Showing posts with label lorong kecemasan. Show all posts
Showing posts with label lorong kecemasan. Show all posts

Laluan satu lorong PLUS Bidor - Sungkai arah selatan

Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara km 342.60 hingga km 343.65 (Arah Selatan) di Bidor ke Sungkai akan ditutup selama 10 hari kepada semua kenderaan mulai semalam, 22 Mac sehingga Jumaat, jam 8:00 pagi pada 26 Mac 2021 dan 5 April (Isnin) jam 8 pagi hingga 9 April (Jumaat) jam 8.00 pagi akan datang.

Walau bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Justeru, pelanggan yang menghala ke selatan  dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda dengan menekan butang SOS pada aplikasi tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan.

 

Geram dan sakit hati di jalanraya?


Marah dan sakit hati melihat sikap pemandu lain sewenang wenangnya memandu secara tidak berhemah? Memotong queue di lorong kecemasan? Menghimpit anda? Bersikap samseng? Biadap?

Mudah saja. Keluarkan telefon pintar, dan ambil gambar atau video.
Kemudian hantar ke http://Wasap.my/601151115252

Anda boleh menyimpan nombor +601151115252 ini dan laporkan bila nampak buli jalanraya buat kesalahan jalan raya.

Mari kita sama sama bantu usaha  membanteras masalah buli jalanraya ini. Saluran ini dilancarkan sejak 17 Jun 2017 lepas bertujuan membolehkan orang ramai melaporkan salah laku yang berada dalam bidang kuasa jabatan tersebut, di bawah peruntukan Akta 333 yang boleh dirujuk di pautan ini.

Pengarah JPJ, Datuk V. Valluvan, menyatakan pengguna boleh melaporkan salah laku kepada pihaknya dengan menyatakan lokasi, masa, dan kesalahan yang ingin dilaporkan. Gambar kesalahan amat digalakkan untuk disertakan sekali.