Sebut sahaja bengkel atau pusat servis kereta, ramai akan membayangkan
ruang yang berselerak, kotor dan berminyak dalam suasana yang
merengsakan dan hingar bingar.
Selain daripada semua kelaziman
ini, kebanyakan pusat servis kereta biasa kadangkala tidak mampu untuk
menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, diyakini atau
berkualiti, yang menyebabkan pemilik kereta atau pemilik angkatan
kenderaan ragu-ragu sama ada kenderaan mereka telah diservis dengan
selamat.
Dalam usaha mengubah tanggapan tersebut dan menawarkan
perkhidmatan servis kereta secara mudah dan bermutu tinggi kepada rakyat
Malaysia, Michelin Malaysia telah memperkenalkan rangkaian runcit
TYREPLUS bertaraf antarabangsa ke seluruh negara pada 2009. Konsep
TYREPLUS telah dimulakan pada tahun 2000 dan mempunyai rangkaian
1,600 cawangan di 26 negara, bertekad untuk menawarkan perkhidmatan
servis kereta yang boleh dipercayai, menyeluruh dan menyenangkan
pelanggannya. TYREPLUS menawarkan perkhidmatan servis kereta profesional
yang merangkumi penggantian dan pembaikan tayar, pengimbangan dan
penjajaran roda, penukaran minyak pelincir, penukaran bateri,
pemeriksaan sistem brek dan penukaran alatganti brek dengan sokongan
jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich,
Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.. Perkhidmatan
servis serba lengkap ini memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan
selain melindungi keselamatan mereka di jalan raya.
Sejak
diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian
pusat servis kereta profesional yang dipercayai, diyakini dan prihatin.
Rangkaian pusat servis terbesar di Malaysia ini mempunyai lebih 50
cawangan dan angka ini semakin bertambah. Tambahan lagi, kedai TYREPLUS
menyediakan ruang menunggu selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara
dan juga kemudahan Wi-Fi.
Sejajar dengan perkembangan pantasnya,
TYREPLUS baru-baru ini melancarkan identiti visual korporat baharunya,
seiring rancangan untuk menjenamakan semula rangkaiannya di Malaysia
dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuklah penubuhan lima
cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.
Menurut Pengarah
Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon, pelaburan untuk
menjenamakan semula cawangannya di Pantai Timur mencerminkan kepentingan
pasaran tersebut kepada Syarikat.
“Kawasan Pantai Timur kekal
sebagai pasaran yang penting dan pantas berkembang bagi TYREPLUS.
Pelaburan strategik kami adalah sejajar dengan matlamat kami untuk
memenuhi keperluan pemilik kereta Malaysia di seluruh negara yang
mahukan dan mengharapkan tahap keselamatan maksimum untuk diri sendiri
dan keluarga mereka. Di TYREPLUS, keselamatan menjadi keutamaan dan
dengan demikian kami menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti
tertinggi, yang diberikan oleh profesional yang terlatih,” kata En
Nouvellon.
Mulai 28 Mei hingga 30 Jun, pelanggan yang membeli produk di TYREPLUS
berpeluang menerima hadiah beg pendingin Michelin, kad petrol jenama
TYREPLUS dan perkhidmatan membaiki tayar Tech percuma dengan pembelian
tayar MICHELIN. Pelanggan juga mungkin menerima pelapik anti-gelincir
percuma dengan pembelian minyak pelincir Mobil 1.
Bagi pusat servis kereta Pomcek Solutions Sdn Bhd di Kota Bharu,
keputusan mendaftar sebagai cawangan TYREPLUS nyata satu keputusan yang
tepat bagi perniagaan keluarga berusia 30 tahun ini.
Pengarah
perniagaan generasi ketiganya En. Richard Tan berkata prosedur
terperinci dan teliti yang perlu dipatuhi oleh setiap cawangan TYREPLUS
memastikan pelanggan menerima servis bermutu tinggi yang serba lengkap
berbanding pusat servis biasa.
“Banyak yang boleh dipelajari oleh
peniaga seperti kami daripada sebuah rangkaian yang diiktiraf
antarabangsa. TYREPLUS berbeza daripada bengkel kereta biasa. Pelanggan
ditawarkan perkhidmatan yang menyenangkan dan tanpa kerenah, dan aspek
yang paling kecil sekalipun akan diteliti. Kami bukan sahaja
menyelesaikan masalah kereta pelanggan tetapi melakukan 32 aspek
pemeriksaan bagi semua kenderaan pelanggan untuk menentukan keselamatan
kereta mereka. Dengan berbuat demikian, kami berharap untuk berganding
bahu dengan TYREPLUS bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di
Malaysia,” tambahnya.
Walaupun kemelesetan pasaran servis kereta
baru-baru ini dirasai di seluruh negara, Pengurus Pusat Servis Kenderaan
Roda Pro di Kuala Terengganu En. Eddie Chua yakin bahawa kerjasama enam
tahun dengan TYREPLUS akan memberikan kelebihan tambahan untuk
perniagaannya.
“Michelin ialah jenama yang diiktiraf ramai dan
TYREPLUS memang terkenal di rantau ini kerana menyediakan perkhidmatan
profesional dan produk yang dipercayai. Justeru, kami gembira untuk
menjadi sebahagian daripada rangkaian ini.
Bekerjasama dengan
jenama antarabangsa nyata satu kelebihan besar kepada perniagaan kami.
Selama ini, TYREPLUS telah membantu kami dengan menyediakan latihan
kemahiran dan pengetahuan produk, dan juga sokongan pemasaran dan
promosi. Pelanggan kami juga mendapat jaminan kualiti di pusat servis
kami kerana kemahiran kerja dipercayai yang telah kami bangunkan dan
produk hebat yang kami tawarkan,” tambahnya.
“Langkah kami dengan
menyertai TYREPLUS tidaklah menghairankan kerana kami telah menjalin
hubungan yang baik dengan Michelin dalam tempoh setahun lepas. Berkat
sokongan kukuh mereka, kami berharap untuk membuka lebih banyak cawangan
TYREPLUS di negeri ini,” kata En. Ch’ng yang merupakan Pengurus Jayamas
Tyre Service Centre Sdn Bhd di Kota Bahru.
Menyuarakan pandangan
sama seperti wakil penjual di Pantai Timur, En. Chin dari UTS Tyre
Service Sdn Bhd di Kuantan juga berhasrat untuk memajukan kedai
TYREPLUS menerusi kerjasama jangka panjang yang membuahkan hasil bersama
Michelin Malaysia.
TYREPLUS ialah jenama global Michelin dengan konsep perniagaan runcit yang membabitkan rangkaian kedai tayar runcit di pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Kemudahan ini ialah pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian servis kereta serba lengkap kepada pelanggan.