Kerajaan Persekutuan berhasrat melaksanakan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
Walau bagaimanapun, dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat, Kerajaan juga perlu mengkaji permintaan Petroleum Dealers Association of Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan. PDAM juga telah meminta agar diteliti semula kadar Margin Pengusaha Stesen Minyak yang merupakan salah satu komponen di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), yang pada masa ini digunakan untuk menetapkan harga runcit produk petroleum.
Sehubungan itu, pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri yang akan bermesyuarat pada 2 Januari 2019, dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan diperolehi ke atas permintaan PDAM dan juga memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum. YAB Perdana Menteri juga akan bertemu dengan PDAM dalam masa terdekat.
Oleh demikian, harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing adalah dikekalkan buat masa beberapa hari ini, pada paras RM2.50 seliter bagi RON97, RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel. Penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baru 2019.
Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan dasar penstabilan harga runcit dan pada masa yang sama melaksanakan penetapan harga yang memanfaatkan rakyat. Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna memperolehi manfaat penurunan harga minyak dengan segera. Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi. Pengekalan harga pada paras ini dikekalkan sehingga pelaksanaan subsidi petrol RON95 secara bersasar pada pertengahan tahun 2019, sebelum harga runcit produk petroleum diapungkan mengikut harga pasaran.
Sayangi Malaysiaku!
Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
31 Disember 2018
Showing posts with label harga. Show all posts
Showing posts with label harga. Show all posts
Yamaha R25 yang dinanti kini tiba
Kebanggaan terbaru Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) iaitu Yamaha YZF-R25 telah dilancarkan bersempena Persidangan Media Yamaha Motor Co Ltd, Motorsports Jepun di Sepang pada 5 Februari lepas. Yamaha YZF-R25 ini memiliki kesemua DNA daya tahan, pengetahuan dan pengalaman Yamaha yang terkumpul selama bertahun tahun . Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan sebuah motosikal sports yang sensasi dan sukar ditandingi untuk pasaran motosikal Malaysia.
Siri R dalam barisan motosikal Yamaha telah dijadikan asas dalam merekabentuk YZF-R25 yang menyerlah dengan enjin 249cc dwi-selinder Diasil sebaris, DOHC, 8-injap sejukan cecair, dengan omboh tempaan dan sistem suntikan bahan api induksi ke bawah. Janakuasa ini digabungkan dengan reka bentuk badan yang ringan dengan pusat graviti yang sempurna bagi menghasilkan nisbah kuasa-ke-berat yang cemerlang. Pasangan lampu utama nya jelas menzahirkan lagi perincian yang diberikan Yamaha dalam merekabentuk YZF-R25 ini. Reka bentuk lampu tersebut yang unik juga memberikan "rupa pemangsa" namun memberikan pencahayaan yang lebih cerah, tajam dan lebih tertumpu.
Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Encik C.H. Ng berkata, "Kami sangat gembira untuk mempersembahkan YZF-R25 atas banyak sebab. Tidak syak lagi kami sememangnya sentiasa berbangga dengan Siri-R dari Yamaha. YZF-R25 adalah satu lagi jentera yang sporti, ringan dan bergaya. Reka bentuk nya yang anggun diserlahkan lagi oleh fungsi yang hebat dan inilah mengapa kami yakin ia merupakan satu model yang akan diinginkan oleh peminat superbike."
Dengan pelana terasing dua yang tampak sporti, YZF-R25 ini juga memaparkan meter kelajuan, lampu ekor LED, roda lebar aluminium tetuang dan tayar yang bersesuaian. Lengan ayun simetrikal nya adalah kuat dan kukuh bagi menghasilkan tunggangan yang lebih stabil dengan gantungan dwi-tiub monocross belakang untuk memastikan pengendalian mantap di selekoh tajam pada kelajuan tinggi. YZF-R25 ini juga dikatakan tangkas dengan kerangka jenis berlian yang padat dan ringan. Kerangka ini diperbuat daripada tiub keluli yang menawarkan keseimbangan optimum untuk kekuatan dan kestabilan. Jentera ini disudahi dengan paparan ekzos yang sporti yang memberikan penampilan amat menarik.
YZF-R25 ini disasarkan untuk pasaran Malaysia mulai April 2015 dan dipasang sepenuhnya di kilang mereka di Sungai Buluh. Mungkin tiba masanya untuk anda merancang mengumpul RM20,000 bagi memiliki jentera terbaru yang ditawarkan di Malaysia ini.
ENJIN
Jenis 4-lejang, 8 Valve DOHC
Susunan Silinder 2 Silinder / Tegak
Sesaran 249 cc
Lubang x Lejang 60,0 x 44,1mm
Nisbah Mampatan 11,6 : 1
Kuasa Maksimum 26.5 kW (12,000 rpm)
Tork Maksimum 22.6 N.m (10,000rpm)
Sistem Penghidup Enjin Elektrik
Sistem Pelincir Takungan Basah
Isi Tangki Minyak Enjin 2.40 liter
Sistem Bekalan Bahan api Suntikan
Bahan api
Jenis Sistem Nyalaan TCI
TRANSMISI
Jenis Transmisi 6 – kelajuan jenis
balikan
Nisbah Gear 24.928 - 8.6
Jenis Klac Pegas Gegelung Multiplate
Empar Basah
CASIS
Jenis Kerangka Berlian
Panjang Seluruh 2,090mm
Lebar Seluruh 720mm
Tinggi Seluruh 1,135mm
Tinggi Tempat Duduk 780mm
Kelegaan Minimum Dari Tanah 160mm
Berat Isi 166kg
SUSPENSI
Jenis Suspensi Depan Teleskopik
Jenis Suspensi Belakang Monocross
BREK
Depan Cakera Hidraulik, Dwi Omboh
(Dual Piston)
Belakang Cakera Hidraulik, Piston
Tunggal
TAYAR
Depan 110/70 - 17
Belakang 140/70 - 17
Subscribe to:
Posts (Atom)




















.jpg)