersama-sama dengan lampu laser super-tipis dan piksel heksagonal pada tema "kembar berkembar", ia membawa rupa berfokus ke hadapan. Di sisi lain, lohong pengambilan udara sisi besar di apron depan menyerlahkan pendirian kereta yang luas dan sporty di jalan raya dan menjanjikan pengalaman dinamik murni.
Unsur-unsur serat karbon meningkatkan lagi watak yang sporty dan berprestasi tinggi. Sementara itu, cat luaran atau eksterior eksklusif iaitu kelabu Barcelona Grey Cair yang berwarna biru-abu dengan pigmen yang sangat menyerlah memaparkan kesan optimum.
Lampu belakang yang langsing dan terbentang meluas di sisi BMW Concept 8 Series ini mengambil bentuk bilah L bila dilihat dari belakang. Ia membuatkan kelebaran kereta yang lebih jelas dan pendiriannya yang berkuasa di jalan raya, dan bentuk langsingnya memberikan penampilan ultra-sporty dan moden. Penyesar angin serat karbon gelap yang diwarnakan di bahagian bawah apron belakang menambah hiasan tambahan dan lebih sporty pada grafik belakang, yang diserlahkan lagi dengan ekzos trapezoid besar, bingkai bahagian belakang dan mengarah kepada pengalaman memandu dinamik masa akan datang.
Siri BMW Concept 8 ini memaparkan campuran dinamik yang kaya secara emosi di bahagian dalam. Permukaan dan garisannya menarik ke hadapan dan menggariskan pengalaman memandu yang dinamik. Di bahgian tengah, konsol pusat dan pintu memberikan struktur dalaman grafik yang jelas. Aliran dari panel instrumen ke pintu dan perasaan sporty, merangkumi hiasan dalaman dengan elemen reka bentuk yang menonjol. Kesan ini serlahkan lagi oleh oleh sambungan lancar antara konsol tengah dan panel instrumen.
Huasan kulit Merino dalam cokelat gelap Dark Brown dan putoh Fjord White memberikan suasana yang berkualiti tinggi. Tatarias gentian karbon dan aluminium yang digilap menghasilkan perbezaan atau kontras yang disengajakan dan memancarkan perasaan sporty dan teknikal. Tuil pengalih gear atau gearshift dan Pengawal iDrive yang diperbuat daripada kaca Swarovski dengan kuarza berasap, dan memberikan sentuhan penamat yang ada kelas.
BMW 8 Series Coupé disasarkan untuk menjadi tradisi kereta mewah sports yang berjaya dan menambahkan lagi penawaran model menarik sebagai kereta idaman yang tulen kepada barisan kenderaan kelas mewah yang sedia ada.

Mitsubishi lancar panggil-balik keselamatan untuk kenderaan terpilih
Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meminta para pemilik Mitsubishi Lancer dan Outlander yang diimport dari Jepun, dan juga pemilik ASX yang dipasang tempatan untuk penggantian geganti atau relay kawalan enjin kenderaan mereka. Jumlah keseluruhan kereta yang terjejas ialah kira-kira 5,000 unit.
Geganti ini melindungi ECU enjin dari sebarang lonjakan voltan secara tiba-tiba. Jika ia nya tidak diganti, bahagian dalaman geganti tersebut mungkin gagal dan seterusnya memberi kesan kepada fungsi ECU enjin.
MMM juga akan mengadakan Kempen Peningkatan Lapangan ecara berasingan bagi usaha penggantian pengembung atau inflator beg udara penumpang sisi untuk 115 unit Pajero Exceed yang dikeluarkan dari bulan Mac 2010 hingga Julai 2012.
Beg udara penumpang sisi ini boleh melepaskan serpihan logam apabila ia diaktifkan, yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu. Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen penarikan semula beg udara Takata di seluruh dunia.
"Keselamatan adalah keutamaan kami, dan oleh sebab itu MMM menggerakkan inisiatif ini bagi memastikan keselamatan pelanggan, dan kami kesal dengan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas," kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.
MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi yang terjejas dan kos penggantian akan ditanggung oleh MMM sepenuhnya.
MMM meminta semua pelanggan terjejas untuk membuat temujanji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi Motors bagi menjalankan penggantian yang tersebut di atas.
Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Careline Pelanggan kami di 1800 18 8161 (9 pagi - 5 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum).
Model
|
Tahun diperbuat
|
ASX
Compact SUV
|
Mac 2015
– November 2016
|
Lancer
Sedan
|
Disember
2014 – Februari 2016
|
Outlander
SUV
|
Disember
2015 – Jun 2016
|
MMM juga akan mengadakan Kempen Peningkatan Lapangan ecara berasingan bagi usaha penggantian pengembung atau inflator beg udara penumpang sisi untuk 115 unit Pajero Exceed yang dikeluarkan dari bulan Mac 2010 hingga Julai 2012.
Beg udara penumpang sisi ini boleh melepaskan serpihan logam apabila ia diaktifkan, yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu. Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen penarikan semula beg udara Takata di seluruh dunia.
"Keselamatan adalah keutamaan kami, dan oleh sebab itu MMM menggerakkan inisiatif ini bagi memastikan keselamatan pelanggan, dan kami kesal dengan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas," kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.
MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi yang terjejas dan kos penggantian akan ditanggung oleh MMM sepenuhnya.
MMM meminta semua pelanggan terjejas untuk membuat temujanji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi Motors bagi menjalankan penggantian yang tersebut di atas.
Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Careline Pelanggan kami di 1800 18 8161 (9 pagi - 5 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum).
Hafizh Syahrin sah bersama Yamaha Tech3 musim 2018
Monster Yamaha Tech 3 secara rasminya telah mengesahkan Hafizh Syahrin akan menggantikan Jonas Folger dalam kejohanan MotoGP musim ini. Kini secara rasminya Malaysia telah menengahkan pelumba MotoGPnya yang pertama selepas Hafizh Syahrin mengambilalih tugasan tersebut dari Jonas Folger dalam pasukan Monster Yamaha Tech 3.
Folger terlepas empat pusingan akhir musim lalu kerana menghadapi isu keletihan yang teruk dan walaupun pemulihannya dilaporkan positif, beliau tiba-tiba menarik diri dari musim 2018 pada malam sebelum ujian pra musim di Sepang pada bulan Januari lepas.
Hafizh Syahrin kelihatan amat yakin ketika menamatkan ujian untuk pasukan tersebut di Buriram, Thailand, dan telah berjaya mengatasi tiga pelumba pada hari terakhir ujian, bagi mengesahkan kontraknya dengan Tech3 bagi musim 2018.
"Saya sangat gembira selepas menerima berita bahawa saya akan berlumba untuk Monster Yamaha Tech3 pada 2018," kata Syahrin.
"Saya banyak belajar pada tiga hari ujian yang sangat menarik dan hebat di Buriram, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada krew saya sekali lagi, terutamanya Nico dan Maxime, tetapi juga Johann dan Laurent untuk nasihat mereka. Dalam masa yang singkat, saya benar-benar belajar untuk mengawal sepenuhnya motosikal MotoGP.
"Saya akan cuba melakukan yang terbaik dan akan memberikan sepenuh usaha saya pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hervé, Yamaha Motor Corporation, Monster dan seluruh pasukan Tech3 kerana mempercayai saya dan memberi saya peluang hebat ini untuk bersaing dalam musim penuh di MotoGP .
"Terima kasih kepada keluarga saya, yang sentiasa menyokong saya untuk membuat impian ini menjadi kenyataan, terutamanya ayah saya, dan terima kasih kepada peminat saya dan sudah tentu kepada Dato' Razlan. Saya tidak sabar untuk menjalani ujian lagi di Qatar dan saya akan menjadi lebih bermotivasi, dan sejujurnya saya tidak sabar untuk memulakan musim ini.
Hafizh kini mengambil alih jentera M1 yang sangat kompetitif pasukan satelit Yamaha itu, selepas penyertaan empat musim penuh dan tiga podium dalam kategori Moto2. Dua podium terakhir Hafizh diraih dalam enam perlumbaan terakhir 2017, dan yang satu lagi ketika muncul sebagai peserta wildcard di Sepang pada tahun 2012, berikutan pembatalan keputusan untuk Anthony West.
Pelumba Malaysia berusia 23 tahun dirancang untuk beraksi bagi pasukan Litar Sepang dalam kelas pertengahan musim ini tetapi kini telah digantikan oleh seorang lagi pelumba kebangsaan iaitu Zulfahmi Khairuddin. Sepang telah lama mencari bintang tempatan dalam kelas perdana, dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Razlan Razali memberi sokongan sepenuhnya kepada langkah Syahrin.
"Ujian di Buriram baru-baru ini mengesahkan segalanya untuk Hafizh," kata Razlan. "Pengumuman rasmi bahawa Hafizh akan bersaing dalam musim penuh dengan pasukan Monster Yamaha Tech3 adalah pencapaian terbesar bagi pelumba Malaysia selepas lebih daripada 26 tahun lamanya Malaysia menjadi tuan rumah untuk MotoGP.
"Ini juga merupakan berita yang hebat bagi rantau Asia, dan saya harus berterima kasih kepada Hervé Poncharal untuk peluang ini dan keyakinannya terhadap Hafizh. Kami sekarang akan menyerahkan Hafizh kepaanya dalam penjagaan yang baik dan berkembang menjadi lebih baik, berdaya saing dan melengkapkannya sebagai Pelumba MotoGP. "
"Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Hafizh Syahrin akan menjadi pelumba Yamaha Tech3 kedua di samping Johann Zarco," tambah bos pasukan Yamaha Tech3, Herve Poncharal. "Semuanya sukar sejak kita mendapat tahu berkenaan masalah Jonas Folger, malangnya dia memutuskan untuk tidak berlumba pada musim 2018 untuk menjaga kesihatannya dan cuba pulih sepenuhnya. Ia telah menjadi proses yang panjang untuk mencari seseorang pelumba, dan siapa yang boleh menjadi pengganti.
"Di Sepang saya bertemu dengan Razlan Razali, dan kami hanya berbual dan timbul beberapa idea gila, yang kadangkala berubah menjadi hasil yang terbaik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Razlan Razali atas semangatnya, usaha tenaganya dan penglibatan beliau dalam perlumbaan MotoGP dan untuk sukan bermotor secara umum, ditambah pula dengan menyokong Hafizh Syahrin untuk memanjat langkah terakhir ke kelas perdana.
"Kami perlu meyakinkan semua orang di sekeliling kami, bahawa Hafizh akan menjadi pelumba MotoGP yang baik, oleh kerana itu, kami harus memberi tugasan yang sukar dalam tiga hari ujian di Buriram. Akhirnya, dia melakukan kerja yang luar biasa, dia memenuhi misi itu. Yamaha amat gembira dengan prestasinya dan seluruh pasukan Tech3 juga turut gembira.
"Saya amat berbesar hati dan bangga memberikannya peluang ini dan saya tahu ini akan menjadi sesuatu yang bersejarah, kerana ini kali pertama seorang pelumba Malaysia berlumba musim penuh dengan motosikal MotoGP dan kami tahu betapa popularnya sukan ini di dunia sebelah sini.
"Saya ingin memberitahu Hafizh: Selamat datang di keluarga kami! Kami akan menjaga anda seperti anak kami dan saya pasti kata akan mempunyai musim yang hebat. Anda boleh belajar dari pasukan ini, dan juga dari Johann dengan penglibatan anda. Saya tidak sabar untuk berada di Qatar dengan anda di atas jentera kami. "
Kini akan ada satu lagi ujian pra-musim di Qatar, sebelum perlumbaan bermula di litar Losail yang sama pada 18 Mac kelak.
Hafizh Syahrin Abdullah menjadi topik sensasi negara apabila secara rasminya diumumkan sebagai pelumba bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3 sekaligus memahat nama selaku pelumba Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang beraksi dalam kelas MotoGP di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia.
Memulakan aksi profesional secara kompetitif seawal usia 13 tahun dalam perlumbaan satu pengeluar yang dijalankan oleh Yamaha, pelumba berusia 24 tahun itu terus membuktikan keupayaan luar biasa apabila mendominasi perlumbaan tempatan dan antarabangsa. Bersama pasukan Raceline kendalian Barry Leong, Hafizh kemudian mencatat nama sebagai juara keseluruhan termuda bagi siri kelas Novis dan CP130 di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS diikuti pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa seperti di Kejuaraan Motosikal Asia, Australia, Sepanyol sebelum melangkah ke pentas MotoGP.
Pencapaian Hafizh selama 10 tahun sejak pembabitan secara profesional dalam arena permotoran negara sehingga ke hari ini merupakan antara contoh di mana tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Proses membangunkan seseorang atlet memerlukan masa dan sokongan pelbagai pihak dan tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dimana perjalanan karier Hafizh dibantu dengan sokongan Program Pembangunan Bakat PETRONAS.

Lengkapkan Yamaha anda dengan Öhlins
Yamaha MT, XSR, Tracer, XV950 dan YZF-R3 kini boleh menaiktaraf gantungan motosikal mereka dengan kit Öhlins rasmi Yamaha. Malah ada juga kit Öhlins untuk model lebih kecil seperti Yamaha LC 135!
Kerjasama terkini antara Yamaha dan Öhlins meperkenalkan pelbagai kartrij topang atau fork hadapan dan kit spring bersesuaian, serta pilihan penyerap kejutan untuk model model Yamaha yang popular dalam segmen Hyper Naked, Sport Heritage dan Sport Touring.
Produk Öhlins khusus untuk model motosikal Yamaha anda kini boleh ditempah dari pengedarnya. Malah, pengguna Yamaha di luar negara lebih beruntung kerana produk Öhlins baharu ini ada dipaparkan pada aplikas My Garage 3D Yamaha, yang membolehkan pembeli untuk membina dan menempah motosikal tersendiri mereka sendiri menggunakan aplikasi tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)