Kasma dan Adam naik podium SS600 ARRC


Saingan SuperSports 600cc,barisan pelumba muda negara mempamer aksi cemerlang apabila Kasma Daniel Kasmayuddin dan Muhamad Adam Mohd Norrodin menamatkan saingan di atas podium.
Kasma (Hong Leong YAMAHA Malaysia) muncul naib juara dengan masa keseluruhan 21’54.494s setelah bersaing sengit bersama pemenang perlumbaan, Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) di sepanjang 10 pusingan perlumbaan. Peerapong menamatkan saingan dengan masa keseluruhan 21’53.239s.
Adam yang juga bekas pelumba Moto3 negara menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 21’58.189s mengatasi tiga lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar, Md Helmi Azman dan Md Ramdan Rosli.
Perlumbaan Underbone 150cc turut menyaksikan kelibat pelumba negara apabila Md Affendi Rosli muncul naib juara perlumbaan dengan masa 15’28.870s manakala M Akid Aziz ketiga dengan masa 15’28.886s. Perlumbaan dimenangi pelumba UMA Racing YAMAHA Philippine Team, McKinley Kyle Paz dengan masa 15’28.658s.
SUPERSPORTS 600CC
1 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 21:53.239s
2 Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 21:54.494s
3 Muhamad Adam Mohd. Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing 21:58.189s
4 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.461s
5 Md. Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.548s

ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s
5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s

ASIA PRODUCTION 250CC
1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s
2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing KAWASAKI 19:34.839s
3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s
4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s
5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s

UNDERBONE 150CC
1 McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.658s
2 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All YAMAHA 15:28.870s
3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team 15:28.886s
4 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 15:28.930s
5 Fernando Masato (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.931s
Azlan Shah Kamaruzaman cemerlang menjuarai perlumbaan pertama kategori Asia Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.
Azlan memulakan saingan musim 2019 dengan pasukan ONEXOX TKKR SAG Racing Team dan menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’21.172s mengatasi Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) di kedudukan kedua dengan masa 23’23.137s.
Broc Parkes (YAMAHA Racing Team ASEAN) yang tampil cemerlang sepanjang minggu ini terpaksa akur di tempat ketiga setelah sekadar bermula dari petak keenam setelah terjatuh ketika sesi kelayakan. Broc menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23’28.753s.
Bermula dari petak kedua, Azlan bijak mengatur strategi apabila menunggu sehingga ke pusingan kesembilan untuk memintas Thitipong dan seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.
“Perlumbaan agak sukar kerana cuaca yang sangat panas dan saya perlu bijak untuk mengawal penggunaan tayar, namun pada masa sama cuaca panas juga memberi kelebihan kepada saya,” jelas juara SuperSports 60cc Asia 2013 dan 2017 itu.
Tambahnya, “Saya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penaja yang bekerja keras sepanjang minggu ini sehingga kami berjaya menaiki podium. Saya berharap dapat mengekalkan momentum ini pada perlumbaan kedua esok.”

RACE 1 RESULTS:
ASIA SUPERBIKE 1000CC
1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 23:21.172s
2 Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 23:23.137s
3 Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 23:28.753s
4 Ahmad Yudhistira (INA) VICTOR RACING TEAM YAMAHA 23:36.887s
5 Apiwath Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 23:37.257s


Broc Parkes terpantas di ujian ARRC semalam


Pelumba Australia, Broc Parkes memberi amaran awal untuk mendominasi saingan kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) yang mula diperkenalkan pada musim ini setelah mencatat masa terpantas sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir hari ini.

Pelumba YAMAHA Racing Team ASEAN yang turut beraksi dalam Kejuaraan Endurance Dunia pada tahun ini mencatat masa terpantas 2’06.075s di litar sepanjang 5.5km ini.
 Rakan sepasukan, Yuki Ito mengekori di belakang dengan catatan terbaik 2’06.767s sambil Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 2’06.879s.

Azlan Shah Kamaruzaman (ONEXOX TKKR SAG Racing Team) muncul pelumba terbaik Malaysia dengan catatan keempat terpantas, 2’06.950s manakala Md Zaqhwan Zaidi (Honda Asia-Dream Racing With SHOWA) yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan mencatat masa terbaik 2’07.107s.

“Tangan saya masih sakit kesan pembedahan akibat kemalangan yang dialami pada musim lepas. Walaubagaimanapun, saya masih gembira dengan prestasi epanjang dua hari sesi ujian pra-musim ini dan berharap tangan saya semakin kuat menjelang sesi latihan bebas pertama pada Jumaat depan,” jelas Zaqhwan.

Sementara itu, saingan kelas SuperSports 600cc melibatkan barisan pelumba muda Asia berlangsung sengit apabila hanya satu saat membezakan kedudukan enam pelumba terpantas.

Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) mencatat masa terpantas 2’11.015s diikuti pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (Musashi Boon Siew HONDA Racing) kedua dengan masa 2’11.294s dan rakan senegara, Kasma Daniel Kasmayuddin (Hong Leong Yamaha Malaysia) ketiga, 2’11.551s.

Andi Farid Izdihar (ASTRA Honda Raciing Team) keempat dengan masa 2’11.553s manakala rakan sepasukan Helmi, Azroy Hakeem Anuar kelima dengan masa 2’11.745s. Bekas pelumba Moto3 negara, Muhamad Adam Mohd Norrodin (SIC Junior ZK Racing Team) keenam dengan catatan terbaik 2’11.818s.

Pusingan 1 ARRC akan berlangsung 8 hingga 10 Mac ini dan tiada sebarang bayaran masuk ke tempat duduk utama dikenakan kepada pengunjung.

Alami sendiri kehebatan Mitsubishi Triton hujung minggu ini!

Mahu mengalami keseronokan kelajuan tinggi pemanduan luar jalan, serta menyaksikan sendiri keupayaan terbukti Triton baharu? Rasakan pengalaman Rally Dakar dengan Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, yang membawakan anda acara Mitsubishi 4Sure Thrill dengan juara Dakar Rali dua kali, Hiroshi Masuoka dari Jepun dan Ratu Drift Malaysia, Leona Chin!
Acara ini akan berlangsung pada 9-10 Mac 2019 (Sabtu-Ahad) di Pusat Konvensyen Setia City dari 10 pagi hingga 8 malam. Masuk adalah percuma.
Hiroshi Masuoka dan Leona Chin akan mempamerkan keupayaan Mitsubishi Triton baharu. Triton baharu membawakan empat ciri utama Pengendalian 4Sure: Kuasa 4Sure; Kawalan 4Sure; Ketangkasan 4Sure; Keselamatan 4Sure. Dengan empat ciri utama ini, kenderaan ini terbina untuk menawarkan standard dan prestasi yang tinggi.
Alaminya sendiri pada hujung minggu ini!

SuperKip sedia hadapi Qatar




Apabila lampu merah terpadam untuk perlumbaan pembukaan musim 2019 pada 6:20 petang waktu Qatar, Khairul Idham Pawi dan PETRONAS Sprinta Racing secara rasmi akan memulakan cabaran Kejohanan Dunia Moto2 2019 mereka bersama-sama.

Khairul Idham Pawi bersedia untuk berlumba pada hujung minggu ini selepas ujian pramusim yang sengit dengan PETRONAS Sprinta Racing, Penunggang Malaysia ini menghadapi cabaran terbesarnya iaitu pusingan pembukaan musim 2019 Grand Prix Qatar yang akan berlangsung Jumaat ini dan kemuncak perlumbaan pada hari Ahad.
 Litar Losail di Qatar mengalu-alukan Khairul Idham Pawi untuk permulaan musim keempatnya di peringkat Grand Prix dan ketiga di Moto2. SuperKip berbekal dua kemenangan, kedua-duanya dalam Moto3 semasa musim 2016 di Argentina dan Jerman. Musim ini dia mengambil langkah seterusnya dalam kerjayanya, untuk bermula di litar yang sudah diujinya  hujung minggu lalu dan mewujudkan rentak perlumbaan yang konsisten untuk hari Ahad ini. 




# 89 Khairul Idham Pawi
"Akhirnya permulaan musim telah tiba, ini adalah masa yang saya tunggu sejak ujian pertama dengan PETRONAS Sprinta Racing pada bulan November.Kami menjalani ujian pramusim yang baik dan kini sudah tiba masanya untuk berlumba. Banyak untuk dibuktikan dan kami mempunyai potensi untuk melakukan yang lebih baik, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk semua kerja keras dan penambahbaikan yang telah dibuat setakat ini Sekarang sudah tiba masanya untuk beralih ke mod perlumbaan dan terus maju. "