Ramdan Rosli tawan podium 150 Cub Prix Jempol

Usaha keras pasukan akhirnya membuahkan hasil bagi Mohd Ramdan Rosli apabila berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan sulung CP150 musim 2017 pada perlumbaan pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan semalam. 

Malang bagi rakan sepasukannya yang merupakan pendahulu kedudukan keseluruhan, Kasma Daniel Kasmayudin terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan. Pencabar kasma ketika itu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) turut terjatuh namun berupaya meneruskan perlumbaan namun sekadar tamat di kedudukan ke-15. Ini merupakan kali pertama Kasma gagal menamatkan perlumbaan dan menaiki tangga utama podium musim 2017 ini dalam kesemua enam perlumbaan yang disertainya.

Ramdan dicabar Adib
Ramdan telah mempamerkan aksi cemerlang sepanjang tiga pusingan lepas termasuk dua gelaran naib juara di Selangor (Pusingan 5) dan Melaka (Pusingan 6), pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu bergelut dengan masalah gear sepanjang sesi latihan yang menyaksikannya sekadar bermula dari petak kelapan. Namun pelumba berusia 21 tahun itu menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 15’24.031s mengatasi pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) dengan kelebihan 0.388s. Md Iqbal Amri Abd Malek (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) berjaya meraih podium pertama setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 15’25.255s . 
 “Setiap sesi latihan saya menggunakan pelarasan yang berbeza-beza dan sewaktu sesi Superpole, saya masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan jentera saya. Saya mengalami masalah gear pada sesi Superpole dan terpaksa bermula dari petak kelapan,” jelas Ramdan.

Tambahnya, “Pada peringkat awal perlumbaan, saya tidak yakin mampu menamatkan saingan di atas podium. Namun selepas masuk pusingan ke-10, ditambah dengan ketiadaan rakan sepasukan, Kasma Daniel, saya berjaya berada di kelompok depan. Saya hanya mengekalkan rentak saya dan mencari peluang untuk memintas Adib. Saya gembira kerana dapat memenangi perlumbaan pertama dalam karier CP150 saya.”
Kemenangan ini meletakkan Ramdan di tangga keempat keseluruhan dengan 70 mata manakala Kasma kekal di tangga teratas dengan 125 mata. Ahmad Afif kedua dengan 100 mata manakala Ahmad Fazli Sham ketiga dengan 75 mata.

Sementara itu dalam saingan CP115, Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) meraih kemenangan kelima peribadi pada musim 2017 sekaligus semakin hampir untuk mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi pada musim lepas.
 Akid yang bermula dari petak pertama menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’50.983s diikuti Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) kedua dengan masa 11:51.333s dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) ketiga, 11:55.239s.

Selepas lapan pusingan, Akid kini mengumpul 155 mata dan hanya dua mata lagi diperlukan untuk mengesahkan gelaran keseluruhan ketika perlumbaan musim 2017 hanya berbaki dua pusingan sahaja. Rakan sepasukan Md Haziq Md Fairues berada di kedudukan kedua dengan 107 mata manakala Ahmad Syukran ketiga dengan 94 mata.

Dalam saingan Wira, Mohd Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) muncul juara dengan masa keseluruhan 9’37.095s diikuti Mohd Aiman Azman (V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing) yang meraih podium pertamanya pada musim ini muncul naib juara dengan masa 9’39.905s dan Mohd Syafieq Aiman Fauzi (Elf Koyoko KC Racing Team) ketiga, 9’43.537s.
Kemenangan di Jempol meletakkan Mohd Aiman selesa di tangga teratas dengan untuk terus 132 mata manakala Syafieq Aiman kekal di tangga kedua dengan mengumpul 110 mata. Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) yang menamatkan perlumbaan di tempat keenam kekal di tangga ketiga dengan 103 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

CP150
1 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:24.031s
2 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:24.419s
3 Md Iqbal Amri Abd Malek (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 15:25.255s
4 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 15:26.256s
5 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:29.545s

Kedudukan Keseluruhan
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 125 mata
2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 100 mata
3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata
4 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 70 mata
5 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 67 mata

CP115
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:50.983s
2 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:51.333s
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 11:55.239s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 11:55.401s
5 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 11:55.545s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 155 mata
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 107 mata
3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 94 mata
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 72 mata
5 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 66 mata

WIRA
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 9:37.095s
2 Md Aiman Azman (SGR) V-Fier Oil Legacy Motorsport Racing 9:39.905s
3 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 9:43.537s
4 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) TKKR Racing Team 9:45.486s
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 9:45.971s

Kedudukan Keseluruhan
1 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 132 mata
2 Md Syafieq Aiman Fauzi (JHR) Elf Koyoko KC Racing Team 110 mata
3 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 103 mata
4 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 87 mata
5 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 73 mata

Hafiz Syahrin naik podium GP Motegi Jepun

Hujan di Twin Ring Motegi yang dicemari tumpahan minyak semasa Moto3 sesi pemanasan menangguhkan aturan perlumbaan sebelah pagi. Motul Grand Prix of Japan bermula dalam cuaca mendung, dengan suhu berlegar sekitar tanda 15 ° C.

Hafizh Syahrin yang juga dikenali dengan nama timangannya Pescao55 menamatkan 15 pusingan perlumbaan di tempat ke-3, dengan mencatatkan masa pusingan terbaik 2m 07.172s.
"Kami yakin dalam diam sepanjang hujung minggu, dan saya hanya perlu tenang dan fokus. Perlumbaan berlangsung sempurna
dan saya sangat gembira untuk memastikan penamat podium kedua saya musim ini. Jentera saya begitu baik dan pantas sepanjang minggu, dan kami juga berjaya merakamkan kejayaan lap terpantas. Keputusan ini menaikkan semangat kami untuk terus berusaha dalam perlumbaan seterusnya bangsa. Terima kasih semua atas sokongan dan doa anda. Kami akan bekerja keras dan melakukan yang terbaik untuk membalas keyakinan dan sokongan semua peminat, rakan kongsi dan penaja kami.

Hafizh bermula P6 di GP Motegi hari ini

Hafizh Syahrin (Petronas Raceline Malaysia) terpantas dalam FP3 untuk kelas pertengahan di Twin Ring Motegi, menewaskan pencabar kejohanan Tom Lüthi (CarXpert Interwetten). Xavier Simeon (Racing Tasca Scuderia Moto2) pula yang ketiga paling cepat, dengan kemalangan untuk beberapa pelumba termasuk Franco Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) dan rakan sepasukan Alex Marquez, Takaaki Nakagami (Idemitsu Honda Team Asia) dan Lüthi. 

Hafizh Syahrin menyempurnakan sejumlah 16 pusingan dalam ujian Sesi kelayakan di Twin Ring Motegi, Jepun. Catatan masa terbaik 1m 54.362s meletakkannya di P6 untuk perlumbaan Motul Grand Prix Jepun hari ini.

Sepuluh teratas sesi kelayakan


Pos.Num.RiderNationTeamBikeKm/hTimeGap 1st/Prev.
130Takaaki NAKAGAMIJPNIDEMITSU Honda Team AsiaKalex249.91'53.776
273Alex MARQUEZSPAEG 0,0 Marc VDSKalex254.51'53.9040.128 / 0.128
397Xavi VIERGESPATech 3 RacingTech 3252.81'54.0460.270 / 0.142
454Mattia PASINIITAItaltrans Racing TeamKalex253.11'54.1390.363 / 0.093
544Miguel OLIVEIRAPORRed Bull KTM AjoKTM253.51'54.2890.513 / 0.150
655Hafizh SYAHRINMALPetronas Raceline MalaysiaKalex255.11'54.3620.586 / 0.073
711Sandro CORTESEGERDynavolt Intact GPSuter252.21'54.4090.633 / 0.047
823Marcel SCHROTTERGERDynavolt Intact GPSuter251.51'55.1811.405 / 0.772
919Xavier SIMEONBELTasca Racing Scuderia Moto2Kalex252.51'55.2201.444 / 0.039
1037Augusto FERNANDEZSPASpeed Up RacingSpeed Up250.11'55.2231.447 / 0.003

Adam di petak 13 Moto3 GP Jepun hari ini

 
#7 – Adam Norrodin

Penunggang pasukan SIC Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki akan memulakan perlumbaan Grand Prix Jepun hari ini dari petak kelima dan kelapan, selepas layak ke kedudukan ke-13 [Adam] dan ke-24 [Ayumu] semalam.
#71 – Ayumu Sasaki
 "Pagi ini kami membuat kemajuan yang sangat baik dalam FP3 dan saya telah memperbaiki hampir setiap pusingan pada minit-minit akhir tetapi kemudian pada pusingan terakhir saya telah berusaha begitu keras malangnya saya terjatuh. Walau bagaimanapun saya pergi ke kualifikasi berasa yakin. Kami bermula dengan baik dan pada satu ketika saya kelima. Kami kekal di sepuluh teratas sepanjang separuh pertama sesi. Apabila saya kembali ke padok, kami tidak mengubah apa-apa dengan motosikal, tidak juga tayar," ujar Adam selepas sesi semalam.
 
"Saya membuat beberapa pusingan baik pada separuh kedua kelayakan tetapi saya juga mempunyai beberapa perkara dengan motosikal, yang mengekang saya. Pada akhirnya kami menamatkan P13 yang bukannya begitu teruk kerana kami masih berpeluang untuk berbuat lebih baik esok. Saya agak kecewa kerana saya tahu saya boleh lakukan lebih baik tetapi bagaimanapun perlumbaan adalah apa yang saya perlu tumpu sekarang; Saya bersedia bertarung dengan keras.
"

Kasma kekal rentak cemerlang

Aksi Kasma
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa kedua terpantas dengan masa 45.817s.

Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba  terbaik dengan catatan 45.893s dan 45.910.

“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini,” jelas Kasma.

"Bagi saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim lepas."
Md Fareez Afeez mendahului cabaran CP115 esok
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing) merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik  46.661s dan 46.713s.

Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.
Anuar Ibrahim Pawi terpantas dalam Wira
KEPUTUSAN

CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 45.651s
2 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 45.893s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.910s

CP115
1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.619s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.713s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 46.721s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s

WIRA -Shootout
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.218s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 47.505s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.643s
4 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.722s
5 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.762s