SM Sport jenama baharu di Malaysia


Syarikat pengedar Mforce Bike Holdings yang berpengkalan di Pulau Pinang telah mengumumkan pelancaran jenama motosikal mereka sendiri yang bergelar SM Sport. Pengenalan model pertama jenama baharu ini iaitu SM Sport 110R telah dilangsungkan petang tadi di Pulau Pinang.  SM Sport mengkhususkan sasaran pengguna mereka bagi model motosikal mampu milik dalam julat sesaran enjin 110cc hingga 150cc, untuk menenuhi permintaan golongan pembeli motosikal kali pertama yang menginginkan motosikal yang bergaya, tahan lasak, mesra alam, dan pada harga yang berpatutan.



Model SM Sport 110R ini merupakan hasil kerjasama dan melalui kaedah pemindahan teknologi di antara Syarikat Mforce Bike Holdings dengan syarikat Qian Jiang Motorcycle yang juga merupakan pemilik dan pengilang jenama Benelli. Ia nya dihasilkan dengan menggunakan 30% komponen peralatan buatan tempatan dan selainnya adalah komponen yang diimpot dari luar Negara. Penggunaan komponen dalam penghasilan model jenama motosikal SM Sport selepas ini akan ditingkatkan kepada 60% pada masa yang akan datang. Ia bersesuaian dengan sasaran Mforce Bike Holdings untuk menggalakkan perkembangan industri sampingan motosikal dan juga pertumbuhan ekonomi dalam negara.

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad berkata bahawa “Mforce Bike Holdings merupakan sebuah syarikat yang berdaya saing dan telah mempunyai kedudukan tertentu dalam pasaran motosikal. Kini, Mforce Bike Holdings telah merancang untuk mengeskport SM Sport 110R ke luar negara di rantau Asia seperti Indonesia, Singapura, Sri Langka, dan sebagainya.” Asri turut menyatakan bahawa pelancaran model baru motosikal SM Sport 110R akan dituruti banyak lagi model baharu SM Sport pada masa yang akan datang sesuai dengan matlamat mereka untuk menjadikan menjadikan jenama SM Sport ini sebagai satu jenama yang popular di rantau Asia.


Model tersebut telah menggunakan enjin 109 cc SOHC sejukan udara suapan karburetor yang mampu memenuhi piawaian standard pelepasan EURO 3 yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Enjin ini mampu menghasilkan 6.4 kuasa kuda atau 4.8kW pada 7500RPM. Di antara ciri ciri yang ditawarkan oleh SM Sport 110R adalah perjimatan penggunaan bahanapi untuk capaian perjalanan yang lebih jauh. Sistem Suis Penjimatan Bahan Api dalam model SM Sport 110R bertindak untuk menghantar isyarat kedudukan pendikit agar dapat membantu unit kawalan enjin ECU bagi kalibrasi jumlah bahanapi yang tepat bagi menghasilkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, SM Sport 110R mempunyai reka bentuk yang aerodinamik dan grafik sporti bagi penampilan yang menarik.

Di samping itu, SM Sport 110R juga mempunyai beberapa ciri keselamatan istimewa seperti lampu siang atau day time running light (DRL), signal hadapan dan belakang LED, sistem suspensi belakang Kayaba(KYB), ruang penyimpanan besar 10L, penutup lubang kunci anti-kecurian, tayar tanpa tiub dan port atau lohong USB di dalam ruang simpanan di bawah tempat duduk.


SM Sport 110R ini ditawarkan pada harga RM3,788 (tidak termasuk GST) dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih terdahulu. Terdapat tiga pilihan warna yang menarik akan dikeluarkan termasuk Kuning Bumblebee, Biru Ocean dan Merah Ruby.

Spesifikasi:
Enjin & Transmisi:
    Jenis Enjin     SOHC-4 lejang Euro3
    Anjakan(cc)    109
    Bore x stroke(mm)    Ø50.0 X 55.5
    Kuasa maksima    4.8kW/7500 rpm        
    Tork maksima    7.0Nm/7000 rpm  
    Nisbah Mampatan    9.5:1
    Pencucuhan    CDI
    Penghidup    Elektrik & Tendang
    Gear    4-kelajuan, berkitar
    Jenis cekam (klac)    Plat basah berbilang
Ukuran:
    Berat Kering (kg)    105 kg
    Ketinggian Pelana (mm)    770
    Panjang Keseluruhan(mm)    1960
    Pelepasan Tanah (mm)    155
    Jarak Roda (mm)    1275
Chasis:
    Rim Depan & Belakang    Aloi Aluminium
    Suspensi Depan    Tupang/fork teleskopik
    Suspensi Belakang    spring peredam minyak
    Tayar Depan    70/90-17 (tanpa tiub)
    Tayar Belakang    80/90-17 (tanpa tiub)
    Brek Depan    cakera 220mm
    Brek belakang     Gelendung/dram

    Kapisiti Tangki Minyak (L)    4L
    Bateri    12V6Ah Penyelanggaraan Percuma (MF)
 









Honda RS150R berkonvoi seluruh Semenanjung sejauh 1,780KM



 Pengalaman mengharungi Konvoi Marathon Semenanjung 2017 telah memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh 40 para pemilik RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R telah menyertai konvoi ini yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu.

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) - Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor). Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. Konvoi ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Manakala, peserta dari Kelantan akan menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai. 

Dari kiri, En. Simon Chuak (Sing Yik Motors); tengah En. Tio Wei Chun (Ah Thong Motors) dan En. Joseph Cheng (AKJB Sales & Services.



Pihak pengajur telah menjemput enam orang marshal dan pasukan sokongan Boon Siew Honda untuk memudahkan aliran trafik yang melibatkan ahli konvoi yang ramai. Bermula dari Sing Yik Motors, Chemor Perak, para peserta dari Perak dan Johor dilepaskan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Eksekutif Jualan Kanan Honda, Wei Wei seawal 8.30 pagi. Pasukan sokongan Honda yang terdiri daripada mekanik dan safety riding untuk membantu sekiranya ada peserta yang mengalami masalah di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam dengan beberapa perhentian di R&R dan stesen minyak. Mereka seterusnya bergerak melalui laluan Gerik ke Ah Thong Motors, Kota Bahru Kelantan.
  Pengurus dari Sing Yik Motors (kiri) berkesempatan bergambar bersama dengan
pasukan sokongan Boon Siew Honda & marshal
  Sesi Safety Riding 

 Sesi pengambaran di depan Sing Yik Motors sebelum berlepas ke Kelantan

  Peserta mula berlepas dari Sing Yik Motors dilepaskan oleh Mr. Simon Chuak ke Kelantan.

Biarpun masa yang diambil ke destinasi agak panjang, namun telatah ahli-ahli konvoi sangat menghiburkan walaupun ramai ahli yang baru sahaja menyertai konvoi buat kali pertama, namun keserasian terus tercipta di kalangan semua ahli. 

Sebaik sahaja tiba di Kota Bahru, para peserta disambut oleh pihak penganjur dari Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun dengan meriah. Lepas makan malam, ahli konvoi berlepas ke Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan untuk bermalam di E&E Hotel. 


Group foto lepas keluar dari Plaza Tol Bukit Besi

 Berkumpul di hadapan Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan.

Hari kedua dimulai dengan sarapan pagi enak yang dihidang oleh pihak Ah Thong Motors dan diikuti senaman bagi tujuan memanaskan badan yang dipimpin oleh Safety Riding dari Boon Siew Honda yang melibatkan semua peserta konvoi. Pasukan konvoi pada hari ini dilepaskan oleh pengurus Ah Thong Motors – En. Tio Wei Chun. 
 Sesi pengambaran di depan Ah Thong Motors sebelum berlepas ke Kelantan
  En. Tio dan sekeluarga datang untuk member sokongan padu kepada para peserta 

Di sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati keindahan pemandangan di sepanjang jalan merentasi Terengganu dan akhirnya sampai ke Kuantan, Pahang. 
 Bergambar di hadapan Hentian Royal Belum



Bergambar di Puncak Titiwangsa

Sesampainya ke Kuantan, mereka turut singgah di Pantai Teluk Chempedak untuk menikmati keindahan pantai. Setiap kumpulan dibahagikan kepada kumpulan kecil (10 ahli) untuk tugasan mendapatkan foto terbaik.
 Foto terbaik dimenangi oleh kumpulan “Desperato” di Pantai Teluk Chempedak

Mereka bermakan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan bermalam di Signature Hotel. 
 Makan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur
 
Di hari ketiga, mereka berlepas ke Kulai, Johor seawal 7.30 pagi dan bersinggah di beberapa R&R dan stesen minyak di Pekan, Mersing dan Kota Tinggi sebelum bertemu dengan ahli Honda RS150R Southern Club di depan AKJB Sales & Services pada pukul 5.30 petang. Mereka disambut oleh pengusaha AKJB En. Cheng, Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong, Pengurus cawangan Johor – En. Liow Hai Peng dan Pengurus Kanan cawangan Terengganu – En. Ooi Kheng Siang.
Group foto bersama Mr. Cheng dari AKJB dan Eksekutif Jualan cawangan Johor – Chai.


Lepas itu, peserta konvoi balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia untuk makan malam Gala Dinner yang berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café & Dining. 


Pemenang - Acara pertandingan tarian




Pihak atasan dari BSH – kiri Ke-2: En. Yee (Pengurus Besar), ke-3: En. Ooi (Pengurus Kanan cawangan Terengganu), ke-5: En. Liow (Pengurus cawangan Johor) & Eksekutif Jualan cawangan Johor.  

  Group foto di Gala Dinner

Group foto bersama Pengurus Besar BSH – Mr. Yee dan Mr. Cheng- Pengusaha dari AKJB. 

Acara malam itu dimulakan dengan sesi bergambar di luar dewan yang melibatkan ahli konvoi, ahli dari Honda RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan dari Boon Siew Honda. Seterusnya, makan malam Gala Dinner dihiburkan dengan celoteh pengacara yang telah dijemput khas dan diselang-selikan dengan acara hiburan seperti alunan muzik, permainan, pertandingan tarian dan hidangan buffet. Majlis Gala Dinner tidak akan lengkap jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama berupa topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400. Manakala kemeja-T,  pelincir dan pelbagai lagi hadiah berupa barangan penyelenggaran dan motosikal Berjaya dimenangi oleh peserta konvoi. Taniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Acara majlis Gala Dinner berakhir sekitar 11.00 malam. Senarai nama tajaan untuk konvoi: Boon Siew Honda Sdn. Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, AEON Credit, Parkson Credit, Up Gasket, Taikom Racing, Allianz General Insurance, P&O Insurance, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.



Pada hari terakhir konvoi,  peserta bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing sebaik sahaja selesai bersarapan.
 Para peserta dilepaskan oleh Pengurus Besar BSH En. Yee Lip Kwong di hadapan AKJB Sales & Services.

 Penganjur bergambar sebelum mengucapkan selamat tinggal

 Peserta dari Perak sampai ke Ipoh kira-kira 6.30 petang. Manakala peserta dari Kelantan bermalam sebelum berlepas balik di keesokan harinya. 



 Peserta bersinggah di Sungai Klah untuk berehat sambil mengisi perut

 Peserta berkumpul di perkarangan Bulatan Amanjaya Ipoh selepas balik dari Johor



Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan. Konvoi ini turut diikuti oleh pasukan sokongan mekanik dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors. Setiap hentian, pengisian minyak dan pengendalian peserta konvoi di atas jalan diurus rapi bagi mengelakkan sebarang masalah.

Helmet replika Rossi terbaharu AGV



Peminat tegar Rossi tentunya teruja dengan kehadiran topi keledar terbaharu dari AGV iaitu model Pista GP-R Soleluna terbaharu.

Topi keledar jenama Itali ini digelar sebagai topi keledar mutahkir perlumbaan atau 'ultimate helmet track' dan dilengkapi dengan lubang udara logam dan spoiler 'biplano' yang diuji di terowong angin yang terbukti menstabilkan topi keledar itu pada kelajuan tinggi.

Cengkerangnya diperbuat dari serat karbon, dan direka dengan bukaan luas untuk penglihatan sekitar yang lebih baik dan lohong angin seperti sayap dibina di bahagian atas pelindung dagu topi keledar tersebut.



Cengkerang dan lapik dalamannya datang dalam empat saiz yang berbeza untuk kesesuaian yang sempurna dan kain pelapik dalaman helmet ini mendapat rawatan Sanitized, 2Dry dan Microsense untuk mengeringkan kelembapan ketika panas dan mengekalkan kesegaran bahagian dalaman topi keledar ini lebih lama.



Tetapi mungkin hakikat bahawa ia nya merupakan replika rekabentuk helmet Valentino Rossi yang lebih banyak menarik perhatian pembeli. Ia berharga agak tinggi hampir seribu Euro, tetapi nyata ianya sebuah helmet yang hebat. Dan sukar nak ditiru grafiknya.....

Honda Accord generasi kesepuluh untuk 2018



Honda Accord 2018 generasi ke-10 telah direka semula dari bawah dan mempunyai struktur badan yang lebih ringan dan lebih tegar, reka bentuk casis baru yang canggih, enjin dwi-turbocharged dengan tork tinggi. Kini buat pertama kali di dunia ia merupakan kereta pacuan roda hadapan yang disepadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.

Kereta ini juga dibekalkan dengan dua motor teknologi hibrid generasi baharu Honda, bersama dengan pelbagai teknologi baru, teknologi bantuan dan teknologi kertersambungan, dalam sebuah reka bentuk yang lebih canggih, anggun dan sporty dengan ruang dalaman dan keselesaan kelas atasan.
 Accord baru ini mempunyai tapak atau jarak roda yang lebih panjang sebanyak +2.16 inci, ketinggian keseluruhan yang diturunkan sebayak -0.59 inci dan badan yang lebih lebar sebanyak +0.39 inci, trek roda yang lebih lebar di depan +0.20 inci dan +0.79 inci di belakang, dan panjang keseluruhan pula dikurangkan sebanyak -0.39 inci. Kesan gabungan perubahan Accord generasi baharu ini membuatkannya kelihatan lebih premium, diserlahkan lagi oleh lebihan bahagian selepas roda yang lebih pendek, penampilan atau fascia depan yang berani, hud panjang dan rendah, dan pusat graviti kini lebih dekat pada roda belakang.

Enjin turbo suntikan langsung DOHC 1.5 liter, 16-injap bolehlaras Dual Time Variable Control (dual VTC) menghasilkan kuasa puncak sebanyak 192 kuasa kuda (HP) pada 5,500 rpm dan 192 lb-ft. Tork dari 1,500 hingga 5,000 rpm, naik dari 185 HP pada model 2.4 liter yang sedia ada. Turbo 1.5 liter baru ini dikendalikan dengan transmisi automatik Honda secara automatik berubah-ubah (CVT) atau, dalam trim Sport, kepada CVT atau penghantaran manual 6 kelajuan (6MT).

Accord juga boleh dilengkapi enjin turbo suntikan langsung DOHC 2.0-liter 16-injap baru dengan i-VTEC® yang dipasangkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan atau, dalam trim Sport, ke 10AT atau 6MT yang tersedia. Turbo 2.0-liter baru ini, berkongsi banyak reka bentuknya dengan 2017 Civic Type R, yang menghasilkan 252 HP pada 6,500 rpm dan 273 lb.-ft. Tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm, berbanding 278 HP pada 6,200 rpm dan 252 lb.-ft. pada 4,900 rpm untuk janakuasa 3.5 liter V6 yang digantikannya.

Yamaha MT-09 Tracer pemasangan tempatan diperkenal

Hong Leong Yamaha Motor kini menawarkan Yamaha MT-09 Tracer yang dipasang tempatan. Motosikal 847cc tiga selinder empat lejang sejukan cecair ini merupakan model keempat yang dipasang di kilang mereka di Sg Buloh selepas siri XJ6, MT-07 dan MT-09 sebelum ini, dan model ketiga dalam siri Master Of Torque ini merupakan model perdana mereka setakat ini.

Seberat hanya 190kg, ia dilengkapi dengan kawalan cengkaman (traction control system) dan brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard. Pada harga asas RM 52,000 (termasuk GST), ia nya akan mula ditawarkan mulai minggu hadapan dalam dua warna iaitu biru dan juga kelabu legap.