Showing posts with label bfgoodrich. Show all posts
Showing posts with label bfgoodrich. Show all posts

Dapatkan cenderahati Michelin Man anda

Cuti Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi dan ratusan ribu rakyat Malaysia akan memandu di jalan raya dan lebuh raya di seluruh negara untuk ‘balik kampung’ atau mengunjungi tempat-tempat pelancongan menarik.

TYREPLUS, penyedia perkhidmatan servis kenderaan sehenti, menggalakkan pemilik kenderaan untuk memastikan kenderaan mereka diservis dalam tempoh terdekat dan memastikan brek, lampu dan tayar semuanya dalam keadaan baik. Sebelum memulakan perjalanan untuk balik kampung atau bercuti, pelanggan boleh mendapatkan rundingan dan pemeriksaan teliti bagi kenderaan mereka oleh profesional yang berkelayakan dan berpengetahuan tinggi di TYREPLUS.
Malah, sepanjang tempoh perayaan, TYREPLUS menggalakkan rakyat Malaysia meninjau produk-produk berkualitinya, terutamanya tayar Michelin. Menerusi kempen promosi ini, TYREPLUS akan memberikan cenderahati Bibendum edisi terhad, selagi stok masih ada, kepada pelanggan yang membeli sekurang-kurangnya dua tayar Michelin.

Lebih dikenali sebagai ‘Michelin Man’ di Malaysia, Bibendum (atau singkatannya Bib), ialah maskot putih gedempol yang menjadi wajah mesra jenama Michelin sejak 1898. Siri koleksi cenderahati ini terdiri daripada empat figura “Bibendum” bernilai RM59.90 setiap satu. Cenderahati pertama akan dilancarkan di cawangan TYREPLUS Malaysia mulai 15 Januari 2018. Figura lain akan menyusul setiap suku tahun, sepanjang tahun.

“Bagi peminat yang mahu menambah sentuhan menarik kepada garaj, bengkel, perpustakaan atau bilik mereka, siri cenderahati ini memang menjadi rebutan, dan akan menceriakan pejabat pengumpul cenderahati atau pejabat wakil penjual,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon.
“Kempen ini bertujuan untuk mendekati pelanggan TYREPLUS yang ingin memastikan pengalaman memandu yang menyeronokkan dan menjauhkan kesulitan yang boleh dielakkan dengan tayar Michelin sepanjang perjalanan balik kampung. Tayar Michelin memang terkenal kerana prestasi, keselamatan dan keselesaan dalam semua keadaan jalan raya. Kami telah membekalkan tayar bermutu tinggi kepada pelanggan TYREPLUS di Malaysia sejak 1998,” katanya.

“Tiada apa yang lebih penting daripada keselamatan pelanggan kami, dan bagi mereka pula, perkara yang paling diutamakan ialah keselamatan keluarga mereka. Sebab itulah TYREPLUS memberikan perhatian teliti dalam usaha menyediakan produk bermutu tertinggi yang disyorkan oleh pakar. Saya harap rakyat Malaysia akan mengunjungi TYREPLUS dan mempertimbangkan pilihan luas tayar Michelin yang ada sambil menantikan ketibaan Tahun Baru Cina. Mereka bukan sahaja berpeluang membawa pulang cenderahati Bibendum yang unik, tetapi juga bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung yang dinanti-nantikan untuk memastikan mereka sampai ke destinasi dengan selamat,” tambah En. Nouvellon.
TYREPLUS ialah jenama global Michelin bagi konsep runcit yang mempunyai rangkaian gedung runcit tayar bebas di pasaran-pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Ia merupakan pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian perkhidmatan kenderaan serba lengkap di bawah satu bumbung.

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang maju untuk menjadi rangkaian penyenggaraan kereta terbesar di Malaysia, dengan lebih 50 cawangan dan semakin bertambah. Perkhidmatan sampingan yang disediakan termasuk penggantian tayar, pembaikan tayar, pengimbangan roda, penjajaran roda dan servis kereta berkala dengan sokongan jenama antarabangsa utama termasuk MICHELIN, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech. Perkhidmatan ini bertujuan memberikan keselamatan tambahan kepada pemilik kenderaan.

Seiring dengan pengembangan operasinya yang pesat, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan visual dan identiti korporat baharunya sejajar dengan rancangan untuk menjenamakan semula rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuk lima cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

Ditubuhkan pada 2002, TYREPLUS yang mempunyai rangkaian 1,600 cawangan di 26 negara, bertekad untuk menawarkan perkhidmatan servis kereta yang boleh dipercayai, menyeluruh dan menyenangkan pelanggannya. TYREPLUS menawarkan perkhidmatan servis kereta profesional yang merangkumi penggantian dan pembaikan tayar, pengimbangan dan penjajaran roda, pertukaran minyak, pertukaran bateri, pemeriksaan sistem brek dan pertukaran brek. Perkhidmatan servis serba lengkap ini memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan selain melindungi keselamatan mereka di jalan raya.

Pusat servis Tyreplus bertambah di Pantai Timur

 Sebut sahaja bengkel atau pusat servis kereta, ramai akan membayangkan ruang yang berselerak, kotor dan berminyak dalam suasana yang merengsakan dan hingar bingar.

Selain daripada semua kelaziman ini, kebanyakan pusat servis kereta biasa kadangkala tidak mampu untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, diyakini atau berkualiti, yang menyebabkan pemilik kereta atau pemilik angkatan kenderaan ragu-ragu sama ada kenderaan mereka telah diservis dengan selamat.

Dalam usaha mengubah tanggapan tersebut dan menawarkan perkhidmatan servis kereta secara mudah dan bermutu tinggi kepada rakyat Malaysia, Michelin Malaysia telah memperkenalkan rangkaian runcit TYREPLUS bertaraf antarabangsa ke seluruh negara pada 2009. Konsep TYREPLUS telah dimulakan pada tahun 2000 dan mempunyai rangkaian 1,600 cawangan di 26 negara, bertekad untuk menawarkan perkhidmatan servis kereta yang boleh dipercayai, menyeluruh dan menyenangkan pelanggannya. TYREPLUS menawarkan perkhidmatan servis kereta profesional yang merangkumi penggantian dan pembaikan tayar, pengimbangan dan penjajaran roda, penukaran minyak pelincir, penukaran bateri, pemeriksaan sistem brek dan penukaran alatganti brek dengan sokongan jenama antarabangsa termasuk Michelin, BFGoodrich, Bosch, Mobil 1, Total dan Tech.. Perkhidmatan servis serba lengkap ini memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan selain melindungi keselamatan mereka di jalan raya.

Sejak diperkenalkan, TYREPLUS telah berkembang menjadi salah satu rangkaian pusat servis kereta profesional yang dipercayai, diyakini dan prihatin. Rangkaian pusat servis terbesar di Malaysia ini mempunyai lebih 50 cawangan dan angka ini semakin bertambah. Tambahan lagi, kedai TYREPLUS menyediakan ruang menunggu selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kemudahan Wi-Fi.

Sejajar dengan perkembangan pantasnya, TYREPLUS baru-baru ini melancarkan identiti visual korporat baharunya, seiring rancangan untuk menjenamakan semula rangkaiannya di Malaysia dalam tempoh empat tahun akan datang. Ini termasuklah penubuhan lima cawangan TYREPLUS di kawasan Pantai Timur.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, En. Pascal Nouvellon, pelaburan untuk menjenamakan semula cawangannya di Pantai Timur mencerminkan kepentingan pasaran tersebut kepada Syarikat.

“Kawasan Pantai Timur kekal sebagai pasaran yang penting dan pantas berkembang bagi TYREPLUS. Pelaburan strategik kami adalah sejajar dengan matlamat kami untuk memenuhi keperluan pemilik kereta Malaysia di seluruh negara yang mahukan dan mengharapkan tahap keselamatan maksimum untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Di TYREPLUS, keselamatan menjadi keutamaan dan dengan demikian kami menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi, yang diberikan oleh profesional yang terlatih,” kata En Nouvellon.

