Goodyear lancarkan Tayar SUV EfficientGrip

• Tayar SUV EfficientGrip Performance atau Cekap Cengkaman Baharu janjikan pemanduan lebih tenang, lebih selesa dengan prestasi pemanduan basah

Segmen SUV jelas memperlihatkan pertumbuhan pasaran, dan dijangka meningkat dengan kadar pertumbuhan kompaun tahunan sebanyak 26% dari tahun 2012 hingga 2017 di Asia Pasifik. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini, Goodyear telah memperkenalkan tayar SUV Prestasi EfficientGrip sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meneruskan inovasi dan pembangunan tayar berprestasi tinggi.

Goodyear baru baru ini telah melancarkan tayar kegunaan jalanraya terbaharunya bagi segmen kenderaan SUV mewah iaitu Efficient Grip Performance SUV, dalam satu acara serantau yang diadakan di Buriram, Thailand hujung Julai lepas. EfficientGrip Performance SUV ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang inginkan pengalaman memandu yang lebih senyap dengan keselesaan maksimum dan prestasi membrek luar biasa di jalan basah.

Tayar EfficientGrip Performance SUV ini dibekalkan dengan teknologi tayar canggih, termasuklah teknologi QuietTred mereka. Reka bentuk bunga api yang terserlah berinovatifnya mempunyai peningkatan bilangan lorong dan ulangan yang dioptimumkan, ditambah pula dengan reka bentuk alur bahu tertutup untuk menyampaikan prestasi tenang yang optimum. Tayar ini juga dilengkapi dengan Teknologi FlexContact, yang direka dengan lapisan kusyen penyerap kejutan yang dibuat dari rumusan yang dioptimumkan bagi menjanjikan pemanduan yang lebih selesa. Teknologi ini digandingkan dengan polimer polimer inovatif baru untuk meningkatkan cengkaman dalam keadaan jalan basah bagi memastikan prestasi basah yang unggul dalam cuaca yang tidak menentu di rantau ini.

Bagi pasaran Malaysia, tayar SUV Goodyear EfficientGrip yang baharu ini akan ditawarkan dalam variasi diameter rim 17" hingga 20, dengan 20 saiz tersedia. Pengguna boleh membeli tayar SUV EfficientGrip Performance di kedai Goodyear Autocare atau Servitekar, serta pengedar Goodyear di seluruh negara mulai Oktober 2017 ini.


No comments: