Merasa naik kereta dipandu Karamjit

Pelawat Malaysia Autoshow di MAEPS Serdang hujung minggu ini akan dapat merasai pengalaman luar biasa yang disediakan oleh PROTON dan pemandu-pemandu terkenal iaitu Karamjit Singh dan James Veerapen.  Karamjit merupakan juara sebanyak tiga kali bagi Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan mendapat gelaran juara dalam Kejohanan Rali Dunia bagi Production Car 2002 (PWRC), manakala James memenangi pelbagai perlumbaan termasuk perlumbaan 1000km Sepang 2017. Ketika acara berlangsung, pengunjung akan dipelawa untuk sesi joy ride yang akan memberikan keterujaan kepada pelanggan PROTON yang menempah kereta atau membeli barangan cenderahati dan alat ganti di tapak pameran.
Kehadiran pemandu-pemandu dan aktiviti joy ride merupakan sebahagian daripada pengalaman yang ditawarkan di pameran tersebut. Pengunjung yang datang ke dewan pameran dan membuat tempahan bagi kereta baharu akan berpeluang memenangi baucar hadiah khas yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian Proton baharu mereka. PROTON Commerce turut menawarkan promosi istimewa kepada 100 pelanggan pertama yang akan diberi ganjaran RM300 baucar beli-belah AEON apabila pinjaman mereka telah diluluskan. Ini adalah tawaran tambahan selain daripada promosi terkini iaitu body-kit percuma dan pinjaman tanpa faedah* yang boleh didapati di semua cawangan PROTON.

No comments: