Pelumba kelahiran Terengganu, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) beraksi cemerlang sekaligus terus melebarkan jurang pendahulu apabila berjaya meraih kemenangan keenam peribadi pada musim ini setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 10’47.978s.
Bermula dari petak pertama, Tengku Amirul bagaimanapun sedikit ketinggalan pada permulaan perlumbaan sebelum kembali memintas pada penghujung perlumbaan dan seterusnya mmenangi perlumbaan mengatasi Nazirul Izzat Md Bahauddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) di kedudukan kedua dengan masa 10:48.925s. Tempat ketiga milik Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing dengan masa 10:49.024s.
Seepas tujuh pusingan, Tengku Amirul kini selesa mendahului kedudukan keseluruhan dengan 163 mata, 67 mata mengatasi rakan sepasukan Md Fareez Afeez di kedudukan kedua dengan 96 mata manakala Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 92 mata. Hanya lapan mata diperlukan oleh Tengku Amirul bagi dinobatkan selaku juara keseluruhan musim 2018.
KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU
CP115
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 10:47.978s
2 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:48.925s
3 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 10:49.024s
4 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 10:49.560s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 10:51.401s
Kedudukan Keseluruhan
1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 163 mata
2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 96 mata
3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 92 mata
4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 91 mata
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 81 mata
Syarifuddin menang kali keempat berturut-turut
Ketiadaan pendahulu keseluruhan, Md Danial Syahmi membuka laluan mudah buat Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam kategori WIRA KBS apabila selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 8’46.717s.
Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) muncul naib juara dengan masa 8’52.974s diikuti Md Harith Haziq Zamri (SIC Junior Team AFB Tech Racing) di kedudukan ketiga dengan 8’53.275s.
Namun begitu, Danial masih kekal sebagai pendahulu keseluruhan dengan 113 mata namun diekori rapat oleh Alif Ashraf dengan 112 mata diikuti Syarifuddin di tangga ketiga dengan 108 mata.
KEPUTUSAN PUSINGAN 7, KUALA TERENGGANU
WIRA KBS
1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 8:46.717s
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 8:52.974s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:53.275s
4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racings
5 Md Sharul Ezwan M Sharil (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 8:54.439s
Kedudukan Keseluruhan
1 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 113 mata
2 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112 mata
3 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 108 mata
4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 70 mata
5 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 58 mata

Boleh ke Tengku Amirul menang kali keenam...?
Tengku Amirul Hafiruddin kan
turun beraksi di halaman sendiri pada pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM
Malaysia PETRONAS di Kuala Terengganu, Terengganu, 5 dan 6 Oktober ini.
Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu mensasarkan kemenangan keenam
sekaligus terus melebarkan jurang selaku pendahulu keseluruhan CP115. Beliau telah meraih lima
gelaran juara daripada enam perlumbaan musim ini dan hanya sekali tamat di
kedudukan keempat sewaktu pusingan keempat di Temerloh, Pahang.
Pelumba berasal dari Dungun, Terengganu itu kini selesa
mendahului kedudukan keseluruhan dengan 138 mata, 52 mata mengatasi rakan
sepasukan, Md Fareez Afeez yang berada di kedudukan kedua dengan 86 mata
manakala Md Haziq Md Fairues ketiga dengan 79 mata.
“Saya gembira kerana selepas dua tahun, perlumbaan Cub Prix
kembali ke Kuala Terengganu dan saya dapat beraksi di hadapan keluarga dan
penyokong saya di sini dan berharap dapat mengulangi pencapaian menaiki podium
di sini pada tahun 2015,” jelas Tengku Amirul.
Tambahnya, “Namun, walaupun saya telah memenangi lima
perlumbaan setakat ini, saya tidak mahu terlalu yakin kerana perlumbaan CP115
ini sentiasa sengit dan tidak diduga. Apa yang pasti, saya akan memberikan yang
terbaik dan yakin pasukan juga akan menyediakan jentera terbaik untuk saya
minggu ini.”
