Showing posts with label Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia. Show all posts

PETRONAS Yamaha Sepang yakin boleh di Silverstone


Pasangan sepasukan PETRONAS Yamaha Sepang, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli akan ke Grand Prix British hujung minggu ini di Silverstone, litar yang mereka gemari dan percaya akan sesuai dengan Yamaha YZR -M1 mereka.

Quartararo yang menaiki podium terakhir kali di Grand Prix Austria berharap untuk meneruskan rentak tiga podium yang sudah dicapainya dalam musim sulungnya. Quartararo yakin bahawa trek Silverstone yang baru dipulihkan akan membolehkannya menggunakan potensi penuh motosikalnya.
Morbidelli juga mengharapkan hujung minggu yang baik di litar Inggeris ini, untuk mengumpulkan momentum untuk separuh kedua musim ini. Morbidelli yakin litar ini  sesuai dengan motosikal dan gaya menunggangnya yang lancar dalam debut MotoGP di sana selepas pembatalan disebabkan oleh hujan lebat tahun lalu.

Latihan untuk Grand Prix British hujung minggu ini bermula pada hari Jumaat 23 Ogos pada jam 0955 masa tempatan (1655 masa Malaysia), dan perlumbaan 20 pusingan yang akan berlangsung pada Ahad 25 Ogos pada 1300 waktu tempatan (2000 waktu Malaysia).

Permulaan 1-2 buat Petronas SRT MotoGP di Jerez hari ini

Litar Jerez-Angel Nieto menjadi tuan rumah hari bersejarah untuk pasukan PETRONAS Yamaha SRT. Pada penampilan Grand Prix kali keempat pasukan Malaysia, para pelumbanya Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli telah menawan dua kedudukan teratas di grid MotoGP untuk GP Sepanyol Ahad ini.
Buat julung kalinya Fabio menawan kedudukan petak pertama MotoGP, sekaligus mencatat sejarah sebagai pelumba termuda yang pernah melakukannya di kelas perdana, sementara Franco pula di kedudukan kedua yang merupakan persembahan terbaiknya setakat ini.

1. FABIO QUARTARARO / PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team1:36.880
2. FRANCO MORBIDELLI / PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team+0.082
3. MARC MARQUEZ / Honda+0.090
4. ANDREA DOVIZIOSO / Ducati+0.138
5. MAVERICK VIÑALES / Yamaha+0.234


McPhee wakili Moto3 Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia

 John McPhee merupakan pelumba berusia 24 tahun dengan pengalaman enam tahun di kelas Moto3. Dilahirkan dan dibesarkan di Scotland di United Kingdom, bekas pesaing Kejohanan Dunia 125cc ini secara rasminya membuat debut Moto3nya pada tahun 2013, berikutan lapan penyertaan wildcard pada musim 2012 dengan penamat terbaik tempat ke-15 di Brno, dan telah menjadi pelumba sepenuh masa di kelas ini sejak itu.


McPhee mencapai podium pertamanya pada tahun 2015 di tempat kedua di Indianapolis. Pelumba Scotland itu telah meraih lima lagi podium termasuk kemenangan di Brno pada 2016 dan empat kedudukan petak pertama permulaan sebagai rekod pencapaiannya.

Quartararo dan Morbidelli wakili Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia

#20 Fabio Quartararo dan #21 Franco Morbidelli
Pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Malaysia akan diwakili oleh dua pelumba bermotivasi muda, #20 Fabio Quartararo dan #21 Franco Morbidelli. Kedua-dua pelumba ini akan bertanding dengan menunggang jentera Yamaha YZR-M1.

Morbidelli membuat penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada 2014 selepas memenangi Kejuaraan Superstock 600 pada tahun 2013. Hanya tiga tahun kemudian, pelumba Itali ini menjadi Juara Dunia Moto2 2017, selepas musim dominan yang menyaksikan dia menaiki podium dua belas kali dengan cemerlang. Melangkah ke MotoGP pada tahun ini, Morbidelli sudah menjadi pencabar terbaik musim 2018 ini.

Quartararo berusia 19 tahun pula mengorak langkah ke kelas perdana berbekalkan latar belakang yang memberangsangkan sehingga kini. Selepas memenangi Kejuaraan FIM CEV Moto3 pada tahun 2013 dan 2014, pelumba Perancis ini memulakan penampilan sulungnya di Kejohanan Dunia pada usia 15 tahun. Pada perlumbaan kedua, pelumba muda ini telah meraih podium pertamanya dengan kemenangan tempat kedua di Austin, yang kemudiannya disusuli dengan tempat kedua di Assen. Quartararo terus menunjukkan prestasi yang mengagumkan selepas beralih ke kelas pertengahan pada tahun 2017. Dua podium sudah diraihnya untuk musim ini, dan ini membuatkannya menjadi peserta muda yang menarik untuk diperhatikan dalam MotoGP musim ini.