Showing posts with label lebuhraya. Show all posts
Showing posts with label lebuhraya. Show all posts

Penunggang motosikal jatuh maut kemalangan lebuhraya bertingkat

 

SUSULAN KEMALANGAN PENUNGGANG JATUH DARI LEBUHRAYA SUKE

Pada 5 Jun 2008, penunggang motosikal pelbagai kelas telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya atau yang  dikenali sebagai Maju Expressway. Turutan dari itu, penunggang motosikal juga telah dibenarkan menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) berkuatkuasa 20 Jun 2008. Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed, berkata ianya merupakan lebuh raya bertingkat kedua yang dibuka kepada motosikal pada bulan ini.

Sebelum itu, motosikal tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya bertingkat atas faktor² keselamatan. Untuk rekod, kedua² lebuhraya ini sebenarnya tidak direkabentuk untuk kegunaan motosikal. 

Malahan, sebenarnya kedua² lebuhraya tersebut telah digazetkan dengan melarang penggunaan motosikal di atasnya, di bawah Subseksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sebelum kelonggaran penggunaan lebuhraya oleh motosikal itu dibuat. Berdasarkan fakta ini, apakah Lebuhraya SUKE juga digazetkan dengan peruntukan yang sama...?

Penjelasan yang dibuat bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Fadhillah Yusof pada 10 Mei 2015 turut menyatakan bahawa kebenaran yang diberikan pada tahun 2008 itu hanyalah bersifat sementara dan boleh ditarik balik. Ini susulan laporan ketika itu dari kedua² pemegang konsesi lebuhraya tersebut yang mengatakan bahawa motosikal merupakan salah satu faktor penting punca kemalangan di kedua² lebuhraya tersebut. 

Beliau berkata kelonggaran itu dibuat setelah mengambil kira peningkatan harga minyak ketika itu (RM2.70 se liter) yang membebankan rakyat, terutama sekali golongan berpendapatan rendah di bandar raya, yang lebih cenderung menjadikan motosikal sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja. Tindakan ini merupakan sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat terutama ketika berhadapan dengan krisis harga minyak global dan kenaikan sara hidup, katanya.

Mohd Zin awalnya juga berharap pemegang konsensi lebuh raya itu serta polis akan melakukan pemantauan yang ketat bagi mengelakkan penyalahgunaan lebuh raya itu, terutama sekali untuk berlumba haram.

Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur yang dibuka pada tahun 2001, yang sepanjang 7.4 kilometer, dan dikendalikan oleh syarikat konsensi Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PROLINTAS), sementara MEX pula dikendalikan oleh Maju Expressway Sdn Bhd.

Pihak kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), yang berkaitan. Al-Fatihah.


RFID secara menyeluruh di lebuhraya PLUS mulai malam ini


 Transaksi tol menggunakan teknologi RFID diperluaskan ke laluan Juru hingga Skudai di lebuhraya tersebut mulai jam 10 malam ini, 15 Januari 2022 ini. Dengan pelaksanaan tersebut, semua 83 plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan menyediakan sekurang-kurangnya 1 lorong RFID untuk membolehkan pelanggan lebuhraya melengkapkan transaksi tol mereka. 

Ini bermakna, pelanggan kenderaan penumpang persendirian (Kelas 1) mempunyai lebih pilihan sama ada menggunakan kad Touch ‘n Go, SmartTAG atau RFID untuk membayar tol.

“Bermula jam 10 malam pada 15 Januari ini, pelanggan RFID Touch ‘n Go yang telahpun menggunakan kaedah tersebut untuk membayar tol di lebuhraya-lebuhraya lain sebelum ini boleh menggunakan teknologi tersebut secara menyeluruh di lebuhraya PLUS. Dengan pelaksanaan ini juga, pelanggan kenderaan penumpang persendirian (Kelas 1) lebuh raya PLUS kini boleh beralih kepada RFID untuk menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar, tanpa sentuh dan menggunakan transaksi e-Dompet,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.

Pada ketika ini, terdapat kira-kira 1.5 juta pelanggan lebuhraya yang telahpun menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuhraya lain khususnya di Lembah Klang. 

Pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sahdi seluruh negara (rujuk laman web Touch ‘n Go https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres ) dan juga secara atas talian. Pelanggan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung RFID dan bagaimana ia boleh membantu mereka menikmati perjalanan lebuh raya dengan lancar di http://rfid.plus.com.my

Di mana jajaran E37 Kuala Lumpur - Seremban yang dimansuhkan bayaran tolnya?

Pangkal Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37 di Persimpangan Jalan Istana (kredit gambar: Arkib Negara)
Pada tahun 1987, Lebuhraya Utara-Selatan diswastakan sepenuhnya kepada Highway Concessionaires Berhad (kini Plus Malaysia Berhad) termasuklah jajaran Kuala Lumpur-Seremban. Namun, jajaran yang diambil alih oleh Plus Malaysia Berhad hanyalah dari Plaza Tol Sungai Besi ke selatan, (KM310.8 sehingga KM0)

Jajaran selebihnya dari Persimpangan Jalan Istana sehingga Plaza Tol Sungai Besi sepanjang 8.1 km pula diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jajaran berbaki 8.1 km inilah yang kini masih dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban E37, manakala jajaran selebihnya pula membentuk Lebuhraya Utara-Selatan E2 iaitu dari Sg Besi ke Johor Bahru . Pada tahun 2007,  Lebuhraya Salak juga telah digabungkan dengan nombor laluan E37 ini.
Titik taman E37 di KM310.8 Lebuhraya E2
 Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa laluan ini bertol kerana ketiadaan plaza tol, tetapi kutipannya tolnya dikutip oleh PLUS bagi Metramac, akibatnya kadar tol di Plaza Tol Sungai Besi sebenarnya adalah termasuk bayaran tambahan untuk jajaran E37 Kuala Lumpur -Seremban Expressway ini.

Kutipan tol bagi E37 ini telah dimansuhkan sejak tengah malam tadi, dan kini kadar tol yang perlu dibayar oleh pengguna Lebuhraya PLUS tidak lagi termasuk bayaran untuk jajaran ini, sekaligus menjadikan bayaran tolnya lebih murah.


KL-Manjung satu setengah jam melalui WCE



Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat atau Lebuhraya Pantai Barat (The West Coast Expressway) merupakan  lebuh raya yang sedang rancak dibina di pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia akan menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor. Lebuhraya ini dibina oleh Konsortium Lebuhraya Pantai Barat (KLPB) yang diketuai oleh Kumpulan Europlus Berhad, pemilik majoriti projek dan Road Builder Group, anak syarikat IJM Corporation Bhd. 

Lebuhraya ini dijangka siap pada penghujung 2018 dan dikatakan mampu memendekkan perjalanan dari ibukota ke Pulau Pinangkepada hanya tiga jam sahaja, manakala perjalanan ke daerah pelancongan Manjung di Perak hanya mengambil masa satu setengah jam dari ibukota mahupun dari Pulau Pinang.

Lebuhraya sepanjang 233 km ini akan mempunyai 9 plaza tol di Selangor dan 11 di Perak, dengan 21 perimpangan yang menghubungkannya dengan lebuhraya utama yang lain.