Goodyear lancarkan Tayar SUV EfficientGrip

• Tayar SUV EfficientGrip Performance atau Cekap Cengkaman Baharu janjikan pemanduan lebih tenang, lebih selesa dengan prestasi pemanduan basah

Segmen SUV jelas memperlihatkan pertumbuhan pasaran, dan dijangka meningkat dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 26% dari tahun 2012 hingga 2017 di Asia Pasifik. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, Goodyear telah memperkenalkan tayar SUV Prestasi EfficientGrip sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meneruskan inovasi dan pembangunan tayar berprestasi tinggi.

Goodyear baru baru ini telah melancarkan tayar kegunaan jalanraya terbaharunya bagi segmen kenderaan SUV mewah iaitu Efficient Grip Performance SUV, dalam satu acara serantau yang diadakan di Buriram, Thailand hujung Julai lepas. EfficientGrip Performance SUV ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman memandu yang lebih senyap dengan keselesaan maksimum dan prestasi membrek luar biasa di jalan basah.

Tayar EfficientGrip Performance SUV ini dibekalkan dengan teknologi tayar canggih, termasuklah teknologi QuietTred mereka. Reka bentuk bunga api yang terserlah berinovatifnya mempunyai peningkatan bilangan lorong dan ulangan yang dioptimumkan, ditambah pula dengan reka bentuk alur bahu tertutup untuk menyampaikan prestasi tenang yang optimum. Tayar ini juga dilengkapi dengan Teknologi FlexContact, yang direka dengan lapisan kusyen penyerap kejutan yang dibuat dari rumusan yang dioptimumkan bagi menjanjikan pemanduan yang lebih selesa. Teknologi ini digandingkan dengan polimer polimer inovatif baru untuk meningkatkan cengkaman dalam keadaan jalan basah bagi memastikan prestasi basah yang unggul dalam cuaca yang tidak menentu di rantau ini.

Bagi pasaran Malaysia, tayar SUV Goodyear EfficientGrip yang baharu ini akan ditawarkan dalam variasi diameter rim 17" hingga 20, dengan 20 saiz tersedia. Pengguna boleh membeli tayar SUV EfficientGrip Performance di kedai Goodyear Autocare atau Servitekar, serta pengedar Goodyear di seluruh negara mulai Oktober 2017 ini.


Tekno-MotoRev: Pandai tukar gear tanpa guna klac?

Bagi yang belum pernah mencuba teknik ini, ia mungkin sesuatu yang dirasakan sukar atau boleh merosakkan kotak gear. Namun ia sebenarnya agak mudah tetapi kurang digunakan oleh penunggang. paling tidak, ia harus dipelajari agar anda tidak akan tersadai di tepi jalanraya jika kabel klac anda putus atau klac hidraulik anda mengalami kebocoran.
Tukaran gear tanpa klac adalah teknik yang tidak digunakan pelumba muda atau penunggang baharu. Mngkin kerana sudah terbiasa menunggang menggunakan klac teutamanya jika banyak menunggang dalam bandar, atau penunggang yang merasakan mereka meningkatkan potensi untuk kerosakan gear, transmisi atau penghantaran, atau mungkin juga mereka hanya menganggap ia nya tidak perlu.

Walau apa pun, kemahiran menunggang ini adalah agak mudah dipelajari dan mungkin juga salah satu kemahiran yang paling diabaikan oleh pelumba yang baru menceburkan diri di litar lumba.

Ia adalah satu teknik yang telah digunakan selama bertahun-tahun, dan telah digunakan oleh penunggang veteran dalam Grand Prix 500 seperti Eddie Lawson dan Wayne Gardner dahulu. Ketika itu peralatan elektronik yang membuat peralihan gear seperti yang terdapat hari ini (quickshifter) masih belum lagi wujud.

Selain amat memuaskan hati apabila mampu melakukannya dengan betul, ada beberapa manfaat yang sebenar untuk menggunakan teknik tukaran gear tanpa klac. Ia nya bukan sekadar menjimatkan masa psingan lap anda, malah akan memberikan kelebihan dalam perlumbaan apabila berjaya mendapat gear yang betul pada masa yang tepat.

Apabila anda menyendeng di sisi motosikal ketika menangani selekoh, tangan kiri dan lengan anda tidak selalu berada dalam kedudukan terbaik untuk membolehkan anda mengendalikan klac dengan mudah. Peralihan gear tanpa klac ketika keadaan sebegini akan membebaskan dari keperluan mmikirkan terlalu banyak perkara, dan anda kini mampu memberi perhatian kepada perkara lain yang lebh penting tanpa perlu koordinasi menarik klac, memasukkan gear dan melepaskan klac.

Ia juga kurang mengganggu keadaan dan posisi motosikal, dan ia nya begitu lancar dan memastikan  bahawa segala-galanya tetap lancar dan kemas, walaupun ketika menukar gear. Penukaran gear dengan klac dan kembali pada kedudukan pendikit semula tentunya akan memberi kesan ke atas kestabilan motosikal jika tidak dilakukan dengan lancar.

Peralihan gear tanpa klac di jalan lurus tidaklah benar-benar menjadi masalah, tetapi ketika menyendeng di selekoh kita tentunya tidak ingin mengalami masalah kestabilan jentera.

Jadi bagaimana harus kita melakukan peralihan atau penukaran gear tanpa klac ini?

Untuk memudahkan pemahaman, bayangkan anda sedang menunggang di lurusan sambil memerhatikan jarum rpm di meter ataupun yang lebih baik lagi, cuma perlu mendengar derumannya dengan telinga, bagi menentukan tahap rpm yang anda inginkan sebelum mengalih atau menukar gear.


Langkah 1 - apabila jentera anda menghampiri tahap rpm yang anda inginkan, kenakan sedikit tekanan kepada tuil gear anda. Ketika ini walaupun di tekan, gear tidak akan masuk, tekan sedikit keras tetapi tak perlu memaksa. Kekalkan tekanan ini.

Langkah 2 - Apabila rpm jentera anda mencapai tahap yang anda ingnkan, lepaskan atau kurangkan/tutup pendikit sedikit, dan kemudiannya kilas semula kembali ke kedudukan pendikit sebelumnya. PENTING: Anda tidak perlu melepaskan atau menutup pendikit sehingga habis, hanya cukup sekadar melepaskan bebanan pusingan enjin pada gear penghantaran.

Pada ketika anda menutup pendikit ini, tuil gear ayang anda tekan tadi akan memasukkan gear dengan sendirinya! Itu sahaja!

Tekanan yang cukup pada tuil gear yang telah anda buat itu sudah cukup untuk mengalihkan gear saat anda melepaskan pendikit, dan akan membolehkan gear seterusnya untuk masuk sebelum anda mengilas pendikit kembali.

Setelah berjaya mengalihkan gear, alihkan tekanan dari tuil gear dan bersiap sedia untuk peralihan gear seterusnya.

Anda mungkin perlu berlatih beberapa kali sebelum mendapat peralihan yang lancar, tetapi ia adalah agak mudah dan tidak seharusnya mengambil masa yang lama. Dan apabila anda mendapat teknik yang betul, akan terasa betapa manisnya!

Anda juga perlu mengambil kira bahawa motosikal yang berbeza akan memerlukan pelbagai tahap peralihan dan tekanan tuil serta pergerakan pendikit, tetapi anda akan tahu bila anda melakukannya dengan betul kerana motosikal akan memasuki gear seterusnya tanpa menyentap atau mengalami penurunan kelajuan.

Selamat mencuba!

Ducati Memperkenalkan Dua Model Terbaru


Baru baru ini Ducati telah memperkenalkan dua model mereka yang terbaru di Art Of Speed 2017. Dua model terbaru ini adalah Ducati Scrambler Desert Sled dan Ducati Scrambler Cafe Racer.

Ducati Scrambler Desert Sled berharga RM 68,899 temasuk GST






Ducati Scrambler Cafe Racer berharga RM 68,899 termasuk GST





Superbikers Association of Malaysia (SAM) Media Ride pada 22 & 23 Julai 2017 dari Kuala Lumpur ke Perlis memberi peluang mengenali lebih rapat dengan masyarakat





Tujuan program ini adalah untuk merapatkan antara pihak media,SAM dan masyarakat serta menyalurkan maklumat bagi menjayakan program himpunan 6 ribu penunggang pelbagai model & c.c motorsikal di Putrajaya pada 10hb Sept 2017 yang di kenali sebagai MERDEKA RIDE 2017 (MR17) bagi menonjolkan peranan pemilik motorsikal berkuasa tinggi sebagai ikon kepada masyarakat. Sesuai dengan tema Hari Kebangssan 2017 Negaraku Sehati Sejiwa.

Program Merdeka Ride 2017 akan bermula di Jeli, Kelantan dgn menghimpun 600 penunggang motorsikal berkuasa tinggi yg akan dibahagi kpd 2 kumpulan untuk menuju ke Putrajaya melalui zon Utara & Selatan. Setiap peserta akan di letakkan di dalam keluarga angkat pada setiap destinasi yang akan di lawati di kampung-kampung tradisi. Program yang akan mendekatkan antara masyarakat kampung dan bikers di harap akan memberi lebih makna dalam mendalami semangat Kemerdekaan untuk terus bebas merdeka selari dengan 60 tahun kalahiran tanah air.






























Pusat Servis Terbaru Sky Team di Serdang, Selangor


Baru baru ini satu pusat servis yang baru telah dibuka bagi memudahkan pemilik motorsikal jenama Sky Team di kawasan Selangor menghantar motosikal mereka. Antara jenama Sky Team yang boleh dihantar adalah Sky Team Ace 125, Sky Team PBR 110 Mini Motor dan Sky Team Lady 110.

Alamat pusat servis terbaru ini adalah Gear Nation, No 7, Ground Floor, Jalan SR 1/4, Taman Serdang Raya 43300 Seri Kembangan, Selangor dan boleh dihubungi di talian 03-89591370.

Lokasi peta boleh didapati di https://goo.gl/maps/ckfR8MzKvGz