Beg Udara Mempunyai Jangka Hayat Terhad?


Turutan dari kejadian kemalangan maut yang menimpa beberapa model kenderaan seluruh dunia, sudah diketahui umum bahawa salah satu puncanya ialah kerosakan yang terjadi kepada bekas peletus beg udara itu yang pecah dan menjadi projektil kecil. Ia nya rosak disebabkan hakisan dan juga karat akibat wap air dalam udara setelah sekian lama. Penggunaan ammonium nitrat sebagai bahan peledak, rekabentuk binaan peletus Takata dan pendedahan kepada haba dan kelembapan telah menyebabkan bekas peletus itu pecah.

Ini mewujudkan persoalan sampingan: Adakah Beg Udara Mempunyai Jangka Hayat Terhad? Dan bagaimana dengan beg udara dalam kenderaan yang agak berusia?


Berapakah usia kereta anda? Apakah beg udara anda masih dalam keadaan baik, terutamanya bagi kereta yang telah dibaikpulih atau reconditioned?

Malah, ada kereta mempunyai label amaran besar yang menyatakan bahawa "sistem beg udara anda perlu diperiksa oleh pusat servis bertauliah selepas 10 tahun." Label sistem amaran seperti yang terdapat pada Subaru Outback tahun 2001.

Namun begitu, secara amnya selagi lampu amaran padam beberapa saat selepas suis dihidupkan maka ia menandakan bahawa semua sistem adalah dalam keadaan baik dan mungkin tidak memerlukan apa-apa pemeriksaan oleh pusat servis anda.

Segalanya mungkin bukan sesuatu yang anda perlu bimbangkan, bagaimanapun, ada beberapa maklumat mengenai sistem beg udara anda yang anda perlu ketahui mengenai perkara ini.

Pertama, mari kita lihat beg udara atau sistem kekangan tambahan (SRS: supplemental restraint system) dan bagaimana ia berfungsi. Sistem beg udara terdiri daripada: sensor kemalangan yang diletakkan di lokasi strategik di seluruh kenderaan itu; unit kawalan pusat; beg udara itu sendiri dan pencekang tali pinggang keledar. Beg udara dan pencekang tali pinggang keledar diaktifkan oleh isyarat elektrik, yang dihantar dari unit kawalan semasa perlanggaran. Ia mencetuskan caj letupan serta-merta bagi mengembungkan beg udara dan mengetatkan tali pinggang keledar.

Sistem kekangan tambahan SRS ini telah berkembang sejak dari kenderaan hanya mempunyai satu beg udara sahaja untuk melindungi pemandu. Ia telah dipasang hanya pada kereta mewah mahal secraa am nya, kecuali beberapa model Chevrolet Impala terpilih yang dilengkapi dengan beg udara sebagai pilihan, dalam tahun 1970-an. Hari ini, boleh dikatakan hampir semua kereta mempunyai beg udara bagi penumpang depan dan banyak kenderaan mempunyai beg udara sisi berganda dan beg udara di tempat duduk belakang. Beg udara ini berkerja dengan pencekang tali pinggang keledar yang menarik ketat tali pinggang keledar anda apabila beg udara diaktifkan.

Oleh itu sistem beg udara anda adalah lebihkurang seperti insurans kecacatan atau penyakit kritikal: ia nya merupakan sesuatu yang anda harap tidak perlu digunakan, tetapi jika dan bila anda memerlukannya, ia perlu berfungsi dengan baik seperti sepatutnya.

Jadi apa masalahnya dan bagaimana pula dengan amaran 10 tahun itu? Pertama sekali, mari kita lihat apa yang boleh gagal. Sistem beg udara mempunyai banyak komponen elektrik dan ini dipantau secara berterusan oleh unit kawalan. Jika apa-apa kebimbangan berlaku ia akan menyebabkan nyalaan lampu amaran pada panel instrumen anda. Sekiranya nyalaan lampu amaran ini kekal di selepas  suis kenderaan dihidupkan, ada berkemungkinan bahawa beg udara anda tidak akan berfungsi sekiranya berlaku perlanggaran. Apa yang tidak mampu dipantau sistem kawalan kereta anda adalah komponen sistem letusan beg udara itu.

Namun apa yang pastinya adalah bahawa jika lampu amaran airbag anda menyala selepas anda mula kereta anda maka semua komponen elektrik sistem kekangan tambahan SRS anda seharusnya berfungsi dengan baik. Apa yang tidak pasti sama adalah, selepas bertahun-tahun, adakah komponen bahan letupan dalam beg udara dan pencekang tali pinggang keledar akan berfungsi. Satu-satunya cara bagi menjadi 100% pasti adalah dengan menggantikan mereka. Bagaimanapun, ini akan menjadi satu prosedur yang sangat mahal yang mungkin berharga ribuan ringgit.

Walaupun secara amnya dianggap seolah-olah bahawa bahagian letusan beg udara dibuat untuk bertahan bagi masa yang lama. Satu eksperimen telah dilakukan di mana sebuah kerea Impala 1972 telah dijadikan bahan ujian perlanggaran, dan beg udara didapati berfungsi dengan sepatutnya. Begitu juga, data terkumpul di Amerika Syarikat setakat ini belum menjumpai beg udara dipasang pada awal tahun 1990an telah gagal untuk berfungsi dengan betul dalam perlanggaran (selagi sistem itu berfungsi dengan baik)

Anda digalakkan anda untuk melakukan penyelidikan anda sendiri, namun begitu mungkin boleh diterima bahawa jika lampu amaran beg udara anda tidak menyala, ia masih mampu berfungsi dengan baik. Jika anda benar-benar mahu mengutamakan keselamatan dalam kereta anda yang berusia sepuluh tahun anda, boleh menggantikan beg udara dan pencekang tali keledar, namun itu akan menelan kos yang mungkin sebanyak bayaran muka sebuah kereta baharu.

VW adakan rumah terbuka Hari raya

 Bersempena dengan perayaan Hari Raya kini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan "Rumah terbuka hari Raya" di seluruh negara pada hujung minggu ini iaitu 8 dan 9 Julai di semua cawangan pengedar Volkswagen.  

"Volkswagen Raya Open House" ini akan menawarkan banyak tawaran dan promosi yang luar biasa. Pengunjung juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dengan hanya memandu-uji kenderaan VW atau membuat tempahan untuk kereta Volkswagen pada hujung minggu tersebut. 

Ia nya juga merupakan peluang terakhir untuk merebut tawaran istimewa terhad penyelenggaraan percuma 5 tahun yang ditawarkan untuk mana-mana varian VW Vento atau Passat yang dibeli sebelum 31 Julai. Baucar bahanapi bernilai RM500 juga turut ditawarkan untuk semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan sebelum akhir bulan. 

Seperti lazimnya, "Rumah Terbuka Hari Raya" tidakkan lengkap tanpa makanan. Sebagai sebahagian daripada perayaan hujung minggu, pengunjung juga boleh menikmati durian dan sate yang disediakan secara percuma di samping pelbagai makanan lain serta mangambil bahagian dalam banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga.

Kunjungilah bilik pameran Volkswagen berdekatan anda hujung minggu ini.

Penanggung insurans enggan tambah Diskaun NCD motosikal?

Mulai bulan Julai ini kesemua syarikat insurans yang menawarkan insurans kenderaan bermotor dan insurans kebakaran akan dibolehkan menawarkan pakej pakej insurans yang disesuaikan selaras dengan amalan liberisasi insurans yang telah kami bincangkan awal dahulu. (Klik sini untuk baca semula)

Walaupun dijankakan tidak akan membebankan pengguna kenderaan bermotor, perlaksanaannya hanya akan boleh dinilai dengan membandingkan pakej yang ditawarkan satu satu syarikat itu berbanding dengan yang lain.

Walaupun ada pengnalisis automotif yang mengatakan bahawa ianya mampu (hanya mampu) menguntungkan pengguna, adalah diharapkan ia nya bukan hanya ayat gula gula yang diasaskan pada teori, ataupun memberi tambahan diskaun kerana "memandu berhemah" tetapi mengiis diskaun lain sepert diskaun pembelian atas talian (online purchase discount).

