KTM Duke 250 dan 390 bagi 2017 kini tiba



KTM Malaysia malam ini mengumumkan kedatangan 250 Duke dan 390 Duke yang baharu.
Siri motosikal Duke  yang terdiri dari Duke 200, 250 dan Duke 390 merupakan model jualan terbaik di Malaysia sejak tahun 2012 dan telah menguasai pasaran motosikal ringan. Reka bentuk agresif, ringan, pengendalian, kuasa dan teknologi Duke mengatasi pesaingnya dan dianggap hebat oleh ramai penunggang.



Mengetuai rangkaian baharu bagi 2017 ini ialah Duke 390. Kuasanya yang mendebarkannya itu menjadi kegemaran disamping tunggangan yang mengujakan. Duke 390 2017 ini lebih berkuasa di bawah rekabentuk badannya yang baharu, dengan enjin yang menjana 44 hp dan 37 Nm.

Pendikitnya kini dikawal dengan wayar (Ride-by-Wire) yang tidak lagi memerlukan kabel pendikit untuk tindak balas pendikit yang lebih licin. Kuasa disalurkan melalui cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist) yang bukan sahaja menghilangkan getaran semasa penurunan gear yang agresif tetapi juga menekan plat klac bersama untuk meminimumkan kehilangan kuasa apabila mengilas pendikit dengan kasar. Cakera brek depan 320mm lebih besar dan sistem ABS BOSCH memastikan kuasa hentian yang lebih selamat walaupun dalam keadaan yang sukar.





Duke 390 dibekalkan paparan pelbagai fungsi baharu yang merupakan konsol paparan TFT berbilang warna berkemampuan pepasangan Bluetooth dengan telefon pintar dan boleh dikawal dari hendal, yang merupakan perintis dalam kelasnya. Duke 390 ini juga buat pertama kalinya didatangkan dengan lampu utama LED radikal baharunya yang serupa dengan lampu Super Duke R.


Duke 250 baru juga telah menerima penambahbaikan yang agresif. Enjin Duke 250 kini mengeluarkan 30 bhp dan dipasangkan dengan transmisi cekam atau klac gelincir berbantu (slip and assist), kesemuanya disokong kerangka yang ringan. Tupang hadapan adalah dari pakar suspensi White Power atau WP, yang memaparkan kartrij terbaharunya dengan teknologi terkini yang terdiri daripada peralatan yang sedikit dan ini membuatnya lebih ringan, lasak dan berprestasi tinggi dalam semua spektrum keadaan.



Duke 250 baharu kini direka bentuk secara agresif sebagai saudara Super Duke R 1290, selain reka bentuknya yang unik. Kedudukan menunggang yang agresif mempercepatkan nadi penunggang ke mod perlumbaan, dan tangki bahan api lebih besar dibekalkan untuk simpanan lebih banyak, sementarapelana baharunya adalah selesa untuk penunggangan sporty serta perjalanan berpembonceng.

Kedua-dua KTM Duke 250 dan KTM Duke 390 baharu ini boleh didapati dalam dua warna. Harga runcitnya termasuk GST adalah Rm21,730 bagi KTM Duke 250, manakala KTM Duke 390 pula ditawarkan pada harga RM28,800

Galeri Duke 390








Galeri Duke 250




 

Sekitar pameran Frankfurt Motor Show 2017


Frankfurt Motor Show 2017 akan tamat hujung minggu ini setelah mempamerkan koleksi kereta, trak, van, pengangkutan bandar, teksi terbang, kereta konsep, kereta sports, van perkelahan, trak dan SUV, kereta klasik, tiga roda dan banyak lagi kenderaan lain.

Frankfurt Motor Show 2017 sering dilihat sebagai pentas penampilan pertama atau debut dan pratonton teknologi canggih dan idea baharu (kadang-kadang pelik) dalam dunia mobiliti. Pertunjukan itu telah menjadi tuan rumah segala-galanya, dari penampilan pertama pada supercar F1 Mercedes-AMG, kepada kereta terbaharu dan pengangkutan VTOL, ke kereta Renault yang bersepadu dengan rumah anda dan Audi pemanduan kendiri.

Teknologi lojikuasa elektrik juga menjadi antara tajuk cerita utama, dengan Volkswagen menjanjikan untuk melabur €6 bilion (AS$ 7.2 bilion) dalam segmen mobil elektrik elektrik dalam tempoh lima tahun akan datang, Honda menyatakan bahawa setiap model kereta Eropah yang baru akan menampilkan teknologi kuasa tinggi, jenama Jepun baru Aspark menampilkan apa yang mungkin menjadi kereta jalanan paling cepat di dunia (walaupun bukan yang paling cepat dari 0-100), dan pemain utama seperti Mercedes dan BMW memaparkan evolusi konsep terbaru dalam program pembangunan elektrik mereka.

Kita layan gambar gambar pameran tersebut.







































NAZA henti edar Harley-Davidson

 Naza Prestige Bikes Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat konglomerat automotif terkemuka NAZA World Group,  telah memutuskan untuk menghentikan pengedaran Harley-Davidson.

Ini merupakan kali ketiga jenama tersebut berhenti diwakili secara rasmi di Malaysia, setelah mulai di wakili oleh Harley-Davidson of Malaysia Sdn Bhd yang beribu pejabat di Petaling Jaya Selangor dan kemudiannya diambil alih oleh Harley-Davidson Of Malaysia (2002) Sdn Bhd yang beroperasi dari Bandar Sunway, Subang Jaya Selangor.

Naza World Group akan memberi tumpuan kepada jenama dua rodanya yang lain iaitu Indian motorcycles, Ducati, Aprilia, Piaggio, Vespa dan Naza Bikes sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan masa hadapannya untuk segmen dua roda.

Yamaha Xmax 300 diperkenal ke Amerika Syarikat

 Mungkinkah  skuter XMax versi 292cc akan tiba di sini? Model tersebut kini akan ke Amerika Syarikat, sebagai sebahagian dari barisan skuter 2018 mereka di sana yang terdiri dari SMax 155, Zuma 125 dan 49cc Zuma 50F, Zuma 50FX dan juga Vino Classic. Yamaha XMax akan tiba di sana pada Oktober ini dan dijual di sana pada harga USD$5,599.
Yamaha XMax telah ditawarkan di Eropah selama beberapa tahun dalam versi 125, 250, 300 dan 400. Versi 300 adalah saiz enjin terbaharu, yang diperkenalkan di sana pada tahun lepas dan akhirnya akan dipasarkan di A.S. untuk 2018.

XMax dikuasakan oleh enjin satu silinder 292cc SOHC sejukan  cecair dengan suntikan bahan api. Yamaha tidak mendedahkan angka prestasi untuk model ini tetapi model Eropah didakwa mampu menjana 27.6 hp pada 7250 rpm dan 21.4 lb-ft. pada 5750 rpm. Yamaha menyatakan XMax dengan tangki 12.8 liter penuh mampu mencapai sejauh 410 km bagi tiap tangki penuh.
Enjinnya menggunakan pengimbang balas untuk mengurangkan getaran sementara silinder 'offset' dan sistem pelincir separa kering membantu mengurangkan geseran dalaman. Kuasa dipindahkan ke roda belakang melalui CVT dan talisawat pemacu. XMax juga dilengkapi dengan sistem kawalan daya cengkaman (traction control) yang memotong kuasa apabila mengesan roda belakang tergelincir.

Di depan, XMax menggunakan garpu teleskopik 33mm yang boleh dikira agak besar untuk skuter dengan jarak gerakan roda sebanyak 4.3 inci. Roda belakang diapung oleh penyerap kejutan berkembar yang menawarkan gerakan roda sebanyak 3.1 inci. Roda depan 15 inci dan roda belakang 14-inci disesuaikan dengan tayar Dunlop Scoot Smart. Cakera 267mm dipasang ke roda depan manakala brek belakang menggunakan cakera 245mm, dengan sistem brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard.
Kawasan simpanan barangan bawah pelana dilengkapi dengan pencahayaan LED dan boleh menyimpan dua topi keledar penuh muka. Penghadang depan juga mempunyai dua ruang simpanan yang lebih kecil, dan dilengkapi sebuah outlet 12V.

Ciri lain termasuk sistem kunci pintar, pencahayaan lampu LED, hendal boleh laras dan cermin, dan berat badan sebanyak 180 kg. Agak berat juga ya.....

Saksikan video di bawah untuk liputan Yamaha XMax 300 dari AIMExpo.


2018 Spesifikasi Yamaha XMax
Jenis enjin 4-lejang sejukan cecair, silinder tunggal SOHC; 4 injap
Sesaran 292 cc
Gerek & Lejang 70.2 x 75.9 mm
Nisbah Mampatan 10.9: 1
Suntikan bahan api
Pencucuhan TCI
Penghantaran CVT
Hantaran akhir Talisawat V-Belt
Suspensi depan Tupang/fork teleskopik 33mm
Suspensi Belakang Dwi penyerap kejutan
Gerakan roda depan naik turun 4.3 in.
Gerakan roda belakang naik-turun 3.1 in.
Tayar Depan 120 / 70-15 Dunlop Scoot Smart
Tayar Belakang 140 / 70-14 Dunlop Scoot Smart
Tapak roda 56.3 in.
Brek depan Hidraulik cakera, 267mm; ABS
Brek belakang Hidraulik cakera, 245mm; ABS
Kapasiti Bahan Api 13 liter.
Panjang 86.0 in.
Lebar 30.5 in.
Ketinggian 55.7 in.
Sudut capai (rake)/Jejak (Trail) 26.5°/3.7in.
Kelegaan bumi 5.3 in.
Ketinggian pelana 31.3 in.
Berat basah 180 kg
Warna Putih terang