Caj enam minit, kereta bateri Toshiba capai 320 km!

 Toshiba mendakwa telah berjaya membangunkan sebuah bateri pengecasan cepat baharu yang dikatakan akan membolehkan kenderaan elektrik atau EV (electric vehicle) untuk pergi tiga kali ganda lebih jauh dari kemampuannya kini, dan juga mampu dicaj semula diisi semula sepenuhnya dalam masa beberapa minit sahaja.

Toshiba's SCiB (Super Charge ion Battery) telah wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun 2007, dan banggakan mereka sebagai bateri yang mampu dicaj semula kepada 90 peratus dari kapasiti hanya dalam masa lima minit. Ia juga mempunyai jangka hayat selama 10 tahun dan menepati tahap keselamatan yang tinggi, dan telah banyak digunapakai dalam beberapa kederaan EV utama, termasuk Mitsubishi i-MiEV dan Honda Fit EV.

Bateri Toshiba SCiB semasa menggunakan anod berunsurkan lithium titanium oksida. Toshiba mengatakan ia kini telah menghasilkan sesuatu yang lebih baik untuk SCiB generasi akan datang iaitu dengan menggunakan anod dengan bahan baharu titanium niobium osida, yang boleh disusun dalam bentuk struktur kristal bagi menyimpan ion lithium dengan lebih cekap. Susunan baharu ini membolehkan kepadatan tenaga bertambah sebanyak dua kali ganda.

Toshiba telah menguji bateri baharu 50-Ah dan mendapati bahawa ia juga mempunyai tahap keselamatan yang sangat baik dan kitaran hayat yang panjang. Yang paling pentingnya, ia mengekalkan lebih daripada 90 peratus kapasiti selepas 5,000 kitaran caj. Penggunaannya dalam sebuah kenderaan EV kompak akan membolehkan capaian jarak 320 km selepas hanya enam minit mengecaj secara ultra pantas, iaitu sekitar tiga kali ganda jarak capaian yang ditawarkan oleh bateri lithium-ion standard yang dicaj dengan cara yang sama.

No comments: