Duo Indonesia dambakan podium halaman sendiri

Farhan Hendro dan Pedro Wuner
Ketegangan terasa kian meningkat untuk pasangan Indonesia Farhan Hendro dan Pedro Wuner menjelang acara FIM Asia SuperMoto Championship 2017 yang akan berlangsung kurang dari seminggu lagi.
#7 Pedro Wuner
Ia akan menjadi pentas percubaan kedua Pedro yang bertanding di halaman sendiri untuk gelaran juara. FIM Asia SuperMoto Championship selalu menjadi impian setiap pelumba SuperMoto untuk bersaing dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Pedro diberi penghormatan mewakili Indonesia untuk bersaing buat kali kedua di negara tuan rumah.

Farhan Hendro
Bagi Farhan, acara ini akan menjadi percubaan pertamanya dalam kejohanan itu. Bersaing di halaman sendiri akan lebih mudah baginya berbanding litar lain kerana beliau mudah melakukan penyesuaian dengan cuaca, persekitaran dan keadaan jalan di Indonesia.

Selain Farhan, saingan Pedro yang paling hebat dalam kejohanan itu adalah para peserta lain, terutamanya yang kini memimpin kejohanan seperti Lewis Cornish, Trakarn Thangthong, Marcel Van Drunen, Muhd ​​Habibullah dan Khairy Zakaria.

Pasukan mereka, Samarinda D'Jagung telah mendedikasikan masa dan usaha mereka untuk berlatih dan mengubah suai motosikal mereka. Perlumbaan di Indonesia akan menjadi lebih berpihak kepada peserta tuan rumah kerana mereka akan mempunyai lebih banyak akses kepada peralatan dan peralatan yang sesuai untuk persekitaran Indonesia. Ini akan menjadi peluang yang sangat baik bagi mereka untuk menunjukkan keupayaan dan profesionalisme mereka dalam SuperMoto.

The 2017 FIM Asia SuperMoto Championship - Indonesia akan berlangsung pada 14 dan 15 Oktober 2017, dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang (+7.00GMT) di The Park Mall, Kota Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia.
Farhan Hendro #162 mengekori rapat pelumba Thailand Natthapat Suksanwatthana #28

Apa ada dengan Kawasaki ZX10RR 2018?

  Apa yang anda ubah apabila motosikal anda baru sahaja memenangi tiga kejuaraan berturut turut dan akan memenangi gelaran pengeluar 2017 sekali lagi?
Jawapannya: tidak banyak.

Akhir tahun 2016 telah menyaksikan penampilan Ninja ZX10RR yang baru, yang melibatkan begitu banyak perubahan kecil sehinggakan hampir mustahil untuk membuat satu senarai lengkap, tetapi kesemua perubahan kecil itu telah berjaya mengurangkan hampir dua saat lebih cepat di sekitar litar ujian Autopolis Kawasaki sepanjang 4.673 km di Jepun.

Potensi ini telah diterjemahkan ke dalam dominasi pada kebanyakan trek yang hanya kadang kala telah mampu disaingi oleh Chas Davies yang menungang Ducati. Selain kemenangan Marco Melandri di perlumbaan kedua di litar halaman sendirinya di Misano pada bulan Jun, ia nya hampir dua tahun sejak orang lain selain dari Davis yang berjaya menamatkan perlumbaan di depan Kawasaki.

Jentera ZX10RR itu adalah hasil mengunapakai semua perkara yang telah dipelajari Kawasaki  dari perlumbaan di peringkat tertinggi sejak beberapa tahun yang lalu. Sebagai contoh, motosikal itu mempunyai kepala silinder baharu dengan kelegaan tambahan untuk memberi ruang bagi injap terangkat tinggi, dan kotak engkol diperkukuh untuk kekuatan dan ketegaran yang lebih tinggi dan peningkatan kebolehpercayaan.

Perubahan lain termasuklah ruang yang lebih sempit antara silinder supaya ketebalan dinding dapat ditingkatkan untuk ketegaran dan pemindahan atau penyesaran haba yang lebih baik.

Pelana tunggalnya, roda Marchesini ringandan pengalih gear KQS, ZX10RR bukan hanya pantas, tetapi dipercayai dalam keadaan ekstrim, dan hasil akhirnya menyaksikan seluruh dunia menyaksikan kehadiran Ninja ZX10RR 2017 yang siap siaga sepenuhnya baik untuk melayan litar secara suka suka,  mahupun untuk perlumbaan penuh pada tahap tertinggi.

Jauh berbeza dengan perubahan besar pada model tahun 2017, ZX10RR 2018 akan menampilkan kanister simpanan berwarna perak di belakang tupang atau fork hadapannya yang lebih rendah (bukan merah) dan penutup atas fork berwarna hijau (bukan merah).

Persembahan Kawasaki di World Superbike Racing nyata begitu baik sejak kebelakangan ini. Sejak permulaan hebat ZX10-R yang baharu pada tahun 2011, Kawasaki telah menjadi semakin dominan dalam siri perlumbaan motosikal WSBK yang berdasarkan penggunaan motosikal yang boleh anda beli di kedai. Tom Sykes terlepas gelaran hanya kerana ketinggalan separuh mata sahaja pada 2012, namun memenanginya pada 2013, dan terlepas gelaran dengan ketinggalan enam mata pada tahun 2014. Kedua-dua gelaran itu telah digondol Aprilia.

Sejak Jonathan Rea menyertai Kawasaki Racing Team pada awal tahun 2015, perlumbaan World Superbike telah mengambil rupa formula dengan kebanyakan perlumbaan memaparkan tema berikut: Jonathan Rea di depan, dan Tom Sykes bertarung dengan Chas Davies, Marco Melandri, Michael van der Mark, Leon Hallam, Alex Lowes atau mendiang Nicky Hayden untuk tempat di podium.

Kawasaki begitu dominan sehingga ia dapat berehat seketika menghela nafas, sementara yang lain cuba mengejar. Ninja nampaknya sangat berpeluang untuk menang 1-2 dalam kejuaraan pelumba dunia sekali lagi, dan menggondol gelaran pengeluar sekali lagi, seelah merekodkan pusingan terpantas dan menawan kedudukan petak utama lebih banyak berbanding mana-mana jenama lain pada tahun 2017. Tambahan pula, semua data yang dikumpulkan di litar di seluruh dunia pada tahun 2017 nyata akan menjadi relevan secara langsung untuk 2018.

(baca juga kisah kemenangan mereka disini)












Caj enam minit, kereta bateri Toshiba capai 320 km!

 Toshiba mendakwa telah berjaya membangunkan sebuah bateri pengecasan cepat baharu yang dikatakan akan membolehkan kenderaan elektrik atau EV (electric vehicle) untuk pergi tiga kali ganda lebih jauh dari kemampuannya kini, dan juga mampu dicaj semula diisi semula sepenuhnya dalam masa beberapa minit sahaja.

Toshiba's SCiB (Super Charge ion Battery) telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun 2007, dan banggakan mereka sebagai bateri yang mampu dicaj semula kepada 90 peratus dari kapasiti hanya dalam masa lima minit. Ia juga mempunyai jangka hayat selama 10 tahun dan menepati tahap keselamatan yang tinggi, dan telah banyak digunapakai dalam beberapa kederaan EV utama, termasuk Mitsubishi i-MiEV dan Honda Fit EV.

Bateri Toshiba SCiB semasa menggunakan anod berunsurkan lithium titanium oksida. Toshiba mengatakan ia kini telah menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk SCiB generasi akan datang iaitu dengan menggunakan anod dengan bahan baharu titanium niobium osida, yang boleh disusun dalam bentuk struktur kristal bagi menyimpan ion lithium dengan lebih cekap. Susunan baharu ini membolehkan kepadatan tenaga bertambah sebanyak dua kali ganda.

Toshiba telah menguji bateri baharu 50-Ah dan mendapati bahawa ia juga mempunyai tahap keselamatan yang sangat baik dan kitaran hayat yang panjang. Yang paling pentingnya, ia mengekalkan lebih daripada 90 peratus kapasiti selepas 5,000 kitaran caj. Penggunaannya dalam sebuah kenderaan EV kompak akan membolehkan capaian jarak 320 km selepas hanya enam minit mengecaj secara ultra pantas, iaitu sekitar tiga kali ganda jarak capaian yang ditawarkan oleh bateri lithium-ion standard yang dicaj dengan cara yang sama.

Proton Iriz dinobat Kereta Kompak Terbaik

 Proton Iriz telah dinobatkan sebagai Kereta Kompak Terbaik untuk menerima Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 yang dianjurkan Kumpulan Media The Star. Model Proton Iriz yang diperbaharui ini, yang diperkenalkan di DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, telah dikeluarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada September 2014, sejumlah 45,616 unit Proton Iriz telah terjual, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Kereta dengan penarafan keselamata 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian. Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara. Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diguna pakai oleh PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini menjadikan kereta ini lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik.

Pelanggan berpeluang memandu uji Proton Iriz diperbaharui ini dan membuat tempahan di semua cawangan PROTON Edar dan siri jelajah PROTON di seluruh negara. Iriz yang diperbaharui ini juga didatangkan dalam 4 varian - Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), di samping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih). Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, PROTON turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma*, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi ini turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

PROTON juga sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan. Lawati lokasi yang tercatat di bawah ini untuk menikmati tawaran disediakan.

Tarikh                 Lokasi
7 - 21 Okt           Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 - 27 Okt        Mydin USJ, Subang
17 - 29 Okt        Setapak Central, Kuala Lumpur
24 - 29 Okt        Wangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 Okt        IOI City, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, para pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton Official, yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple App Store.

* Servis percuma sah laku untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) termasuk alat-alat ganti, minyak enjin dan kos pekerja.-

Jonathan Rea juara tiga kali WSBK sulung


Kemenangan kejuaraan WSBK bagi kali ketiga berturut-turut telah dicapai Jonathan Rea dengan kemenangan ke-12nya musim ini, yang juga merupakan kejayaan ke-50 dalam kerjaya WorldSBKnya. Beliau mendahului kejohanan musim 2017 dari pusingan pertama lagi dan memastikan kejayaan kejuaraan utamanya selepas memenangi perlumbaan basah di Magny Cours dengan kelebihan 16 saat dari pesaing terdekatnya. Kemenangan terbaharu Rea dalam keadaan litar basah dan licin yang berubah ubah pusingan demi pusingan apabila langit muncul cerah setelah hujan lebat semalaman, namun gerimis turun secara tiba-tiba dan perlahan-lahan semakin lebat pusingan demi pusingan.
Prestasi kukuh Rea dengan Kawasaki Ninja ZX-10RR menjadikan beliau pelumba pertama dalam sejarah 30 tahun WorldSBK untuk memenangi tiga gelaran juara WSBK secara berturut-turut. Rea membuat permulaan sensasi dari petak utama untuk akhirnya tamat 16.3 saat di hadpan Marco Melandri.
Beliau merayakan kejayaan kejayaan kejayaan terbarunya dengan logo tombak bercabang tiga, melambangkan tiga kejohanan berturut-turut dan reka bentuk topi keledar warna keemasan khas, sebelum kembali ke lorong pit untuk meraikan pencapaian bersejarahnya dengan pasukannya dan kakitangan KHI.