Pengalaman mengharungi Konvoi Marathon Semenanjung 2017 telah memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat
dilupakan oleh 40 para pemilik RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R
telah menyertai konvoi ini yang berlangsung pada 14
hingga 17 Julai lalu.
Aktiviti ini
telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop)
- Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales &
Services (Johor). Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih
1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. Konvoi ini mengambil masa
selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Manakala,
peserta dari Kelantan akan menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai.
Dari
kiri, En. Simon Chuak (Sing Yik Motors); tengah En. Tio Wei Chun (Ah Thong
Motors) dan En. Joseph Cheng (AKJB Sales & Services.
Pihak pengajur
telah menjemput enam orang marshal dan pasukan sokongan Boon Siew Honda untuk
memudahkan aliran trafik yang melibatkan ahli konvoi yang ramai. Bermula dari
Sing Yik Motors, Chemor Perak, para peserta dari Perak dan Johor dilepaskan
oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Eksekutif Jualan
Kanan Honda, Wei Wei seawal 8.30 pagi. Pasukan sokongan Honda yang terdiri
daripada mekanik dan safety riding untuk membantu sekiranya ada peserta yang
mengalami masalah di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam
dengan beberapa perhentian di R&R dan stesen minyak. Mereka seterusnya bergerak
melalui laluan Gerik ke Ah Thong Motors, Kota Bahru Kelantan.
Pengurus
dari Sing Yik Motors (kiri) berkesempatan bergambar bersama dengan
pasukan sokongan Boon Siew Honda & marshal
pasukan sokongan Boon Siew Honda & marshal
Sesi
Safety Riding
Sesi
pengambaran di depan Sing Yik Motors sebelum berlepas ke Kelantan
Peserta
mula berlepas dari Sing Yik Motors dilepaskan oleh Mr. Simon Chuak ke Kelantan.
Biarpun masa yang diambil ke destinasi agak panjang, namun telatah
ahli-ahli konvoi sangat menghiburkan walaupun ramai ahli yang baru sahaja
menyertai konvoi buat kali pertama, namun keserasian terus tercipta di kalangan
semua ahli.
Sebaik sahaja tiba di Kota Bahru, para peserta disambut oleh pihak
penganjur dari Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun dengan meriah. Lepas makan
malam, ahli konvoi berlepas ke Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf
Baru, Kelantan untuk bermalam di E&E Hotel.
Group
foto lepas keluar dari Plaza Tol Bukit Besi
Berkumpul
di hadapan Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan.
Hari kedua
dimulai dengan sarapan pagi enak yang dihidang oleh pihak Ah
Thong Motors dan diikuti senaman bagi tujuan memanaskan badan yang dipimpin
oleh Safety Riding dari Boon Siew Honda yang melibatkan semua peserta konvoi.
Pasukan konvoi pada hari ini dilepaskan oleh pengurus Ah Thong Motors – En. Tio
Wei Chun.
Sesi
pengambaran di depan Ah Thong Motors sebelum berlepas ke Kelantan
En.
Tio dan sekeluarga datang untuk member sokongan padu kepada para peserta
Di sepanjang perjalanan, mereka dapat menikmati keindahan pemandangan di
sepanjang jalan merentasi Terengganu dan akhirnya sampai ke Kuantan, Pahang.
Bergambar
di hadapan Hentian Royal Belum
Bergambar
di Puncak Titiwangsa
Sesampainya ke Kuantan, mereka turut singgah di Pantai Teluk
Chempedak untuk menikmati keindahan pantai. Setiap kumpulan dibahagikan kepada
kumpulan kecil (10 ahli) untuk tugasan mendapatkan foto terbaik.
Foto
terbaik dimenangi oleh kumpulan “Desperato” di Pantai Teluk Chempedak
Mereka bermakan malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur dan
bermalam di Signature Hotel.
Makan
malam di Super Top Ikan Bakar, Tanjung Lumpur
Di hari ketiga, mereka berlepas ke Kulai, Johor seawal 7.30 pagi dan
bersinggah di beberapa R&R dan stesen minyak di Pekan, Mersing dan Kota
Tinggi sebelum bertemu dengan ahli Honda RS150R Southern Club di depan AKJB
Sales & Services pada pukul 5.30 petang. Mereka disambut oleh pengusaha
AKJB En. Cheng, Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong, Pengurus
cawangan Johor – En. Liow Hai Peng dan Pengurus Kanan cawangan Terengganu – En.
Ooi Kheng Siang.
Group
foto bersama Mr. Cheng dari AKJB dan Eksekutif Jualan cawangan Johor – Chai.
Lepas itu, peserta konvoi balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia
untuk makan malam Gala Dinner yang berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café
& Dining.
Pemenang
- Acara pertandingan tarian
Pihak
atasan dari BSH – kiri Ke-2: En. Yee (Pengurus Besar), ke-3: En. Ooi (Pengurus
Kanan cawangan Terengganu), ke-5: En. Liow (Pengurus cawangan Johor) &
Eksekutif Jualan cawangan Johor.
Group
foto di Gala Dinner
Group foto bersama
Pengurus Besar BSH – Mr. Yee dan Mr. Cheng- Pengusaha dari AKJB.
Acara malam
itu dimulakan dengan sesi bergambar di luar dewan yang melibatkan ahli konvoi,
ahli dari Honda RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan dari Boon Siew
Honda. Seterusnya, makan malam Gala Dinner dihiburkan dengan celoteh pengacara
yang telah dijemput khas dan diselang-selikan dengan acara hiburan seperti alunan
muzik, permainan, pertandingan tarian dan hidangan buffet. Majlis Gala Dinner
tidak akan lengkap jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah
utama berupa topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400.
Manakala kemeja-T, pelincir dan pelbagai
lagi hadiah berupa barangan penyelenggaran dan motosikal Berjaya dimenangi oleh
peserta konvoi. Taniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih
kepada penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Acara majlis Gala Dinner berakhir
sekitar 11.00 malam. Senarai nama tajaan untuk konvoi: Boon Siew Honda Sdn.
Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, AEON Credit, Parkson Credit, Up
Gasket, Taikom Racing, Allianz General Insurance, P&O Insurance, TAA, Motor
Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.
Pada hari terakhir konvoi, peserta bersiap sedia
untuk pulang ke destinasi masing-masing sebaik sahaja selesai bersarapan.
Para
peserta dilepaskan oleh Pengurus Besar BSH En. Yee Lip Kwong di hadapan AKJB
Sales & Services.
Penganjur bergambar sebelum mengucapkan selamat tinggal
Peserta dari Perak sampai ke Ipoh kira-kira 6.30 petang. Manakala
peserta dari Kelantan bermalam sebelum berlepas balik di keesokan harinya.
Peserta
bersinggah di Sungai Klah untuk berehat sambil mengisi perut
Peserta
berkumpul di perkarangan Bulatan Amanjaya Ipoh selepas balik dari Johor
Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang
beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap
sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R)
untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum
meneruskan perjalanan. Konvoi ini turut diikuti oleh pasukan sokongan mekanik
dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors. Setiap hentian,
pengisian minyak dan pengendalian peserta konvoi di atas jalan diurus rapi bagi
mengelakkan sebarang masalah.
No comments:
Post a Comment