MyPUSPAKOM mudahkan urusan pemeriksaan kenderaan
PUSPAKOM Sdn Bhd kini telah menuju ke era digital dengan memperkenalkan tempahan dan pembayaran dalam talian yang dikenali sebagai MyPUSPAKOM sejak akhir tahun lepas. Pelanggan kini boleh membuat tempahan dan pembayaran dalam talian untuk semua pusat pemeriksaan di Semenanjung Malaysia, Kuching dan Kota Kinabalu menerusi laman web www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Melalui MyPUSPAKOM, seseorang pelanggan bukan sahaja dapat melihat maklumat temujanjinya, malah menyemak semua maklumat kenderaannya dan juga rekod tempahan/temujanji kenderaannya dari akaun MyPUSPAKOM. Oleh itu, ia amat berguna kepada operator dan pemilik kenderaan atau organisasi yang mempunyai sejumlah kenderaan komersial yang perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM.
MyPUSPAKOM kini mempunyai lebih daripada 86,000 pengguna berdaftar sejak diperkenalkan pada Ogos 2017. Sebelum wujudnya MyPUSPAKOM, pelanggan hanya boleh membuat temujanji melalui e-mel dan menerusi panggilan telefon ke pusat panggilan PUSPAKOM sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail berkata, "MyPUSPAKOM” telah dirangka dengan tujuan untuk membantu para pelanggan menguruskan masa dengan lebih baik. Ini bukan sahaja menjadikan proses temujanji serta pemeriksaan lebih mudah dan pantas, malah lebih cekap dan telus."
"Ia juga membantu mengurangkan kesesakan di pusat pemeriksaan tertentu terutamanya ketika waktu puncak dan menjelang atau selepas musim perayaan. Secara umumnya, para pelanggan perlu hadir pada waktu slot yang ditempah, 20 minit sebelum waktu temujanji. Kami komited untuk menyelesaikan pemeriksaan
dalam masa 60 minit atau sejam. Ini dapat membantu meningkatkan pengalaman pelanggan di pusat pemeriksaan kami” , tambah Mohammed Shukor.
Status setiap aktiviti pemeriksaan dari mula membuat temujanji hingga selesai pemeriksaan akan dihantar terus melalui e-mel kepada pemilik akaun MyPUSPAKOM dalam waktu sebenar. Dalam konteks ini, pemilik akaun akan dapat memantau pergerakan kenderaannya.
PUSPAKOM komited dalam membuat proses pemeriksaan kenderaan lebih mudah dan selesa untuk pelanggannya. Untuk maklumat lanjut mengenai MyPUSPAKOM, sila log masuk ke www.mypuspakom.com.my atau hubungi 1-800-22-2210.

Afif Amran tak pernah menang di Terengganu
Keinginan Ahmad Afif Amran yang merupakan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing untuk menjuarai perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Pri AAM
Malaysia PETRONAS adalah untuk melebarkan jurang pungutan mata pendahulu keseluruhan CP150 itu,di litar Kompleks
Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Jumaat dan Sabtu ini.
Rekod terdahulunya hanya sebagai
naib juara dalam kelas CP115 pada tahun 2013 dan ketiga dalam kategori CP130
pada tahun 2014.
“Memang saya memasang
impian untuk menang di sini kerana sepanjang beraksi di dalam Kejuaraan Cub
Prix, saya tidak pernah muncul juara di Terengganu,” jelas pelumba kelahiran
Dungun itu. Tambahnya, “Namun saya rasakan perlumbaan minggu ini lebih
mencabar dan peluang juga lebih terbuka kerana kali terakhir kami berlumba di
sini ialah pada tahun 2015 dan masih menggunakan jentera CP130. Semua pasukan
tidak mempunyai data baharu untuk perlumbaan kali ini selain faktor keadaan
permukaan litar juga mungkin sudah berubah.
“Walaupun inginkan gelaran juara, pada masa sama saya juga
tidak boleh terlalu mengambil risiko. Saya juga perlu memikirkan strategi
terbaik dan memberi keutamaan untuk memungut mata sebanyak mungkin bagi
mempertahankan kedudukan ketika ini. Perlumbaan sudah semakin ke penghujung
musim, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah ketika ini.”
Selepas enam pusingan, Afif kini mendahului kedudukan
keseluruhan dengan 135 mata, 40 mata mengatasi juara bertahan, Kasma Daniel
Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua dengan 95
mata manakala rakan sepasukan Afif, Md Hafiz Nor Azman ketiga dengan 90 mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)