Mitsubishi lancar panggil-balik keselamatan untuk kenderaan terpilih

Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)  meminta para pemilik Mitsubishi Lancer dan Outlander yang diimport dari Jepun, dan juga pemilik ASX yang dipasang tempatan untuk penggantian geganti atau relay kawalan enjin kenderaan mereka. Jumlah keseluruhan kereta yang terjejas ialah kira-kira 5,000 unit.


Model
Tahun diperbuat
ASX Compact SUV
Mac 2015 – November 2016
Lancer Sedan
Disember 2014 – Februari 2016
Outlander SUV
Disember 2015 – Jun 2016
Geganti ini melindungi ECU enjin dari sebarang lonjakan voltan secara tiba-tiba. Jika ia nya tidak diganti, bahagian dalaman geganti tersebut mungkin gagal dan seterusnya memberi kesan kepada fungsi ECU enjin.

MMM juga akan mengadakan Kempen Peningkatan Lapangan ecara berasingan bagi usaha penggantian pengembung atau inflator beg udara penumpang sisi untuk 115 unit Pajero Exceed yang dikeluarkan dari bulan Mac 2010 hingga Julai 2012.

Beg udara penumpang sisi ini boleh melepaskan serpihan logam apabila ia diaktifkan, yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada pemandu. Usaha ini adalah sebahagian daripada kempen penarikan semula beg udara Takata di seluruh dunia.

"Keselamatan adalah keutamaan kami, dan oleh sebab itu MMM menggerakkan inisiatif ini bagi memastikan keselamatan pelanggan, dan kami kesal dengan kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas," kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

MMM akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada semua pemilik Mitsubishi yang terjejas dan kos  penggantian akan ditanggung oleh MMM sepenuhnya.

MMM meminta semua pelanggan terjejas untuk membuat temujanji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi Motors bagi menjalankan penggantian yang tersebut di atas.

Untuk senarai pusat servis dan maklumat lanjut, sila layari: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Careline Pelanggan kami di 1800 18 8161 (9 pagi - 5 petang, Isnin hingga Jumaat tidak termasuk cuti umum).

No comments: