Proton Iriz dinobat Kereta Kompak Terbaik

 Proton Iriz telah dinobatkan sebagai Kereta Kompak Terbaik untuk menerima Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 yang dianjurkan Kumpulan Media The Star. Model Proton Iriz yang diperbaharui ini, yang diperkenalkan di DRB-HICOM Autofest pada Mei 2017, telah dikeluarkan secara rasmi pada 5 Jun 2017.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada September 2014, sejumlah 45,616 unit Proton Iriz telah terjual, menjadikannya salah satu model Proton paling popular. Iriz juga telah memenangi pelbagai anugerah seperti Kereta Kompak Tahunan dan Anugerah Pilihan Rakyat di NST Car of the Year 2014, Reka Bentuk Perindustrian Terbaik 2015 oleh Perbadanan Harta Intelek, Kereta 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik di Malaysia pada Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016 dan Kereta Bajet Terbaik di Anugerah Tahunan Kereta ASEAN 2016.

Kereta dengan penarafan keselamata 5-Bintang ASEAN NCAP Paling Mampu Milik ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dalam semua varian. Ini termasuk kawalan kestabilan elektronik (ESC) dengan kawalan cengkaman, sistem brek anti-kunci (ABS) dengan kuasa-brek Elektronik (EBD), bantuan brek, bantuan kawalan cerun (HHA) dan sistem peringatan pemakaian tali pinggang (SBR). Bagi varian Premium, model ini dilengkapi dengan 6 beg udara, manakala varian Standard dan Eksekutif pula dilengkapi dengan 2 beg udara. Melengkapi ciri-ciri keselamatan kereta ini ialah Hot Press Forming (HPF), yang merupakan teknologi Jerman yang diguna pakai oleh PROTON. Struktur HPF boleh mencapai sehingga 5 kali lebih kekuatan dari logam biasa. Ini menjadikan kereta ini lebih kukuh dan yang lebih penting, menguatkan kabin penumpang untuk perlindungan yang lebih baik.

Pelanggan berpeluang memandu uji Proton Iriz diperbaharui ini dan membuat tempahan di semua cawangan PROTON Edar dan siri jelajah PROTON di seluruh negara. Iriz yang diperbaharui ini juga didatangkan dalam 4 varian - Standard 1.3L (MT & CVT), 1.3L Eksekutif CVT dan 1.6L Premium CVT, berharga dari RM43,800 hingga RM58,800, dan boleh didapati dalam dua pilihan warna baharu, Ruby Red (merah) dan Carnelian Brown (perang), di samping warna-warna Iriz sedia ada iaitu Graphite Grey (kelabu), Atlantic Blue (biru) dan Cotton White (putih). Sepanjang bulan Oktober 2017 ini, PROTON turut memperluaskan Kempen 5-Nilai Hebat yang menawarkan Servis 5 tahun percuma*, waranti selama 5 tahun atau 150,000km (mana-mana yang terdahulu) serta model-model Proton terpilih yang memiliki penarafan keselamatan 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Pemilik kereta Proton sedia ada juga boleh menikmati Bonus Kesetiaan sebanyak RM1,000 tambahan kepada promosi semasa apabila membeli kereta Proton baharu, dan promosi ini turut ditawarkan kepada ahli keluarga mereka.

PROTON juga sedang mengadakan siri jelajah di seluruh negara yang meliputi pusat membeli-belah dan lokasi-lokasi lain untuk mendekati para pelanggan. Lawati lokasi yang tercatat di bawah ini untuk menikmati tawaran disediakan.

Tarikh                 Lokasi
7 - 21 Okt           Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang
13 - 27 Okt        Mydin USJ, Subang
17 - 29 Okt        Setapak Central, Kuala Lumpur
24 - 29 Okt        Wangsa Walk, Kuala Lumpur
25 – 30 Okt        IOI City, Putrajaya

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel kepada kami di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial. Untuk kemudahan tambahan, para pengguna boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton Official, yang boleh didapati melalui Google Play Store dan Apple App Store.

* Servis percuma sah laku untuk 5 tahun atau 100,000km (yang mana terdahulu) termasuk alat-alat ganti, minyak enjin dan kos pekerja.-

No comments: