Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Kini boleh beli pelincir Shell di 11street

 Shell Malaysia telah melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street, bagi memudahkan rakyat seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (termasuk minyak Shell Helix pilihan anda, penapis minyak yang tulen dan caj buruh) secara dalam talian. Laman gedung rasmi tersebut boleh dilayari di www.11street.my/promotion-page/shell-official-store

Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan di Sabah dan Sarawak kelak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, dan menghubungi bengkel untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka dari sejumlah 45 bengkel Shell Helix yang menyertai program ini.

Bersempena pelancaran ini, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Mulai 16 hingga 29 April 2018, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut menyertai trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai-untuk-wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara.
Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share anda akan dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE. Ini termasuklah tawaran hebat beli-3-percuma-1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.

Mereka yang mempunyai kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000km juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

Chear Motor tawar pembelian online

Salah satu kedai motosikal yang terkenal di Malaysia adalah Chear motor. Ia merupakan sebuah syarikat milik perseorangan yang diperbadankan pada tahun 1987 di No. 27, Jalan Landasan, Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor, Malaysia.

Bermula dengan bengkel kecil untuk motosikal kecil bernama "Kedai Motor Chear". Perniagaan mereka bermula dengan menjalankan perniagaan pembaikan motosikal kecil.

Chear Motor kemudiannya berkembang menjadi perniagaan perkongsian dan mula menjual motosikal kecil. Dengan keghairahan dan kecintaan kepada motosikal, mereka telah memulakan perniagaan motosikal dengan nama Syarikat CHEAR MOTOR (HQ) SDN. BHD., sebuah syarikat terhad yang diperbadankan pada tahun 1995 dengan perniagaan pusat sehenti perdagangan motosikal, pembaikan, perkhidmatan, tuntutan, pembaharuan cukai jalan & insurans, pinjaman sewa beli yang diberikan, alat ganti, bekalan aksesori, sewa basikal dan sebagainya.

CHEAR MOTOR SDN BHD adalah pengedar dan peniaga untuk pelbagai jenama motosikal. Mereka juga merupakan pengedar dan peniaga untuk pelbagai jenama alatganti prestasi dan aksesori yang berpusat di Klang, Selangor, Malaysia.
Menjalankan perniagaan selama lebih dari 23 tahun. mereka mewakili dan menjual kebanyakan jenama motosikal serta bahagian-bahagian motosikal, alatganti prestasi dan aksesori yang bereputasi.

Syarikat ini diasaskan oleh pemilik semasa Dato' Chear Kin Keong, dan telah berkembang dari perniagaan kecil ke salah satu pengedar dan peniaga motosikal terbesar di Malaysia. Chear Motor telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan telah menubuhkan 6 cawangan yang tersebar di kawasan strategik de Malaysia.
Komited untuk menjadi peruncit dan pengedar pilihan pertama industri motosikal melalui kecemerlangan produk dan perkhidmatan, Chear Motor berusaha untuk menjadi perniagaan runcit dan pengedaran yang responsif dan inovatif yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan dan peniaga kami. Mereka juga berusaha untuk menjadi pengedar dan peniaga motosikal utama di negara ini dan pengedar yang paling baik dalam produk prestasi berprestij dalam industri motosikal.

Chear Motor turut memasarkan produk dan aksesori motosikal berkualiti dan inovatif lengkap. Menyedari bahawa terdapat permintaan bagi peralatan dan aksesori motosikal berkualiti, Chear Motor menyediakan produk-produk jenama terkemuka dunia dan mampu dimiliki oleh semua peminat motosikal.
Mereka bangga menawarkan pilihan terluas bagi paralatan dan alatganti motosikal berkualiti tinggi dan aksesori dari jenama terbaik di seluruh dunia. Dengan pilihan alat dan aksesori motosikal yang luas ini, Chear Motor kini menawarkan jualan secara atas talian atau online, dan memastikan rangkaian pengedaran mereka bersedia melayani kehendak pelanggan sepanjang masa. Pembelian secara online akan disertakan dengan penghantaran ke rumah anda. layari www.chearmotor.com.my untuk maklumat lanjut dan memudahkan pembelian anda!