Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff semakin meniti puncak kecemerlangan dalam kariernya.
Aizat antara pelumba paling konsisten dalam kelas CP115 kerana selepas mengharungi empat pusingan dia tidak pernah gagal untuk menjejak kaki di podium kemenangan.
Dia sudah meraih empat gelaran naib juara dalam kelas tersebut, sekali gus membolehkannya untuk mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 80 mata.
Minggu ini, dia sudah pasti mahu mengubah kedudukan selaku naib juara yang sering diperolehnya kerana bakal mendapat suntikan semangat daripada para penyokong di negeri kelahirannya apabila turun beraksi pada Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri Kuala Nerus, Terengganu pada 23 hingga 24 Ogos.
Walaupun ia merupakan litar baharu buat semua pelumba, tetapi aksi di tempat sendiri bakal dipergunakan sebaik mungkin oleh Aizat untuk mengubah reputasi selaku ‘pakar naib juara’ kepada status juara.
Ia bukan perkara mustahil untuk direalisasikan kerana prestasinya setakat ini boleh dianggap paling konsisten.
Empat kali muncul naib juara adalah sesuatu yang boleh dibanggakan, dan ia membuktikan dia juga memiliki jentera yang sangat stabil.
Beberapa pelumba kelas CP115 yang muncul juara di setiap pusingan sebelum ini seperti Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) mahupun Md Adib Rosley dan Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing), tidak berupaya mempertahankan rentak konsisten, malah turut gagal menamatkan perlumbaan.
Syafik pernah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada pusingan 2 dan 4 namun dia gagal menamatkan perlumbaan pada saingan pembukaan dan juga di Pusingan 3.
Begitu juga dengan nasib Fareez yang muncul juara Pusingan 1, namun prestasinya merundum pada
Adib pula bergelar juara pada Pusingan 3, namun kurang menyerlah di pusingan lainnya.
Menyedari rentak yang kurang konsisten itu, Adib kini tidak meletakan sebarang sasaran pada saingan di Terengganu nanti kerana masih belum mengetahu keadaan litar di sana.
“Saya hanya mahu mengumpul mata sebanyaj mungkin dan cuba untuk mencari penyesuaian secepat mungkin dengan keadaan litar. Selain itu, saya harap pelarasan jentera berada dalam keadaan terbaik,” jelas Adib yang tidak menolak kemungkinan bakal berdepan cabaran sengit daripada Aizat.
Setakat ini, rentak konsisten yang dipamerkan oleh Aizat membuktikan pelarasan jentera Yamaha yang ditunggangnya tetap stabil tanpa berdepan dengan masalah mekanikal.
Keadaan itu yang diharapkannya apabila mengharungi saingan di Kuala Terengganu minggu ini bagi merealisasikan misinya untuk bergelar juara di negeri kelahiran sendiri.
Selepas mengharungi empat pusingan setakat ini, Aizat terus unggul memimpin kedudukan keseluruhan dnegan 80 mata diikuti Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) yang sudah mengumpul 51 mata.
Pelumba asal Perak, Md Syafik Rosli pula menghuni tempat ketiga keseluruhan dengan 50 mata.
Bagi kategori berpasukan pula, pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing selesa mendahului kedudukan dengan 104 mata.
INFO
Kedudukan Keseluruhan CP115 (5 Teratas)
Ahmad Syukran Aizat Md Yusoff (Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 80 mata
Md Khairi Asyraf Mahmood (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 51
Md Syafiq Rosli (Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor) – 50
Md Fareez Afeez Abd Rahman (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 49
Md Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang Racing) – 41
Kedudukan pasukan
Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing – 104 mata
Motul Yamaha YY Pang Racing – 90
Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor – 64
Idemitsu Honda Yuzy Racing – 56
ONEXOX TKKR SAG Team – 41
Cub Prix kembali ke K.Terengganu minggu ini
Litar Permotoran Kompleks Sukan Negeri di Kuala Nerus, Terengganu menjadi tuan rumah Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas hujung minggu 23 hingga 24 Ogos ini.
Anak jati Terengganu, Ahmad Afif Amran kini memegang status selaku pendahulu keseluruhan kelas CP150 dengan mengumpul 78 mata. Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu yang tampil konsisten untuk berada dalam kelompok tiga pelumba teratas di setiap pusingan setakat ini. Selain Afif, dua lagi anak jati Terengganu yang akan beraksi dalam kelas CP150 adalah Md Hafiza Rofa yang menggalas cabaran pasukan ONEXOX TKKR SAG Team serta Md Harith Farhan Baharin yang beraksi untuk pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.
Saingan Pusingan 4 di Pontian, Johor hujung bulan lalu yang menyaksikan penguasaan jentera Yamaha meskipun sebelum itu prestasi jentera Honda mampu menyaingi lawn mereka itu pada Pusingan 1 dan 2 di Jasin Melaka dan Batu Kawan, Pulau Pinang.
Selain itu, edisi di Terengganu juga sentiasa menyajikan kejutan dan sejak tahun 2009, gelaran juara bagi kelas perdana ini silih berganti.
Tiada pelumba yang mampu mengekalkan reputasi selaku juara meskipun sebahagian besar daripada mereka bukan asing dengan keadaan litar di negeri Pantai Timur itu.
Sejak edisi 2009 hanya dua pelumba mampu meraih gelaran juara sebanyak dua kali pada saingan di Terengganu.
Elly Idzlianizar Ilias melakukannya pada tahun 2009 dan 2012 (ketika itu bagi kelas Expert dan CP130) manakala Kasma Daniel Kasmayuddin muncul juara pada edisi 2016 di Kemaman dan 2018 di Kuala Terengganu.
Berdasarkan pencapaian tersebut, apakah nama baharu akan muncul juara pada aksi Pusingan 5 nanti atau mampukah Afif memenuhi impian para peminat di negeri kelahirannya untuk melihat dia berada di podium utama.
Ia bukan perkara mustahil buat Afif untuk merealisasikannya kerana dia antara pelumba yang dilihat konsisiten dalam setiap penampilannya musim ini.
Musim ini, dia bermula dengan meraih kedudukan keempat pada Pusingan 1 sebelum muncul naib juara (Pusingan 2) diikuti juara (Pusingan 3) dan sekali lagi muncul naib juara pada saingan di Pontian bulan lalu.
Berdasarkan pencapaiannya, dia satu-satunya pelumba yang dilihat stabil meskipun pelumba pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, Azroy Hakeem Anuar sudah bergelar juara sebanyak dua kali iaitu pada Pusingan 1 dan 2.
Di Pontian, pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Md Azhar Abd Jalil mencipta kejutan apabila menamatkan perlumbaan dengan status juara, namun prestasinya sejak Pusingan 1, tidak begitu meyakinkan.
Justeru, saingan di Terengganu nanti boleh dikatakan terbuka kerana beberapa pelumba senior seperti Ahmad Fazli Sham (ONEXOX TKKR SAG Team), Ahmad Fazrul Sham (AHM Motorsports Yamaha Racing), Md Zaqhwan Zaidi (Idemitsu Honda Yuzy Racing) serta Azroy, pasti mahukan penamat podium bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan.
Malah, Zaqhwan, Fazli dan Fazrul pernah bergelar juara pada saingan di Terengganu sebelum ini.
Selain itu, litar yang bakal mereka harungi di Terengganu nanti merupakan litar baharu yang mempunyai 12 selekoh sukar terutamanya di selekoh 7 hingga 10.
Selepas mengharungi empat pusingan setakat ini, Afif terus selesa memimpin kedudukan keseluruhan dengan 78 mata diikuti Azroy (55) dan tempat ketiga dipegang Azhar dengan 43 mata.

SuperKIP jalani pembedahan kedua
Pelumba PETRONAS Sprinta Khairul Idham Pawi telah menjalani pembedahan ke atas kecederaan tangan kanannya semalam 13 Ogos 2019 di Hospital Universiti Dexeus di Barcelona untuk membantu menstabilkan kecederaan yang dialami di Grand Prix Sepanyol pada bulan Mei lepas. Pembedahan ini adalah yang kedua ya
perlu dilalui pelumba Malaysia tersebut sebagai sebahagian daripada program pemulihannya yang intensif.
Pembedahan itu telah disempurnakan oleh Dr Xavier Mir dan pasukannya dari Jabatan Traumatologi ICATME, memasukkan skru ke tulang belakang jari kecil KIP. Bercakap selepas pembedahan selama dua jam itu, Dr Mir berkata: "KIP telah melalui pemotongan separa pada jari telunjuknya tiga bulan yang lalu, dan setakat ini pemulihannya adalah memberansangkan dan struktur vaskular jari telah sembuh dengan baik. Pembedahan kedua akan membantu pembinaan semula tulang dengan menetapkan phalange di tempatnya. "
KIP kini akan kembali ke Malaysia untuk memulakan pemulihan dan rehabilitasinya, dan akan kembali beraksi semula ke kejohanan Moto2 2019 sebaik sahaja dia layak sepenuhnya.

Alif Ashraf Tahiruddin terpilih sertai Yamaha VR46 Mastercamp
Yamaha VR46 Master Camp kali kelapan akan diadakan di Itali selama lima hari dari 4 hingga 8 September. Program ini membekalkan peserta dengan pengalaman para pelumba untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan motivasi mereka. Ia merupakan sebuah program latihan untuk membangunkan bakat muda, hasil kerjasama dengan pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Valentino Rossi yang telah menubuhkan VR46 Riders Academy.
![]() |
Wakil dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
|
Sama seperti edisi terdahulu, para pelumba muda ini akan menjalani kurikulum latihan dan arahan selama seminggu di bawah bimbingan kakitangan VR46 Riders Academy dan pelumba MotoGP yang berafiliasi, di Ranch Motor Rossi di kampung halamannya Tavullia, dan Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.
Biodata peserta dari Malaysia
Muhammad Alif Ashraf Bin Tahiruddin
Nationality: Malaysian
Umur: 16 (lahir tahun 2002)
Karier perlumbaan
Umur: 16 (lahir tahun 2002)
Karier perlumbaan
2018: Ketiga dalam Kelas Wira, PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2018: Kelapan dalam Malaysian Superbike Championship Open 250 class
2019: kini menyertai Kelas CP125 dalam PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship
2019: menyertai Kelas Terbuka 250, Malaysian Superbike Championship
Peneraju projek kereta nasional diumum MITI
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Datuk Darell Leiking mengumumkan bahawa DreamEDGE Sdn Bhd sebagai syarikat utama Malaysia untuk meneraju projek kereta nasional baharu. Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat DreamEDGE di Cyberjaya, hari ini.
Kereta nasional baharu ini merupakan model baharu dengan teknologi canggih, dan akan menggunakan seni bina kenderaan sedia ada yang kompetitif dan terbukti. Projek ini merupakan pembangunan berdasarkan kerjasama teknologi dengan rakan teknik global ke arah menzahirkan teknologi kenderaan maju, dan juga perkembangan modal insan. Sebagai permulaan, kereta nasional baharu ini akan disasarkan untuk segmen Sedan C sebagai sebuah model eksklusif yang memaparkan teknologi canggih, tetapi mampu ditawarkannya kepada orang ramai dengan harga yang menarik.
Prototaip kereta nasional ini akan dipertontonkan kepada umum pada akhir bulan ini.
Dari sudut pandangan Kerajaan, projek kereta nasional ini adalah pemangkin kepada perindustrian negara, untuk merangsang penyertaan rakyat Malaysia dalam penggunaan teknologi canggih. Ini akan mewujudkan peluang baru bagi para vendor dan bakat tempatan untuk menjadi sebahagian daripada rantaian nilai teknologi tinggi. Lebih penting lagi, peniaga tempatan dapat meneroka aktiviti dalam persekitaran yang kondusif, meminimumkan risiko yang berkaitan dengan pelaburan yang tinggi apabila operasi diasaskan secara tempatan pada peringkat awal lagi.
DreamEDGE telah menyediakan kerjasama strategik teknikal dan jangka panjang untuk menyokong pelanggan di dalam dan di luar Jepun, dengan jurutera Malaysia tempatan yang berpusat di Jepun. Sepanjang sejarahnya selama 10 tahun, ia telah membina sebuah pasukan pembangunan dalaman yang mampu memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, dari idea untuk prototaip hinggalah ke pengeluaran besar-besaran.
Syarikat ini juga berkeupayaan dan mempunyai pengalaman dalaman yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan automotif hujung ke hujung, melalui tenaga kerja yang mahir yang mampu menawarkan masa pengeluaran yang lebih singkat dan dipercepatkan dalam menyampaikan projek-projek kejuruteraan. DreamEDGE telah membina pengalaman dalam pelbagai aplikasi melalui penubuhan reka bentuk mekanikal dan kejuruteraan proses berbilang menegak, memotong dan merentas dalam industri Minyak & Gas, Rel, Pertahanan, Bangunan Kapal & Pembaikan dan Pergigian Digital.di samping keupayaannya dalam penyelidikan dan pembangunan motorsport dan kenderaan yang cekap tenaga.
Syarikat itu juga telah membangunkan keupayaan robotik dan meningkatkan keupayaan reka bentuk realiti yang menambah nilai kepada pembuatan pintar bagi industri automotif.
Kereta nasional baharu ini akan direka bentuk dan dibangunkan sepenuhnya oleh para jurutera Malaysia, dengan memberi tumpuan kepada sistem antara muka dalaman, serta penurunan bunyi bising, getaran & kekasaran (NVH) dan pengendalian penumpang (R & H). Daihatsu Motor Company akan memberikan sokongan teknikal kepada DreamEDGE dalam teknologi canggih.

Subscribe to:
Posts (Atom)