Sebagai contoh, selama ini diskaun tanpa tuntutan (No Claim Discount atau NCD) bagi motosikal hanya diberikan setinggi 25% selepas tahun keempat, sedangkan bagi kenderaan kereta persendirian pula diskaun NCD yang ditawarkan adalah setinggi 55%.

Jika difikirkan, risiko syarikat penanggung insurans menurun sama kadarnya bagi sesebuah kenderaan tak kiralah samada ia nya kereta mahupun motosikal. Oleh itu tiada sebab mengapa kadar yang sama tidak boleh ditawarkan bagi motosikal.

Seperkara lagi yang telah kami pertengahkan dahulu ialah insurans bagi pemilik kenderaan dan motosikal klasik, yang kebanyakkannya amat jarang sekali digunakan di atas jalanraya dan dijaga rapi, serta ditunggang hanya ketika ada perhinpunan atau pertunjukan sahaja. Namun, masih dikenakan surcaj "loading" atau beban tanggungan insurans dek kerana usia kenderaan tersebut.

Seharusnya dua perkara pokok ini juga dikaji penganalisis automotif ataupun Institut Automotif Malaysia (MAI), yang mungkin tidak menyedari bahawa setiap peratus diskaun yang dijimatkan penanggung insurans melibatkan lebihkurang satu juta ringgit wang pengguna motosikal saban tahun bagi setiap satu juta motosikal di jalanraya, mengandaikan purata kadar bayaran insurans keseluruhan sebanyak RM100 bagi setiap motosikal. Itu hanya purata yang diandaikan untuk memudahkan pemahaman. Ini juga bermakna bahawa puluhan jutaan ringgit dijimatkan penanggung insurans dengan tidak memberikan kadar diskaun NCD yang sama dengan kereta! Itu baru dikira bagi satu juta motosikal sahaja. Berapa juta motosikal kah berada di jalanraya Malaysia kini?

Apakah dengan iberisasi insurans baharu ini akan ada penanggung insurans yang bermurah hati menawarkan kadar diskaun yang lebih tinggi....? Demi kepentingan ramai dan demi golongan berpendapatan rendah? Ya, akan ada yang mengatakan, bezanya hanya mungkin beberapa ringgit sahaja.

Tapi, RM1 bagi seorang pesawah mungkin mampu membeli secawan teh-o di kawasan pedalaman Kedah, namun mungkin hampir tiada nilainya bagi seseorang dengan secawan kopi premium di KLCC..............
Soalan Lazim  Mengenai Liberalisasi Motor Insurans (dari laman Bank Negara Malaysia)
1.  Apakah maksud liberalisasi insurans motor?
Liberalisasi insurans motor bermaksud harga produk insurans motor tidak akan lagi ditentukan berdasarkan Tarif Motor (senarai harga yang telah ditetapkan). Harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.
Pengguna kini boleh menikmati pilihan produk insurans motor yang lebih luas pada harga yang kompetitif memandangkan liberalisasi menggalakkan inovasi dan persaingan antara penanggung insurans dengan pengendali takaful.  Penanggung insurans dan pengendali takaful boleh mengenakan premium yang
berpadanan dengan faktor risiko yang lebih luas yang sedia ada dalam kumpulan pemegang polisi yang diinsuranskan dan juga menjual produk-produk baharu yang tidak ditetapkan di bawah tarif.
 
2. Bagaimanakah premium insurans dikira hari ini?
Premium insurans dikira berdasarkan nilai diinsuranskan dan model kenderaan. Selain itu, penanggung insurans dibenarkan menggunakan bebanan premium terhad berdasarkan umur pemandu dan jumlah kemalangan yang pernah dialami. Bergantung pada rekod tuntutan oleh pemandu, premium yang dikira untuk dibayar diselaraskan dengan diskaun (Diskaun Tanpa Tuntutan atau NCD).
Lazimnya, pemandu yang mempunyai rekod memandu yang baik akan menikmati
peratusan NCD yang lebih tinggi sehingga 55%. Walau bagaimanapun, pemandu mungkin menerima sebut harga yang berbeza daripada penanggung insurans yang berbeza disebabkan
faktor-faktor lain seperti dinyatakan di atas.

3. Bagaimanakah harga premium insurans ditetapkan mulai 1 Julai 2017 dan seterusnya?
Mulai 1 Julai 2017, dalam persekitaran yang liberal,  lebih banyak faktor risiko akan diambil kira untuk menentukan premium. Selain nilai diinsuranskan, keupayaan enjin kenderaan, umur kenderaan dan umur pemandu, premium mungkin didorong oleh faktor lain. 
Faktor-faktor ini mungkin termasuk ciri-ciri keselamatan di dalam kenderaan, tempoh kenderaan itu berada di jalan raya, lokasi geografi kenderaan (dalam kawasan yang mengalami insiden kecurian yang tinggi) dan kesalahan lalu lintas yang pernah dialami. Faktor-faktor ini akan menentukan profil risiko kumpulan
pemegang polisi yang akan menentukan premium.Memandangkan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mempunyai cara yang berbeza-beza dalam menentukan profil risiko kumpulan, harga polisi motor akan berbeza daripada satu penanggung insurans kepada penanggung insurans yang lain.
 
4. Bilakah Liberalisasi Tarif Motor akan dilaksanakan?
Fasa 1 Liberalisasi Tarif Motor dan Tarif Kebakaran telah diperkenalkan pada 1 Julai 2016.  Semasa  fasa  permulaan  ini,  penanggung  insurans  dan  pengendali  takaful diberikan  fleksibiliti  untuk  menawarkan  produk  baharu  motor  dan  perlindungan  tambahan yang tidak
ditetapkan di bawah tarif yang sedia ada.
Mulai  1  Julai  2017,  liberalisasi  kadar  premium  produk  Motor  Komprehensif;  dan  produk   Motor   Pihak   Ketiga   Kebakaran   dan   Kecurian   akan   dilaksanakan  dan  penetapan   harga   premium   akan   ditentukan   oleh   penanggung   insurans dan   pengendali takaful masing-masing. Walau  bagaimanapun,  kadar  premium  produk  Motor  Pihak  Ketiga  akan  terus tertakluk pada kadar tarif
.
 





KL-Manjung satu setengah jam melalui WCE



Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat atau Lebuhraya Pantai Barat (The West Coast Expressway) merupakan  lebuh raya yang sedang rancak dibina di pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia akan menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad, pemilik majoriti projek dan Road Builder Group, anak syarikat IJM Corporation Bhd. 

Lebuhraya ini dijangka siap pada penghujung 2018 dan dikatakan mampu memendekkan perjalanan dari ibukota ke Pulau Pinangkepada hanya tiga jam sahaja, manakala perjalanan ke daerah pelancongan Manjung di Perak hanya mengambil masa satu setengah jam dari ibukota mahupun dari Pulau Pinang.

Lebuhraya sepanjang 233 km ini akan mempunyai 9 plaza tol di Selangor dan 11 di Perak, dengan 21 perimpangan yang menghubungkannya dengan lebuhraya utama yang lain.

Marquez kembali memimpin MotoGP

 Juara bertahan musim lepas sekali lagi menawan Litar Sachsenring untuk kemenangan lapan kali berturut-turut di sana. Marc Marquez (Repsol Honda Team) telah memenangi kesemua kemenangan ini dari petak pertama (pole position). Bagaimanapun, rookie Jerman, Jonas Folger (Monster Yamaha Tech 3) mendesak Juara bertahan itu di laman sendiri sepanjang perlumbaan itu dan akhirnya telah berjaya memperolehi podium pertama untuk dirinya. Dani Pedrosa (Repsol Honda Team) menyempurnakan tangga terakhir podium untuk kembali dalam persaingan kejuaraan berikutan GP Belanda tiak begitu menggalakkan baginya.

Marquez memimpin memasuki selekoh pertama dari awal, dengan diekori rakan sepasukan Dani Pedrosa ketika Jorge Lorenzo (Ducati Team) melonjak dari P6 pada grid ke kedudukan ketiga setelah memintas Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Jonas Folger.
 Marquez dan Pedrosa mula memimpin di hadapan sambil Folger berusaha keras untuk menempatkan dirinya di kedudukan ketiga untuk mencabar kedua dua pelumba Repsol Honda yang mendahuluinya itu. Setelah memilih ketika yang sesuai dengan teliti, rookie Jerman itu kemudiannya berjaya memintas Pedrosa dan bersedia untuk menyerang Marquez pula.

Di belakang mereka, Petrucci meintas Lorenzo untuk menguasai tempat keempat, dan 'Doktor' Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) juga turut mendesak ke hadapan, manakala Andrea Dovizioso (Ducati Team) dan Petrucci kemudiannya bertarung untuk tempat keempat sementara Pedrosa di hadapan mereka mula ketinggalan dari Duo utama. Folger kemudiannya tersasar meluas sedikit dan Marquez mengambil peluang itu untuk menjarakkan diri, namun masih tidak dapat mengekang jauh pelumba muda Jerman itu.

Kedudukan ini berterusan ke akhir perlumbaan, dengan Marquez mendahului hanya +0.1 saat di setiap pusingan, diekori pelumba muda Jerman yang tidak langsung berputus asa. Menghadapi Juara bertahan yang mengejar kemenangan kelapan berturut-turutnya di litar tersebut, Folger tetap tenang walaupun di bawah tekanan yang luar biasa, mungkin kerana ini merupakan litar kampung halamannya. Namun akhirnya satu kesilapan kecil melihat Folger tersasar sedikit, dan Marquez telah meluaskan jurang di antara mereka dan akhirnya menyeberangi garisan untuk menang lebih tiga saat di hadapan.
 Folger membuat percaturan selamat di pusingan akhir untuk melepasi garisan di tempat kedua bagi podium kelas perdana pertamanya, melengkapkan persembahan luar biasa di perlumbaan laman sendiri. Dani Pedrosa menyempurnakan podium selepas tunggangan berseorangan tanpa cabaran di peringkat akhir, untuk pulih dari GP Belanda yang mengecewakan.

Kedudukan tempat keempat Rossi telah menghadapi serangan dari Dovizioso, yang turut disertai Viñales dan Alvaro Bautista (Pull & Bear Aspar Team). Selepas beberapa aksi yang menakjubkan, Viñales akhirnya berjaya menawan P4, diikuti rakan sepasukannya Rossi untuk melengkapkan kedudukan lima teratas.

Bautista berjaya merangkul P6 selepas membuktikan kemampuannya dalam pertarungan dengan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) yan melepasi garisan di tempat ketujuh untuk mengumpul mata yang baik untuk kilang Noale menjelang musim panas.

Dovizioso yang memimpin kejuaraan ketika perlumbaan ini bermula telah menyeberangi garisan di P8 dan namun berada di tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) bangkit semula di perlumbaan ini untuk menduduki tempat kesembilan dari permulaan P19 di grid. Cal Crutchlow (LCR Honda) melengkapkan senarai sepuluh teratas.

Jorge Lorenzo menyeberangi garisan di P11 walaupun berada di kelompok hadapan di awal perlumbaan. Danilo Petrucci juga senasib dengannya, dan haya mampu menduduki tempat ke-12 dihadapan pasangan Red Bull KTM Factory Racing, iaitu Pol Espargaro dan Bradley Smith. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) menylengkapkan senarai lima belas teratas.

Cuti musim panas kini berlangsung dan perlumbaan MotoGP akan hadir lagi berturut turut pada awal pada bulan Ogos kelak. Juara bertahan Marquez kini bertakhta selepas kemenangan GP Jermannya, mendahului lima mata dari pencabarnya Maverick Viñales. Dovizioso kini berada satu mata di belakang Viñales untuk menghadapi litar Brno dan Red Bull Ring. Rossi mengekori di tempat keempat, dengan hanya empat mata, manakala Pedrosa masih mampu menggugat pertarungan kejuaraan di tempat kelima.


Keputusan perlumbaan MotoGP
1 - Marc Márquez (SPA - Honda) 40'59.525
Rider Pasukan Bebas 1:
Pos 2 Jonas Folger (GER - Yamaha) + 3.310
-
3 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) 11.546