Mulai 28 Mei hingga 30 Jun, pelanggan yang membeli produk di TYREPLUS berpeluang menerima hadiah beg pendingin Michelin, kad petrol jenama TYREPLUS dan perkhidmatan membaiki tayar Tech percuma dengan pembelian tayar MICHELIN. Pelanggan juga mungkin menerima pelapik anti-gelincir percuma dengan pembelian minyak pelincir Mobil 1.


Bagi pusat servis kereta Pomcek Solutions Sdn Bhd di Kota Bharu, keputusan mendaftar sebagai cawangan TYREPLUS nyata satu keputusan yang tepat bagi perniagaan keluarga berusia 30 tahun ini.

Pengarah perniagaan generasi ketiganya En. Richard Tan berkata prosedur terperinci dan teliti yang perlu dipatuhi oleh setiap cawangan TYREPLUS memastikan pelanggan menerima servis bermutu tinggi yang serba lengkap berbanding pusat servis biasa.

“Banyak yang boleh dipelajari oleh peniaga seperti kami daripada sebuah rangkaian yang diiktiraf antarabangsa. TYREPLUS berbeza daripada bengkel kereta biasa. Pelanggan ditawarkan perkhidmatan yang menyenangkan dan tanpa kerenah, dan aspek yang paling kecil sekalipun akan diteliti. Kami bukan sahaja menyelesaikan masalah kereta pelanggan tetapi melakukan 32 aspek pemeriksaan bagi semua kenderaan pelanggan untuk menentukan keselamatan kereta mereka. Dengan berbuat demikian, kami berharap untuk berganding bahu dengan TYREPLUS bagi  meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia,” tambahnya.

Walaupun kemelesetan pasaran servis kereta baru-baru ini dirasai di seluruh negara, Pengurus Pusat Servis Kenderaan Roda Pro di Kuala Terengganu En. Eddie Chua yakin bahawa kerjasama enam tahun dengan TYREPLUS akan memberikan kelebihan tambahan untuk perniagaannya.

“Michelin ialah jenama yang diiktiraf ramai dan TYREPLUS memang terkenal di rantau ini kerana menyediakan perkhidmatan profesional dan produk yang dipercayai. Justeru, kami gembira untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ini.

Bekerjasama dengan jenama antarabangsa nyata satu kelebihan besar kepada perniagaan kami. Selama ini, TYREPLUS telah membantu kami dengan menyediakan latihan kemahiran dan pengetahuan produk, dan juga sokongan pemasaran dan promosi. Pelanggan kami juga mendapat jaminan kualiti di pusat servis kami kerana kemahiran kerja dipercayai yang telah kami bangunkan dan produk hebat yang kami tawarkan,” tambahnya.

“Langkah kami dengan menyertai TYREPLUS tidaklah menghairankan kerana kami telah menjalin hubungan yang baik dengan Michelin dalam tempoh setahun lepas. Berkat sokongan kukuh mereka, kami berharap untuk membuka lebih banyak cawangan TYREPLUS di negeri ini,” kata En. Ch’ng yang merupakan Pengurus Jayamas Tyre Service Centre Sdn Bhd di Kota Bahru.

Menyuarakan pandangan sama seperti wakil penjual di Pantai Timur, En. Chin dari UTS Tyre Service Sdn Bhd di Kuantan juga berhasrat untuk memajukan kedai  TYREPLUS menerusi kerjasama jangka panjang yang membuahkan hasil bersama Michelin Malaysia.


TYREPLUS ialah jenama global Michelin dengan konsep perniagaan runcit yang membabitkan rangkaian kedai tayar runcit di pasaran besar seperti China, Thailand, Australia, India, Timur Tengah dan Amerika Selatan. Kemudahan ini ialah pusat sehenti yang menawarkan penyelesaian servis kereta serba lengkap kepada pelanggan.