Cabaran satu pengeluar cungkil bakat muda

Sama seperti musim-musim lepas, perlumbaan kategori sattu pengeluar atau one make race kekal menjadi satu lagi landasan untuk remaja belasan tahun untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba muda berpotensi selain dapat berlumbaan dengan kos yang minimum. Saingan musim 2018 menyaksikan tiga kejohanan kategori biasiswa OMR ini  dipertandingkan iaitu Cabaran Honda Wave Alpha, Yamaha PETRONAS Super Series dan Cabaran Yamaha NVX melibatkan kira-kira 60 pelumba dalam ketiga-tiga kategori.

Tahniah kepada para pemenang Pusingan 1 !
 YAMAHA NVX CHALLENGE:
1. Md Haziq Hanafi Saiful Bahri No6
Pasukan GT-MAX
2. Md Adib Kharith A Bakar No14
Pasukan TME Motorsports
3. Md zairul Kazzreen No17
Pasukan TIGA-S MOTOR


YAMAHA PETRONAS SUPER SERIES
1. Md Zafrul Nizam No18
2. Md Haziq Rosmaza No15
3. Aliff Danial No2
HONDA WAVE ALPHA CHALLENGE
1. Md Idlan Haqimi Raduan No12
2. Md Izzat Md Raduan No14
3. Md Aeiman Hafidz Shahrin No6

DS Tan Hui Jing kini Pengerusi Boon Siew Honda

Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan bahawa Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing telah dilantik menjadi Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd, berkuatkuasa 1 April 2018. Beliau menggantikan
Dato 'Seri Loh Cheng Yean telah bersara sebagai Pengerusi Lembaga, berkuatkuasa 31 Mac 2018 lepas.

Kasma kekal paling berbisa

Terpantas pada sesi kelayakan pada hari pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, juara bertahan Kasma Daniel Kasmayuddin terus membuktikan kehebatannya apabila mengungguli perlumbaan pertama musim ke-25 ini semalam.

Kasma pada awalnya dikejutkan oleh pelumba rookie dan juara CP115 musim lepas iaitu Mohd Akid Aziz yang mencatat masa terpantas ketika sesi Superpole dan seterusnya memulakan perlumbaan dari petak pertama. Namun beliau gagal mengekang kehebatan Kasma yang segera memintasnya sebaik terpadamnya lampu merah, malah gagal menamatkan pusingan pertama perlumbaan apabila menghadapi masalah teknikal.

Kasma memimpin perlumbaan dari awal lagi sehingga ke garisan penamat dan diekori rapat dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha CKJ, Ahmad Afif Amran dan Mohd Hafiz Nor Azman. Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu akhirnya  menyempurnakan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 14:54.984s dengan diikuti Afif dengan catatan masa 14:55.266s manakala Hafiz meraih podium pertamanya dalam kelas perdana di tangga ketiga dengan masa 15:01.124s.


Kasma mengakui bahawa beliau terpaksa bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan pada penghujung perlumbaan kerana berhadapan dengan saingan sengit dari Afif. Namun begitu beliau berjaya menutup segala ruang bagi mengekang cabaran Afif untuk memintas.

Dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) memulakan musim 2018 dengan cemerlang setelah muncul juara dengan masa keseluruhan 11:45.056s. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di kedudukan kedua dengan masa 11:48.459s diikuti Md Haziq Md Fairues (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) ketiga, 11:49.814s.

Sementara itu dalam kategori WIRA KBS, kemenangan menjadi milik duo SIC Junior Team AFB Tech Racing, Md Danial Syahmi dan Md Harith Haziq dengan masa keseluruhan 10:27.747s dan 10:28.421s. Tempat ketiga milik Alif Ashraf Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha) ketiga dengan masa 10:29.866s.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut hadir bagi merasmikan sambutan ulangtahun ke-25 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan pembukaan Litar Lumba Tangkak.



CP150

1 Kasma Daniel Kasmayuddin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 14:54.984s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 14:55.266s

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 15:01.124s

4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:01.350s

5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:09.121s



CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:45.056s

2. Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ 11:48.459s

3. Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:49.814s

4. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:50.054s

5. Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.567s



WIRA KBS

1. Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:27.747s

2. Harith Haziq (SGR) SIC Junior Team AFB Tech Racing 10:28.421s

3. Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha 10:29.866s

4. Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 10:34.911s

5. Daniel Fahim (PNG) Sic Junior Team AFB Tech Racing 10:39.437s

Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor tampilkan barisan menyengat

Juara berganda CP115 musim 2016 dan 2017 Md Akid Aziz akan beralih ke kategori CP150 untuk bergandingan bersama juara CP130 2017 dan juara CP150 2017, Kasma Daniel Kasmayuddin serta Mohd Ramdan Rosli, juara CP115 2010 dalam pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Penampilan kesemua para juara sebagai satu pasukan sebegini walaubagaimana pun tidak menggusarkan Akid sebagai pendatang baharu CP150, dalam menghadapi pusingan pembukaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, hujung minggu 31 Mac dan 1 April ini.

“Situasi ini agak mencabar namun pada masa sama sangat menarik. Selain bersaing sengit bersama pelumba berpengalaman yang lain, kami saling cabar-mencabar di dalam satu pasukan untuk mendapatkan yang terbaik,” jelas Akid yang juga merupakan juara Underbone 150cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017.

Tambahnya. “Walaupun bertindak selaku pelumba ‘rookie’, saya tidak tertekan kerana sudah biasa mengendalikan jentera 150cc ini di peringkat Asia, jadi saya tidak ada masalah kekok untuk beraksi dengan jentera Yamaha Y15ZR.
“Cuma, jika di Asia Road Racing, litarnya lebih lebar, jadi saya dapat menggunakan jentera ke tahap maksimum berbanding di litar Cub Prix. Litar yang lebih pendek dan selekoh yang lebih sempit dan sangat mencabar. Kalau di litar saya terpaksa ‘berlawan’ dengan Kasma dan Ramdan, namun di paddock saya akan banyak belajar dan bertanya kepada mereka.”

UMW Toyota lanjutkan kempen gantian pengembung beg udara

UMW Toyota yang merupakan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia hari ini mengumumkan lanjutan Kempen Perkhidmatan Khas (SSC) untuk menggantikan modul pengembung beg udara sisi penumpang hadapan pada Toyota Vios tertentu , Corolla Altis dan Alphard dijual di Malaysia.

Kecacatan ini dikenalpasti berpunca dari degradasi propelan yang berlaku selepas pendedahan yang berpanjangan kepada kelembapan dan suhu tinggi serta kitaran suhu yang melampau. Modul pengembung tatau inflator ini mengandungi propelan amonium nitrat yang stabil, yang tidak terurai, yang boleh menyebabkan modul itu pecah. Seandainya keadaan seperti itu berlaku, serpihan logam akan menembusi beg udara apabila ia meletus dan masuk ke dalam kenderaan pada kelajuan tinggi. Akibatnya, kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.

Kira-kira 21,000 kenderaan yang dijual oleh UMWT yang dikeluarkan dari Jan 2013 hingga Disember 2014 terlibat dalam kempen ini. SSC ini juga merupakan lanjutan kempen awal yang diumumkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC).

Alatganti yang diperlukan untuk SSC ini sedang dibekalkan oleh TMC dan sebaik sahaja alatganti ini tersedia, UMWT akan memaklumkan pemilik dan meminta mereka membawa kereta mereka ke pusat servis Toyota yang bertauliah untuk membuat gantian yang diperlukan yang memerlukan masa antara 1 hingga 3 jam. Semua kos yang terlibat untuk penggantian akan ditanggung oleh UMWT.

Keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Toyota dan sebagai pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, UMWT prihatin terhadap keselamatan pemilik Toyota yang kenderaannya terlibat dalam SSC. Oleh itu, ia menggesa pemilik kenderaan yang terlibat untuk menghubungi mana-mana pusat perkhidmatan Toyota yang bertauliah atau menelefon Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

Pemilik juga boleh melayari laman web Kempen Khas Perkhidmatan Toyota menerusi pautan ini: toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat melalui Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) Checker. Bagi mereka yang telah memuat naik Toyota Drive Apps, terdapat juga pautan ke halaman SSC Toyota dan VIN Checker.