Honda X-ADV merupakan jentera ala crossover dengan keupayaan off-road ini direka dan dihasilkan oleh pasukan R&D Honda di Itali, X-ADV merupakan sebuah motosikal kembara gaya crossover inovatif yang menggabungkan kemudahan moden dengan prestasi lasak.
X-ADV dilengkapi enjin efisien 745cc sejukan cecair OHC 4 Lejang yang mampu menawarkan kuasa maksimum 40.3kW pada 6,250rpm dengan tork maksimum 68Nm pada 4,750rpm.
X-ADV juga didatangkan dengan Pilihan Kawalan Tork Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) yang menawarkan 2 tahap kawalan; Tahap 1 membolehkan aksi putaran roda belakang atas jalan berturap atau jalan kasar, manakala Tahap 2 menawarkan cengkaman yang padu biarpun atas permukaan licin.
Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) memilih nisbah gear yang lebih rendah untuk tindak balas yang bersemangat pada mod D; mode S pula memberikan 3 tahap kawalan corak peralihan untuk tunggangan sport yang lebih mengujakan. Suis G turut disediakan untuk model 2018 ini bagi meningkatkan prestasi off-road.
Selain itu, X-ADV juga dilengkapi ruang simpanan 21L di bawah tempat duduk, skrin boleh laras 5 hala untuk perlindungan angin dan cuaca, hendal aluminium tirus, penghadang hendal ala Africa Twin, paparan meter gaya rali serta sistem kunci pintar. Pelumpuh enjin turut dilengkapkan bersama mekanisme klac di suis utama yang mencegah pelepasan kunci hendal secara paksa. Tongkat tengah dengan pengesan kecondongan membolehkan X-ADV diletak secara condong tanpa bimbang ia akan jatuh.
Tempat duduk setinggi 820mm dan set hendal selebar 910mm memastikan posisi penunggangan yang tegak di mana sudut pandangan yang tinggi memberikan visibiliti serta kawalan yang lebih baik, kontur tempat duduk ergonomik pula memudahkan penunggang untuk mencapai permukaan jalan.
Ruang pergerakan suspensi hadapan dan belakang yang panjang menyerap kebanyakan hentakan jalan, ini dipadankan dengan roda lasak hadapan dan belakang 17-inci/15-inci serta tayar bercorak blok. Kaliper empat piston paut radial berkembar menawarkan prestasi pembrekan dengan kawalan ABS.
X-ADV didatangkan dalam 5 pilihan warna – merah Candy Chromosphere Red (warna baharu untuk 2018), perak Digital Silver Metallic, perak Matt Bullet Silver, putih Pearl Glare White dan merah Grand Prix Red.
Honda X-ADV dan CRF1000L Africa Twin kini rasmi ditawarkan
Motorsikal berkuasa tinggi Honda yang telah lama dinantikan di Malaysia iaitu Honda X-ADV and CRF1000L Africa Twin telah dilancarkan secara rasminya oleh Boon Siew Honda (BSH) pada Khamis lepas. Selain itu, BSH turut juga mempamerkan motosikal Honda baharu iaitu CB1000R Neo Sports Cafe di acara MAI Malaysia Autoshow 2018.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Keiichi Yasuda berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai tinggi serta teknologi yang tinggi untuk setiap produk bagi merangsang kesemua pelanggan. Dan kami dapat melihat melalui pembukaan Honda BigWing, motosikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia dari segi produk dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik.”
“Di Malaysia kami tidak hanya menghadkan penawaran motosikal berkuasa tinggi genre ‘sport’ dan ‘street’ sahaja, tetapi juga kategori yang berlainan, seperti ‘scooter’ dan ‘cross touring’ yang mempunyai permintaan pasaran disamping trend yang meningkat bagi enjin yang berkuasa lebih tinggi”
Honda BigWing
Honda BigWing dilancarkan pada 4 Februari tahun ini dengan pembukaan rasmi Honda BigWing pertama di Setapak, Kuala Lumpur. Berteraskan konsep baru
sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Honda BigWing merangkumi pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat bagi
menawarkan pengalaman yang istimewa dan menyeluruh untuk semua pelanggan.
Di samping produk dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, pelanggan juga berpeluang menyertai beraneka aktiviti komprehensif serta menikmati pelbagai keistimewaan yang eksklusif untuk pelanggan Honda.
Honda BigWing kedua akan dibuka di Georgetown, Pulau Pinang di bawah pengurusan Taycon Motor Sdn Bhd sekitar bulan Jun 2018, diikuti oleh Welly Team
Cycle Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor dan Additional Growth Sdn Bhd di Danga Bay, Johor.
Pelanggan boleh melawat dan menghubungi Honda BigWing untuk tempahan XADV, Afrika Twin dan CB1000R. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R, sila hubungi talian tol bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.hondabigbike.com.my.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Keiichi Yasuda berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai tinggi serta teknologi yang tinggi untuk setiap produk bagi merangsang kesemua pelanggan. Dan kami dapat melihat melalui pembukaan Honda BigWing, motosikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia dari segi produk dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik.”
| Keiichi Yasuda |
Honda BigWing
Honda BigWing dilancarkan pada 4 Februari tahun ini dengan pembukaan rasmi Honda BigWing pertama di Setapak, Kuala Lumpur. Berteraskan konsep baru
sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Honda BigWing merangkumi pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat bagi
menawarkan pengalaman yang istimewa dan menyeluruh untuk semua pelanggan.
Di samping produk dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, pelanggan juga berpeluang menyertai beraneka aktiviti komprehensif serta menikmati pelbagai keistimewaan yang eksklusif untuk pelanggan Honda.
Honda BigWing kedua akan dibuka di Georgetown, Pulau Pinang di bawah pengurusan Taycon Motor Sdn Bhd sekitar bulan Jun 2018, diikuti oleh Welly Team
Cycle Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor dan Additional Growth Sdn Bhd di Danga Bay, Johor.
Pelanggan boleh melawat dan menghubungi Honda BigWing untuk tempahan XADV, Afrika Twin dan CB1000R. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R, sila hubungi talian tol bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.hondabigbike.com.my.
Hong Leong Yamaha Motor capai tanda-aras 4 juta
Yamaha Malaysia meraikan kejayaan pencapaian tanda aras baharu dengan pengeluaran motosikal yang ke 4-juta di kemudahan pemasangannya di Sungei Buloh hari ini.
Hadir di majlis itu ialah Naib Presiden Eksekutif dan wakil Pengarah Yamaha Motor Co. Ltd., Jepun Encik Katsuaki Watanabe, serta Pengarah Urusan HLYM Dato 'Jim Khor.
Dalam ucapan pembukaannya, Dato 'Jim Khor mengiktiraf sumbangan kakitangan HLYM
rangkaian pengedar Yamaha di seluruh negara, dan juga sokongan rakan perniagaan Yamaha Motor, Jepun.
"Komitmen yang teguh dari pasukan berdedikasi kami, dari kakitangan kilang ke pasukan jualan, vendor, rakan kongsi dan rangkaian peniaga kami yang setia di seluruh negara telah memungkinkan kejayaan ini. Saya juga ingin meniktiraf Yamaha Motor Company, Jepun dan mengucapkan terima kasih kepada mereka untuk sokongan berterusan dan bernilai tinggi, "katanya.
Bermula dengan pengeluaran motosikal 'pertama', RX100, pada tahun 1979, HLYM telah menyaksikan pengembangan fasiliti kilang, pelancaran model-model baru, peningkatan barisan pemasangan dan pengenalan pelbagai
program pengayaan untuk faedah kakitangan dan peniaga.
Pada tahun 1994, HLYM mencipta sejarah apabila motosikal pemasangan tempatan yang kesejuta telah dikeluarkan. Syarikat ini telah berkembang pesat, muncul sebagai pemimpin pasaran, disokong oleh rangkaian peniaga yang kuat dan luas.
Baru-baru ini, HLYM juga telah melancarkan program transformasi yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman pelanggan sehingga pke tahap seterusnya.
"Usaha dan inisiatif kami selaras dengan tiga tonggak ini - Komitmen, Daya Usaha, dan Keghairahan serta Kebanggaan. Kami akan terus berdiri dengan komitmen kami berbangga untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling tinggi, sesuai dengan piawaian global Yamaha yang diiktiraf, " tambah Dato 'Jim Khor.

Kacamata Indian Motorcycles baharu untuk 2018
Indian Motorcyles terus memperluaskan penawaran pakaian dan aksesori - dan
jenama Amerika yang ikonik ini baru saja melancarkan rangkaian kacamata Indian yang baru.
Terdapat empat pasang cermin mata hitam yang ditawarkan, yang dikenali sebagai Entry, Lifestyle, Performance dan Semi Pro - semuanya bersertifikat CE, dan direka untuk dipakai semasa menunggang, dengan lensa anti gores dan anti-kabus terbina- dalam.
ENTRYCermin mata hitam Entry merupakan yang harga terendah - dan mempunyai pelinding mata busa EVA untuk mengurangkan angin dan menghalang cahaya sekeliling atau periferal dari masuk.
LIFESTYLECermin mata hitam untuk gaya hidup ini adalah bagi mereka yang ingin kelihatan segak bermotosikal ataupun pemakaian santai. Bingkai ini diperbuat daripada polikarbonat dan dilengkapi kanta-lensa thablur dengan penapisan UVA / UVB.
PERFORMANCEKacamata hitam pintar ini dilengkapi dengan kanta foto-kromatik yang bertindak balas kepada keadaan cahaya - dengan kanta-lensa yang jernih menjadi legap dalam 50 saat apabila terdedah kepada cahaya UV. Bingkainya rapat ke muka lebih daripada model lain dalam jajarannya, dan tangkainya tebal, menjadikannya satu set sempurna jika anda akan melakukan banyak penunggangan.
SEMI PROCermin mata Semi Pro adalah kacamata terkenal dari Indian, dihasilkan dari bingkai nilon dan kanta polikarbonat. Ia juga mempunyai mangkuk mata atau eyecup busa boleh tanggal supaya anda boleh memakainya saat menunggang, ataupun ketika tidak menunggang.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai pakaian dan aksesori India, layari: www.indianmotorcycle.eu

Merasa naik kereta dipandu Karamjit
Pelawat Malaysia Autoshow di MAEPS Serdang hujung minggu ini akan dapat merasai pengalaman luar biasa yang disediakan oleh PROTON dan pemandu-pemandu terkenal iaitu Karamjit Singh dan James Veerapen. Karamjit merupakan juara sebanyak tiga kali bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan mendapat gelaran juara dalam Kejohanan Rali Dunia bagi Production Car 2002 (PWRC), manakala James memenangi pelbagai perlumbaan termasuk perlumbaan 1000km Sepang 2017. Ketika acara berlangsung, pengunjung akan dipelawa untuk sesi joy ride yang akan memberikan keterujaan kepada pelanggan PROTON yang menempah kereta atau membeli barangan cenderahati dan alat ganti di tapak pameran.
Kehadiran pemandu-pemandu dan aktiviti joy ride merupakan sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan di pameran tersebut. Pengunjung yang datang ke dewan pameran dan membuat tempahan bagi kereta baharu akan berpeluang memenangi baucar hadiah khas yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian Proton baharu mereka. PROTON Commerce turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang akan diberi ganjaran RM300 baucar beli-belah AEON apabila pinjaman mereka telah diluluskan. Ini adalah tawaran tambahan selain daripada promosi terkini iaitu body-kit percuma dan pinjaman tanpa faedah* yang boleh didapati di semua cawangan PROTON.

Subscribe to:
Posts (Atom)