Yamaha TMAX530 DX dan XMAX 300 terima anugerah Red Dot

Yamaha TMax 530 DX
Komuter sports Yamaha TMAX530 DX dan skuter XMAX 300 telah menerima Anugerah Red Dot bagi Reka Bentuk Produk 2018. Penganugerahan ini merupakan tahun ketujuh dalam berturut-turut bagi produk Yamaha sejak anugerah tersebut diadakan untuk pertama kalinya pada tahun 2012.

Di samping itu, ini merupakan anugerah reka bentuk ketiga yang diterima oleh TMAX530 DX dan XMAX 300 turutan daripada Anugerah Reka Bentuk Baik 2017 dan Anugerah Rekabentuk iF 2018.

TMAX530 DX membawa gabungan dan keseimbangan antara dua gaya yang berbeza dalam satu pakej, dengan prestasi sportsnya yang membolehkan pecutan dinamik, perlambatan dan pengendalian dinamik mengikut kehendak penunggang yang seakan sama dengan motosikal sports tradisional, dan juga perjalanan selesa yang direalisasikan melalui pelbagai peralatan dan fungsi.

Komuter sports yang menawarkan perjalanan harian dan keseronokan pada hujung minggu ini telah dipelopori oleh Yamaha Motor apabila ia mengeluarkan TMAX asal pada tahun 2001. Sebagai model mewah, keselesaan diperkuatkan lagi dengan peralatan seperti kawalan kruis dan skrin laras elektronik.
Yamaha XMax 300
XMAX 300 adalah pengganti XMAX 250 yang telah menikmati ulasan dan populariti yang hebat di Eropah selama bertahun-tahun berkat ciri tunggangan yang menyeronokkan dan gaya sporty, bersama dengan gabungan keselesaan dan fungsi praktikal untuk perjalanan dalam dan luar bandar. Model baru ini menawarkan peningkatan yang lebih baik dalam keselesaan dan fungsi praktikal, sambil memberikan gaya yang berkualiti tinggi dan tangkas namun selesa, serta prestasi yang berfungsi untuk memenuhi tuntutan pemilik motosikal hari ini. XMAX 300 diletakkan di tengah-tengah siri komuter sports MAX dan sedang dilancarkan di seluruh dunia.

* Anugerah Reka Bentuk Red Dot ini dianjurkan oleh agensi Reka Bentuk Jerman, Zentrum Nordrhein Westfalen, dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu penghargaan reka bentuk yang paling berprestij di dunia. Produk dengan reka bentuk kualiti yang cemerlang dipilih setiap tahun dalam tiga kategori Reka Bentuk Produk, Reka Bentuk Komunikasi, dan Konsep Reka Bentuk.

Layari laman Web Anugerah Rekaan Motor Yamaha
https://global.yamaha-motor.com/about/design/awards/

No comments: