Honda X-ADV dan CRF1000L Africa Twin kini rasmi ditawarkan

Motorsikal berkuasa tinggi Honda yang telah lama dinantikan di Malaysia iaitu Honda X-ADV and CRF1000L Africa Twin telah dilancarkan secara rasminya oleh Boon Siew Honda (BSH) pada Khamis lepas. Selain itu, BSH turut juga mempamerkan motosikal Honda baharu iaitu CB1000R Neo Sports Cafe di acara MAI Malaysia Autoshow 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En Keiichi Yasuda berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan nilai tinggi serta teknologi yang tinggi untuk setiap produk bagi merangsang kesemua pelanggan. Dan kami dapat melihat melalui pembukaan Honda BigWing, motosikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia dari segi produk dan perkhidmatan selepas jualan yang sangat baik.”
Keiichi Yasuda
“Di Malaysia kami tidak hanya menghadkan penawaran motosikal berkuasa tinggi genre ‘sport’ dan ‘street’ sahaja, tetapi juga kategori yang berlainan, seperti ‘scooter’ dan ‘cross touring’ yang mempunyai permintaan pasaran disamping trend yang meningkat bagi enjin yang berkuasa lebih tinggi”
Honda BigWing
Honda BigWing dilancarkan pada 4 Februari tahun ini dengan pembukaan rasmi Honda BigWing pertama di Setapak, Kuala Lumpur. Berteraskan konsep baru
sebagai “Destinasi untuk Penunggang”, Honda BigWing merangkumi pusat pameran terkini, pusat servis, sudut alat ganti dan aksesori serta bilik istirehat bagi
menawarkan pengalaman yang istimewa dan menyeluruh untuk semua pelanggan.

Di samping produk dan perkhidmatan terbaik yang disediakan, pelanggan juga berpeluang menyertai beraneka aktiviti komprehensif serta menikmati pelbagai keistimewaan yang eksklusif untuk pelanggan Honda.
Honda BigWing kedua akan dibuka di Georgetown, Pulau Pinang di bawah pengurusan Taycon Motor Sdn Bhd sekitar bulan Jun 2018, diikuti oleh Welly Team
Cycle Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor dan Additional Growth Sdn Bhd di Danga Bay, Johor.

Pelanggan boleh melawat dan menghubungi Honda BigWing untuk tempahan XADV, Afrika Twin dan CB1000R. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R, sila hubungi talian tol bebas Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau log masuk ke www.hondabigbike.com.my.

No comments: