Adam Norrodin ke persaingan Moto2 CEV

Adam Norrodin dikhabarkan akan kembali ke persaingan FIM CEV Repsol dalam kelas Moto2. Persoalan pembabitannya dalam sukan bermotor ini timbul berikutan beliau tida disenaraikan dalam barisan pelumba pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang baharu.

Adam telah menyertai Piala Asia Talent pada 2014 dan 2015, dan Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Moto3 2015 . Dia menjadi pelumba pertama dari siri Piala Asia Talent untuk bertanding dalam Kejohanan Dunia Moto3 pada 2016.

Adam Norrodin membuat debut Kejohanan Dunia dalam siri Moto3 pada tahun 2016, dis
amping Jakub Kornfeil dengan menunggang jentera Honda di bawah pasukan SIC Racing Team.

McPhee wakili Moto3 Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia

 John McPhee merupakan pelumba berusia 24 tahun dengan pengalaman enam tahun di kelas Moto3. Dilahirkan dan dibesarkan di Scotland di United Kingdom, bekas pesaing Kejohanan Dunia 125cc ini secara rasminya membuat debut Moto3nya pada tahun 2013, berikutan lapan penyertaan wildcard pada musim 2012 dengan penamat terbaik tempat ke-15 di Brno, dan telah menjadi pelumba sepenuh masa di kelas ini sejak itu.


McPhee mencapai podium pertamanya pada tahun 2015 di tempat kedua di Indianapolis. Pelumba Scotland itu telah meraih lima lagi podium termasuk kemenangan di Brno pada 2016 dan empat kedudukan petak pertama permulaan sebagai rekod pencapaiannya.

Quartararo dan Morbidelli wakili Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia

#20 Fabio Quartararo dan #21 Franco Morbidelli
Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia akan diwakili oleh dua pelumba bermotivasi muda, #20 Fabio Quartararo dan #21 Franco Morbidelli. Kedua-dua pelumba ini akan bertanding dengan menunggang jentera Yamaha YZR-M1.

Morbidelli membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada 2014 selepas memenangi Kejuaraan Superstock 600 pada tahun 2013. Hanya tiga tahun kemudian, pelumba Itali ini menjadi Juara Dunia Moto2 2017, selepas musim dominan yang menyaksikan dia menaiki podium dua belas kali dengan cemerlang. Melangkah ke MotoGP pada tahun ini, Morbidelli sudah menjadi pencabar terbaik musim 2018 ini.

Quartararo berusia 19 tahun pula mengorak langkah ke kelas perdana berbekalkan latar belakang yang memberangsangkan sehingga kini. Selepas memenangi Kejuaraan FIM CEV Moto3 pada tahun 2013 dan 2014, pelumba Perancis ini memulakan penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada usia 15 tahun. Pada perlumbaan kedua, pelumba muda ini telah meraih podium pertamanya dengan kemenangan tempat kedua di Austin, yang kemudiannya disusuli dengan tempat kedua di Assen. Quartararo terus menunjukkan prestasi yang mengagumkan selepas beralih ke kelas pertengahan pada tahun 2017. Dua podium sudah diraihnya untuk musim ini, dan ini membuatkannya menjadi peserta muda yang menarik untuk diperhatikan dalam MotoGP musim ini.

PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia sertai MotoGP

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menyertai kelas perdana MotoGP dengan konglomerat multinasional minyak dan gas Malaysia, PETRONAS sebagai Rakan Utama rasmi. Pasukan yang dinamakan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia yang pertama di kejohanan dunia. Kerjasama itu berkuat kuasa mulai 2019 sehingga akhir tahun 2021.

Dalam kelas utama, pasukan itu akan diwakili oleh dua pelumba muda iaitu Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. Kedua-dua pelumba akan jentera Yamaha YZR-M1 berikutan perjanjian antara Litar Antarabangsa Sepang dan Yamaha Motor Co., Ltd.

 
Litar Antarabangsa Sepang dan PETRONAS juga mengumumkan penyertaan Khairul Idham Pawi dalam Moto2 dan John McPhee dalam Moto3 dalam pasukan ini.

McPhee akan menjadi pelumba pasukan Moto3 bersama pelumba semasa mereka iaitu  Ayumu Sasaki. Ini juga menandakan penyertaan Ayumu bagi tahun ketiga berturut-turut dalam Moto3 bagi pelumba Jepun berusia 17 tahun itu. Kehadiran McPhee juga menandakan kemungkinan bahawa kontrak Adam Norrodin tidak diperbaharui untuk 2019.

Syarifuddin raih kemenangan pertama Wira di Temerloh

Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama musim 2018 setelah selesa mengungguli 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 9’16.611s diikuti Md Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta YAMAHA) kedua, 9’24.158s dan Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) ketiga, 9’24.334s.

Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH) yang gagal menjejakkan kaki ke podium buat pertama kali pada musim ini, namun kekal mendahului senarai keseluruhan dengan 77 mata diikuti Md Alif kedua, 56 mata dan rakan sepasukan Syarifuddin, Md Fadlyshah Redzuan ketiga dengan 49 mata.