Kerajaan Persekutuan berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, Kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Petroleum Dealers Association of Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan. PDAM juga telah meminta agar diteliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang merupakan salah satu komponen di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.
Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyuarat pada 2 Januari 2019, dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan diperolehi ke atas permintaan PDAM dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum. YAB Perdana Menteri juga akan bertemu dengan PDAM dalam masa terdekat.
Oleh demikian, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing adalah dikekalkan buat masa beberapa hari ini, pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel. Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019.
Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit dan pada masa yang sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat. Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna memperolehi manfaat penurunan harga minyak dengan segera. Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi. Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar pada pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan mengikut harga pasaran.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
31 Disember 2018
Honda Rebel dan Honda X-ADV 2019 berbaju baharu
![]() |
| Honda X-ADV merah Grand Prix |
Boon Siew Honda menyambut tahun baharu 2019 dengan penawaran skema warna yang lebih menarik untuk Honda Rebel dan Honda X-ADV.
Honda Rebel mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2017 dan telah menjadi pilihan penunggang yang menaik taraf ke jentera kruiser yang lebih baik. Berenjin kembar selari 471 cc sejukan cecair, ia menyediakan respons pendikit yang lancar dan linear, sepadan dengan gaya bobber tulen.
![]() |
| Matte Axis Grey |
![]() |
| Hitam Graphite |
![]() |
| Merah Milleneum |
![]() |
| Pearl Cadet Grey |
![]() |
| Merah Grand Prix |
![]() |
| Metalik perak legap Moonstone Silver Metallic |
![]() |
| Perak legap Bullet |
Harga asas adalah seperti berikut:
Honda Rebel : RM 32,399.00
Honda X-ADV (Warna Standard): RM 63,299.00
Honda X-ADV (merah Grand Prix): RM 65,499.00
Benelli tawarkan varian Edisi Terhad RFS150iLE
Warna motosikal ini diinspirasikan dari bendera Itali yang merupakan negara asal Benelli, dan dihias dengan grafik menarik. Ianya juga dilengkapi tuil brek dan klac boleh-laras. Jentera ini dilengkapi dengan monoshock Kayaba dengan spring berhias warna kuning.
Setiap unit model ini akan mempunyai nombor siri unik edisi terhad yang akan dipaparkan pada motosikal tersebut. Setiap pembeli Benelli RFS150iLE juga akan diberi sijil khas yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali, Mr. Marco Bellucci.
Di samping itu, pembelian model RFS150iLE ini juga turut melayakkan pemiliknya untuk menyertai satu cabutan bertuah yang menawarkan tiga helai jaket denim Benelli keluaran khas sebagai hadiah. Tak cukup dengan itu, 500 pembeli pertama turut juga menerima sehelai jersi Benelli RFS150iLE rekaan khas yang menarik untuk dipadankan dengan motosikal baharu mereka. Pemilik hanya perlu mengisi borang pendaftaran pembelian mereka secara dalam talian (online) untuk mendapatkan jersi keluaran khas tersebut setelah selesai urusan pendaftaran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Tawaran jersi ini sah bagi setiap pemilik yang mendaftarkan mana mana varian
model RFS150i mulai 24/12/2018 hingga 03/02/2019.
Para pemenang bertuah akan diumumkan di laman Facebook rasmi Benelli Malaysia, jadi pastikan anda sukakan dan mengikuti (LIKE dan FOLLOW) FB tersebut untuk sentiasa menerima maklumat mutakhir.
RFS bermaksud ‘Riders For Speed’ bermula dengan enjin, dimana teknologi moden sejukan cecair sejuk untuk ketahanan, suhu operasi enjin yang rendah dan kuasa maksimum. Enjin 149cc RFS ini menampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baharu iaitu dengan tiga palam pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah. Transmisi 6-kelajuan dan suapan bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih efektif bagi menghasilkan 15.5 kuasa kuda pada 8500 rpm.
![]() |
Casis dan kerangka utama dengan reka bentuk dengan panel kerangka yang aerodinamik dan dilengkapi dengan panel badan berbekalkan kerangka yang kukuh menyokong lengan ayun belakang jenis ‘monoshock’ dan ‘fork’ hadapan yang sama seperti motorsikal lumba yang kita tonton di televisyen. Rim bersaiz 17 inci jenis separa aloi memberi cengkaman tayar yang baik dan ia dibekalkan brek cakera jenis lumba untuk kuasa hentian yang meyakinkan.
![]() |
Tempat duduk yang berkonsepkan ‘sporty’ membolehkan anda dan pembonceng bersiar-siar bersama dan pemegang bar belakang juga disediakan untuk keselamatan pembonceng.
Kluster meter LCD yang berinformasi memberi berbagai maklumat enjin dan juga kelajuan kepada penunggang. Cermin sisi yang jelas dan pada kedudukan yang tepat membolekan penunggang melihat keadaan jalanraya di belakang, manakala lampu utamanya yang berkonsepkan LED berteknologi tinggi menyuluh terus ke hadapan untuk menerangi jalan.
Sentuhan rekabentuk aerodinamiknya membantu ‘Riders For Speed’ membelah angin dengan mudah, dan juga melindungi penunggang daripada keadaan cuaca buruk. Semua ini merupakan hasil rekabentuk lagenda Itali dan kejuruteraan Benelli, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran melebihi 100 tahun.
Harga Benelli RFS150iLE ini hanyalah RM 7,488.00 tanpa cukai jalan dan insurans. Sila kunjungi ruang pameran di semua pengedar sah Benelli di Malaysia untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari http://bit.ly/benelli-rfs150i-mtr
Spesifikasi RFS 150i
Enjin dan Transmisi |
Isipadu(cc)
|
149.8
|
Jenis
Enjin
|
157FMJ-3
|
|
Mod
Enjin
|
1-Silinder
/ 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC
|
|
Gerek
x Lejang (mm)
|
ΓΈ57x58.7
|
|
Kuasa
Maksimum
|
11.3kW/8500 r/min
|
|
Tork
Maksimum
|
13.0N.m/7000 r/min
|
|
Nisbah
Mampatan
|
11.3:1
|
|
Sistem
Bahan Api
|
EFI
|
|
Pencucuh
|
TLI
|
|
Penghidup
|
Elektrik
|
|
Sistem
Pelincir
|
Tekanan Pelincir
Pancutan
|
|
Sistem
Penyejuk
|
Water-cooled
|
|
Kotak
Gear
|
6 - Kelajuan
|
|
Transmisi
Pacuan Akhir
|
Rantai
|
|
Jenis
Klac
|
Basah, Plat
Berganda
|
|
Ukuran
Fizikal
|
Berat
(kg)
|
126
|
Tinggi
Pelana(mm)
|
787
|
|
Panjang
Keseluruhan (mm)
|
2021
|
|
Lebar
Keseluruhan (mm)
|
764
|
|
Tinggi
Keseluruhan (mm)
|
1267
|
|
Kelegaan
Bumi (mm)
|
160
|
|
Tapak
Roda (mm)
|
1325
|
|
Casis
dan Dimensi
|
Jenis
Kerangka
|
Straddle type
|
Suspensi
Hadapan
|
Fork Teleskopik
|
|
Jarak
Suspensi Hadapan (mm)
|
88
|
|
Suspensi
Belakang
|
Teleskopik gegelung
spring Kayaba teredam minyak
|
|
Jarak
Suspensi Belakang (mm)
|
17
|
|
Tayar
Hadapan
|
70/90-17
|
|
Tayar
Belakang
|
120/70-17
|
|
Brek
Hadapan
|
Cakera
|
|
Diameter
Brek Hadapan (mm)
|
240
|
|
Brek
Belakang
|
Cakera
|
|
Diameter
Brek Belakang (mm)
|
220
|
|
Spesifikasi
Lain
|
||
Berat
Keseluruhan (kg)
|
171
|
|
Isi
Tangki Bahan Api (L)
|
4.8
|
|
Batteri
|
12V6Ah(YTX7L-BS)
|
Labels:
150i,
Benelli,
edisi khas,
LE,
Mforce Bike Holdings Sdn Bhd,
rfs
Ottimo VIZ110 diperkenal
Pengarah Urusan OTTIMO Technologies Sdn. Bhd. Encik Daniel Lim berkata permintaan terhadap motosikal mampu milik bergaya trendi masih kukuh walaupun segmen moped berkapasiti yang lebih tinggi telah menyaksikan pertumbuhan yang ketara. "Kami berusaha memberi pengguna motosikal mampu milik dengan enjin empat lejang berkuasa 110cc yang mematuhi piawaian EURO3 , dengan penjimatan bahan api serta digabungkan dengan rekabentuk yang menarik, segar dengan penampilan lebih trendi serta mesra pengguna", katanya.
VIZ110 dengan reka bentuk seiring trend bergaya masa kini dikuasakan oleh enjin empat lejang 110cc satu silinder, SOHC, sejukan udara yang mampu mencapai 5.0 kW pada 7,500 rpm. Ciri-ciri lain termasuklah lampu isyarat LED, pengecas USB, paparan meter kelajuan yang jelas, dan sistem pencahayaan yang mematuhi piawaian ECE. VIZ110 juga didatangkn dengan penghidup elektrik dan rim aloi yang dilengkapi dengan brek cakera hadapan untuk cengkaman yang lebih efisien.
OTTIMO Technologies Sdn. Bhd. mensasarkan untuk menjual 300 unit VIZ110 sebulan dalam tahun pertama operasi dengan memberi tumpuan awal kepada wilayah utara Semenanjung Malaysia sahaja terlebih dahulu untuk memastikan para pelanggan mendapatkan khidmat lepas jualan dan bekalan alat ganti yang terbaik di samping aktiviti pemasaran yang berterusan kepada pengguna.
Ottimo mempunyai pasukan dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam reka bentuk, pembuatan, jualan dan pemasaran motosikal. "Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak produk pada masa akan datang dengan pendekatan yang tepat pada masanya dan berstruktur untuk meningkatkan portfolio kami secara beransur-ansur untuk memperluas asas pelanggan kami dan penembusan pasaran, " tambah Ketua Pegawai Eksekutif Ottimo Technologies Sdn. Bhd Encik Chong Kian Boon.
VIZ110 didatangkan dengan dua varian warna iaitu Syinta Merah dan Syantik Blue dengan konsep dua tona. Syarikat itu juga akan membuka pusat 3S di bandar Sungai Petani pada Februari 2019 bagi memastikan pelanggan OTTIMO mendapatkan perkhidmatan selepas jualan terbaik, selain memiliki kilang dan pusat alat ganti di Gurun, Kedah.
Klinik Cub Prix KBS 2018 berakhir
Saingan
pusingan akhir Klinik Cub Prix KBS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak
menjadi perlumbaan perlumbaan penutup kepada siri sukan permotoran
negara pada 22 dan 23 Disember lepas.
Selepas
menjelajah ke 22 lokasi seluruh negara, 48 remaja terpilih berpeluang
menunjukkan kemahiran mereka pada sesi pemilihan terakhir di Litar Lumba
Tangkak. Remaja-remaja
terpilih menerima tunjuk ajar dan didikan daripada dua mentor
berpengalaman negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dan Azlan Shah
Kamaruzaman.
Kesemua
peserta turut berpeluang menerima tunjuk ajar daripada pelumba-pelumba
handalan tanah air iaitu dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor,
Kasma Daniel Kasmayuddin dan Md Akid Aziz bersama-sama Azroy Hakeem
Anuar dan juara Underbone 150cc Asia, Mohd Helmi Azman yang turut
bersama-sama peserta sepanjang dua hari sesi pemilihan.
Kesemua
48 peserta berusia sekitar 13 hingga 22 tahun bersaing bagi merebut
enam slot automatik ke siri Kejuaraan Cub Prix Malaysia musim 2019
di mana kebanyakannya turun ke litar buat pertama kali dengan menggunakan sut
perlumbaan dan menggunakan jentera underbone perlumbaan sebenar.
Dua
perlumbaan akhir yang berlangsung pada penghujung dua hari sesi
pemilihan menyaksikan kategori Honda dimenangi oleh pelumba berusia 17
tahun, Mohd Izzat Hakimi dari Perak dengan masa keseluruhan 9'14.343s
diikuti pelumba dari Johor, Muhammad Shaifullah di kedudukan kedua dan
Abang Muhd Zulfayribin Abang Sapawi berusia 19 tahun dari Sarawak di
kedudukan ketiga.
Perlumbaan
kategori Yamaha dimenangi pelumba berusia 13 tahun dari Johor, Mohd
Adam Haikal Jahar dengan masa 8'45.892s. Khamirudin Abd Kadir dari
Sarawak melintasi garisan penamat sebagai naib juara diikuti Muhamad
Luqman Mohd Sani ketiga. Senarai pelumba yang menerima biasiswa untuk saingan musim 2019 bagaimanapun akan diumumkan kemudian.
Klinik
Cub Prix KBS merupakan program pembangunan sukan permotoran negara yang
dijalankan oleh pihak Kejuaraan Cub Prix bersama Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia. Program ini turut mendapat sokongan pengeluar
Hong Leong Yamaha Motors dan Boon Siew Honda Sdn Bhd.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























