Kini boleh beli pelincir Shell di 11street

 Shell Malaysia telah melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street, bagi memudahkan rakyat seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (termasuk minyak Shell Helix pilihan anda, penapis minyak yang tulen dan caj buruh) secara dalam talian. Laman gedung rasmi tersebut boleh dilayari di www.11street.my/promotion-page/shell-official-store

Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak kelak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, dan menghubungi bengkel untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka dari sejumlah 45 bengkel Shell Helix yang menyertai program ini.

Bersempena pelancaran ini, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Mulai 16 hingga 29 April 2018, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut menyertai trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai-untuk-wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara.
Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share anda akan dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE. Ini termasuklah tawaran hebat beli-3-percuma-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.

Mereka yang mempunyai kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000km juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

SYM VF3i kapcai cc terbesar dunia

Malam tadi SYM Malaysia memperkenalkan model terbaru mereka iaitu VF3i ke pasaran Malaysia.

SYM VF3i dilengkapi dengan enjin 185cc silinder tunggal SOHC 4-injap sejukan cecair yang merupakan kapasiti terbesar dalam kategorinya. SYM VF3i ini mematuhi piawaian Euro 3 dan menawarkan 17.7hp pada 8500 rpm, dengan transmisi 6 kelajuan.

Casisnya dilengkapi dengan sepasang fork atau topang depan teleskopik, dan diimbangi penyerap kejutan tunggal dengan gegelung spring teleskopik redaman minyak di bahagian belakang serta brek cakera tunggal 250mm yang besar di depan dan 200mm di bahagian belakang. Selain itu juga tangki bahan api 7 liter yang besar dibekalkan, sesuai untuk tunggangan jarak jauh. Rekabentuk badan aerodinamik yang direka oleh SYM membantu penunggang mengurangkan rintangan angin semasa menunggang.

Di samping itu, SYM VF3i dilengkapi dengan lampu siang DRL jenis LED yang terang di hadapan yang membolehkan SYM VF3i mudah dilihat walaupun pada hari yang cerah, sepasang lampu isyarat LED sporty dan lampu LED belakang juga disertakan. Selain itu,speedometer jentera ini dilengkapi dengan reka bentuk yang bergaya hasil gabungan digital & analog.

SYM VF3i boleh didapati dengan warna Merah, Biru & Hitam Matte (SE). Jika anda menilai harga SYM VF3 yang berpatutan ini berbanding motosikal moped yang lain dari kategori yang sama, anda mungkin kagum dengan apa yang akan anda dapat. Ia ditawarkan dengan harga asas RM7,988.00 untuk mdel standard & RM8288.00 untuk Edisi Khas (Tidak termasuk GST & bayaran lain).

SYM VF3i, "Viciously Fast"


  
  
SYM VF3i Specifications
 
 
Type
Liquid-cooled, single cylinder
Valve arrangment
 SOHC, 4 valves
Bore & Stroke
63.5 x 57.8 mm
Displacement
183 c.c.
Rated Output
13.2kW at 8500 r/min
Compression Ratio
11.1:1
Gearbox
6 - speed
Lubrication
Forced circulation and splashing
Clutch
Wet multi Disc Clutch
Fuel Supply
Electronic Fuel Injection
Certification
Euro 3
Starting
Electric
Ignition
Full Transistor Ignition  
Frame
Telescopic forks, travel 80 mm
Front Suspension
Telescopic coil spring oil damped
Rear Suspension
Single shock absorber, travel 32 mm
Front Brake
Single 250 mm disc
Rear Brake
Single 200 mm disc
Front Wheel
MT 1.85 × 17
Rear Wheel
MT 3.5 × 17
Front Tire
90/80- 17 (Tubeless)  
Rear Tire
120/70-17 (Tubeless)
Wheelbase
1290 mm
Ground Clearance
150 mm
Weight
124 Kg
Fuel Capacity
7 Litre






Fikri tawan litar basah Sepang


Fikri Rahim dari FR Racing meraih kemenangan pertama dalam Kejohanan Malaysia (MCS) berbekalkan kemahiran go-kartnya dalam perlumbaan pembukaan dalam cuaca basah Pusingan 2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Bermula dari barisan ketiga di P5, Fikri bergelut pada permulaan perlumbaan pada keadaan kering; tetapi kereta Honda Civic FD2 itu sesuai dengan keadaan basah untuk melengkapkan 18 pusingan dalam perlumbaan ketahanan selama satu jam, yang menyaksikan kehadiran kereta keselamatan (safety car) untuk jangka masa yang lama selepas hujan lebat turun di tengah-tengah perlumbaan.

"Kami telah menala kereta untuk keadaan basah dan seperti yang dijangkakan hujan memberikan kelebihan pada kami. Litar basah itu sesuai dengan pemanduan saya dengan baik kerana saya memanfaatkan sepenuhnya kemahiran go-kart saya untuk menang hari ini - perlahan di sudut dan memecut laju pada jalan lurus," katanya ketika ditemui selepas acars podium.

Rakan sepasukan Pee Sau Fan, Keifli Othman meraih tempat kedua untuk kelas Pengeluaran T. Usaha luar biasanya untuk keluar dari batas kerikil di Selekoh 15, beberapa saat selepas hujan turun lebat dan menyebabkan kereta berat meluncur masuk ke batas kerikil.

Keifli yang mengambil alih tugas pemanduan dari Pee ketika hujan turun di sekitar litar berkata bahawa dia salah mengagak kelebatan hujan dan keadaan litar basah ketika dia membrek keras 200 meter sebelum selekoh tesebut. Akid Azlee melengkapkan podium untuk kelas Touring Car.
Kenny Lee dari Kegani Racing memenangi kelas M Production (Malaysia Touring Car); melengkapkan 18 pusingan dalam 1 jam 1:07 minit 472 saat dengan Suzuki Swift untuk mengenepikan juara bertahan, Nick Mah bagi kemenangan ketiga berturut-turutnya untuk musim ini.

Berganding bahu dengan Brendon Lim, Nick terpaksa pasrah dengan tempat ketiga setelah mereka bergelut dengan cuaca basah dan 60kg berat tambahan. Brendan Paul dan CY Ong dari Dream Chaser Racing tamat kedua dalam kereta Proton Satria Neo.

Kelas Pengeluaran Stok ditawan Farouk Abdul Kaathir dari R-Engineering yang memandu Toyota Vios dan gandingan Mohd Shafiq dan Shasha Shafie mengambil tempat kedua dengan Suzuki Swift.

Perlumbaan kedua MCS dijadualkan pada pukul 2.30 petang dan juga menampilkan tiga perlumbaan dari F4 SEA Championship dan Race 2 dari Lamborghini Super Trofeo Asia dan Blancpain GT Series Asia.

Peminat boleh menyaksikan semua aksi perlumbaan secara percuma dari Grandstand Utama, atau mengikutinya secara langsung melalui SIC Facebook.

SERIES CHAMPIONSHIP SERIES 2018 - ROUND 2
Keputusan Race 1 - Top 3 Finishers

T Production (Touring Production)
1.Fikri Rahim (Honda Civic FD2) - 18 pusingan (1: 01: 07.216s)
2. Keifli Othman / Pee Sau Fan (Honda Civic FD2) 8.780s di belakang
3.Akid Azlee (Honda Civic FD2R) 13.219s di belakang

M Production (Malaysia Touring Car)
1.Kenny Lee (Suzuki Swift) - 18 laps (1: 01: 07.472s)
2. Brendan Paul / CY Ong (Proton Satria Neo) 24.871s di belakang
3. Nick Mah / Brendon Lim (Suzuki Swift) 45.044s belakang

Pengeluaran Stok 1
1. Chong Chow / Tham Yik Choob (Kejuruteraan R)
2. Mohd Nasri Said (R Engineering)
3. Muhammad Amirul Haikal

Pengeluaran Stok 2
1. Abdul Kaathir (R Engineering)
2. Mohd Shafiq / Shasha Shafie
3. Dannies Ng / Tan Seng Lock (Wing Hin Motorsports)

Yamaha TMAX530 DX dan XMAX 300 terima anugerah Red Dot

Yamaha TMax 530 DX
Komuter sports Yamaha TMAX530 DX dan skuter XMAX 300 telah menerima Anugerah Red Dot bagi Reka Bentuk Produk 2018. Penganugerahan ini merupakan tahun ketujuh dalam berturut-turut bagi produk Yamaha sejak anugerah tersebut diadakan untuk pertama kalinya pada tahun 2012.

Di samping itu, ini merupakan anugerah reka bentuk ketiga yang diterima oleh TMAX530 DX dan XMAX 300 turutan daripada Anugerah Reka Bentuk Baik 2017 dan Anugerah Rekabentuk iF 2018.

TMAX530 DX membawa gabungan dan keseimbangan antara dua gaya yang berbeza dalam satu pakej, dengan prestasi sportsnya yang membolehkan pecutan dinamik, perlambatan dan pengendalian dinamik mengikut kehendak penunggang yang seakan sama dengan motosikal sports tradisional, dan juga perjalanan selesa yang direalisasikan melalui pelbagai peralatan dan fungsi.

Komuter sports yang menawarkan perjalanan harian dan keseronokan pada hujung minggu ini telah dipelopori oleh Yamaha Motor apabila ia mengeluarkan TMAX asal pada tahun 2001. Sebagai model mewah, keselesaan diperkuatkan lagi dengan peralatan seperti kawalan kruis dan skrin laras elektronik.
Yamaha XMax 300
XMAX 300 adalah pengganti XMAX 250 yang telah menikmati ulasan dan populariti yang hebat di Eropah selama bertahun-tahun berkat ciri tunggangan yang menyeronokkan dan gaya sporty, bersama dengan gabungan keselesaan dan fungsi praktikal untuk perjalanan dalam dan luar bandar. Model baru ini menawarkan peningkatan yang lebih baik dalam keselesaan dan fungsi praktikal, sambil memberikan gaya yang berkualiti tinggi dan tangkas namun selesa, serta prestasi yang berfungsi untuk memenuhi tuntutan pemilik motosikal hari ini. XMAX 300 diletakkan di tengah-tengah siri komuter sports MAX dan sedang dilancarkan di seluruh dunia.

* Anugerah Reka Bentuk Red Dot ini dianjurkan oleh agensi Reka Bentuk Jerman, Zentrum Nordrhein Westfalen, dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu penghargaan reka bentuk yang paling berprestij di dunia. Produk dengan reka bentuk kualiti yang cemerlang dipilih setiap tahun dalam tiga kategori Reka Bentuk Produk, Reka Bentuk Komunikasi, dan Konsep Reka Bentuk.

Layari laman Web Anugerah Rekaan Motor Yamaha
https://global.yamaha-motor.com/about/design/awards/

Pantau tekanan tayar Perodua anda dengan TPMS

Peranti Pintar Pemantauan Tekanan Angin Tayar GearUp (GearUp Smart Bluetooth TPMS)
Perodua kini menawarkan Peranti Pintar Pemantauan Tekanan Angin Tayar GearUp (GearUp Smart Bluetooth TPMS) yang direka khas untuk membantu memantau tekanan angin dan suhu tayar kenderaan anda sehingga 600kPa (87 psi) dengan
memberi isyarat amaran.

Dua kaedah pemantauan.
1. Peranti Pintar In-car
2. Aplikasi Telefon Pintar*
*Sesuai dengan sistem operasi iOS 7.1 atau Android 4.3 melalui Bluetooth 4.0 ke atas.

Peranti Pintar Pemantauan Tekanan Angin Tayar GearUp membantu anda memastikan perjalanan yang lancar. GearUp Smart Bluetooth TPMS membantu anda memastikan tekanan angin tayar sentiasa ideal untuk penjimatan:
Memantau tekanan angin ideal sepanjang masa
Membantu mengurangkan penggunaan bahan api
Memanjangkan jangka hayat tayar
Membantu kecekapan brek


Peranti Pintar (TPMS) ini boleh juga dihubungkan dengan telefon pintar anda menggunakan aplikasi pintar yang dihubungkan dengan Bluetooth.

Set Peranti Pintar
• 1 unit Peranti Pintar In-car
• 4 unit Sensor
• 4 unit Kekunci Nat
• 1 unit Sepana Khas
• 2 unit Bateri AA

Pemasangan yang mudah
Sensor GearUp Smart Bluetooth TPMS hanya perlu dipasang pada injap tayardan boleh mula memantau melalui peranti pintar In-car atau telefon pintar anda.

Sistem Pemantauan Dinamik
Aplikasi FOBO Tire membolehkan pengguna memantau tekanan angin tayar kenderaan lain mereka secara serentak dalam satu masa.

Anti-kecurian
Dilengkapi dengan set kekunci dan spanar khas untuk mengelakkankecurian dan juga peranti pintar boleh dikunci dengan Aplikasi FOBO Tire.

Perkongsian Aplikasi FOBO Tire
FOBO Tire membenarkan pengguna berkongsi GearUp Smart Bluetooth TPMS dengan ahli keluarga atau rakan-rakan anda.

TPMS Smart Perodua GearUp ditawarkan pada harga pengenalan  RM385 hingga 30 Jun, berbanding harga biasa RM430 (Semenanjung Malaysia). Seperti semua aksesori GearUp, waranti 6 bulan ditawarkan.Dapatkan ia di pengedar Perodua yang berdekatan.