Gobox gerobok makanan santai

Gobox: Gerobok atau lemari dalam loghat Melaka Lama tak melepak dengan salah satu kelab motosikal berdaftar tersenior di Malaysia, iaitu Cop Riders Club. Masih ingat lagi macamana dulu kami berusaha menubuhkan kelab ini hasil perbincangan di 'port' awal dahulu iaitu di Jln Binjai, sebelum berpindah prt ke Jlan TAR, KL.  Malam tadi kami cuba pula satu lagi port baharu atas jemputan salah seorang ahli CRC iaitu saudara Gig saiful yang membuka gerai makanan kudapan melayu tradisional. gobox
Port yang dimaksudkan ialah Gobox Concept yang terletak di No.12 Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Cuma 300m dari KLCC, port santai ni menawarkan kawasan yang tenang, jauh dari jalan besar, boleh borak dengan selesa sambil makan pelbagai makanan yang ditawarkan di sana, dari kudap kudapan hinggalah makanan yang mengenyangkan. Sambil makan boleh kena plak minum air yang pelbagai citarasa sambil gelak ketawa dengan kengkawan. IMG_8007IMG_7991 IMG_7999
Berkonsep food court kontena open air terbuka yang ada menawarkan macam macam makanan dari menu tempatan, western, mexican, jepun, italiano dan macam macam lagi. Antara menu yang ditawarkan di GOBOX CONCEPT : [+] Lobster [+] Teppanyaki [+] Asam Pedas [+] Shellout [+] Pizza (yang warna pink tu menarik...) [+] Churros [+] Buffalo Wings [+] Thai food [+] PATIN Tempoyak [+] Lempeng [+] Otak2 [+] Kudap kudapan cekodok lempeng banana cheese dari gerai Gig Saiful IMG_8011  IMG_8013IMG_7998IMG_7996
Macam macam lagi la ada kat sana. Kalau nak senaraikan mau sampai esok tak abis. Dan kontena ni dua tingkat, bawah jual makanan, kat atas ata eruncitan dan lain lain, nak rias kuku pun ado.... Kat mana lokasi sebenar? haa, korang kalau bawak kereta ke parking senang sebab ada servis valet rm4 sahaja, moto parking percuma (SEMUA jenis moto dialu alukan tak kira apa saja, kita bikers tiada beza, janjinya dua roda....syarat: parking elok elok der). Boleh search kat maps atau waze "gobox concept" atau terus ke Jalan Liew Weng Chee menyimpang dari Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. 
IMG_8004  IMG_8003
Waktu operasi dari 6 Petang sampai 2 Pagi. Jadi kalu, korang nak lepak sampai tengah malam & nak carik makanan best tengah KL yang berbaloi, boleh laa datang. Setiap bulan ada cabutan pemenang bertuah, yang akan dapat baucar RM30 untuk guna kat Gobox Concept. Mana tau rezeki korang..... kan? Jumaat dan sabtu boleh layan dengan buskers. Dan kalau ada yang nak makan kelass sikit, ada cafe Sanggul kat situ, yang menyajikan makanan masakan chef ala semi-fine dining dari pukul 10 pagi hingga 10 malam tiap hari. Jom!! 





Kesedaran pemakaian topi keledar semakin meningkat

Duta Khas Setiausaha Agung PBB untuk Keselamatan Jalan Raya, Jean Todt, yang menekankan kenaikan kadar kematian lalu lintas jalan raya di peringkat global menyarankan semua pihak agar mengambil langkah-langkah perlu terutamanya di rantau ini. Penggunaan kenderaan dua roda berkuasa kini semakin berkembang disebabkan oleh pembandaran, keperluan yang lebih tinggi untuk mobiliti, aksesibiliti, kemampuan dan fleksibiliti, terutamanya di Asia Tenggara.

316,000 kematian tahunan berlaku di jalanraya Asia Tenggara, dan kira-kira 34 peratus daripada jumlah tersebut adalah berkaitan dengan kenderaan dua roda dan majoritinya adalah akibat kecederaan kepala. Penguatkuasaan dasar yang mempromosikan penggunaan kualiti dan topi keledar yang betul serta latihan, pelesenan dan insurans yang mencukupi, mampu mengurangkan bilangan kematian dan kecederaan serius kenderaan dua roda dengan ketara.
Beberapa bengkel telah dianjurkan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelesaikan perselisihan dalam kualiti topi keledar sekitar rantau ini serta untuk berkongsi amalan terbaik bagi menangani kesemua perbezaan termasuk pelaksanaan peraturan PBB berkenaan topi keledar atau helmet (peraturan 22) dan pelaksanaan penguatkuasaannya.

Dalam sebuah bengkel yang telah diadakan pada April lepa, beberapa kesimpulan telah dipersetujui wakil wakil negara yang hadir, antaranya:
Tahap keselamatan minimum yang disediakan oleh instrumen undang-undang PBB untuk kenderaan dan aksesori yang digunapakai oleh negara maju pada masa lalu dan pada masa ini, harus dikongsi dengan seluruh komuniti global.

Setiap orang mempunyai hak untuk mempunyai tahap keselamatan jalan raya minimum yang sama. Ia nya adalah hak kemanusiaan setiap orang.

Keseragaman dan harmonisasi keperluan undang-undang bagi reka bentuk dan penggunaan kenderaan atau aksesori seperti
helmet adalah satu cara untuk mencapai matlamat ini. Tidak ada warganegara kelas kedua yang akan mendapat tahap perlindungan  lebih rendah dan Peraturan PBB No. 22 adalah asas utama tahap keselamatan topi keledar minimum ayng akan memanafaatkan para penunggang kenderaan dua roda berkuasa secara global.

Transposisi Peraturan PBB No. 22 ke dalam undang-undang nasional harus sepadan dengan kesertaan pada Perjanjian 1958. Dengan cara ini negara peserta boleh menerima menafaat:
(i) pengetahuan pihak peserta perjanjian yang lain,
(ii) perkhidmatan teknikal pihak peserta perjanjian yang lain dalam melaksanakan ujian ke atas helmet bagi pihak orang lain
(iii) membolehkan pengawasan pasaran yang lebih baik, memandangkan semakan 3 Perjanjian akan membolehkan akses untuk mengkaji data kelulusan (sistem DETA) pihak peserta perjanjian (dengan ini helmet palsu akan lebih mudah dikenal pasti),
(v) penguatkuasaan yang lebih baik, kerana polis boleh lebih mudah mengenal pasti helmet yang diluluskan melalui tanda E.

Tidak mudah mengenal pasti sumbangan Peraturan PBB No. 22 dalam mengurangkan kematian jalan, tanpa mengambil kira penguatkuasaan dan pendidikan.

Walau bagaimanapun, negara-negara yang menjadi pihak peserta perjanjian dan konvensyen UNECE, termasuk Perjanjian 1958 dan Peraturan No. 22 yang dilampirkan, telah berjaya mengurangkan separuh daripada jumlah kematian jalanraya sejak penyertaan mereka.

HLY Marine kini pengedar ekslusif enjin sangkut Yamaha

 Usui Hirofumi dan Dato' Jim Khor

HLY Marine Sdn Bhd hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Yamaha Motor Co., Ltd  di ibu pejabat YMC di Iwata, Jepun, setelah HLY Marine dilantik secara eksklusif sebagai penjual semula dan pengedar produk enjin sangkut Yamaha Marine di Semenanjung Malaysia.

Dengan termeterainya perjanjian ini, HLY Marine yang merupakan anak syarikat milik penuh Hong Leong Industries Berhad, akan menawarkan dan melaksanakan konsep 3S yang merangkumi jualan, perkhidmatan dan alat ganti produk enjin sangkut Yamaha Marine bagi keseluruhan barisan enjin sangkutnya yang ringan, bertugas berat, cekap dan mudah alih.

"Sememangnya, kami teruja dengan pelantikan ini dan mempunyai penuh keyakinan dalam perkongsian ini. HLY Marine mempunyai kepakaran yang diperlukan, dan juga berada dalam kedudukan yang baik untuk menyediakan tahap kualiti dan perkhidmatan yang akan diperlukan oleh pelanggan," kata Pengarah HLY Marine, Dato' Jim Khor. "Pelantikan ini juga mengesahkan rekod prestasi kami yang kukuh dengan YMC," tambahnya.

Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan, Operasi Perniagaan YMC Marine, En Usui Hirofumi, turut mengiktiraf hubungan kukuh tersebut. "Kami berharap untuk bekerjasama rapat dan yakin dengan HLY Marine sebagai rakan pengedar eksklusif kami, ke arah menjalin rangkaian pengedaran baharu yang lebih kuat di Semenanjung Malaysia," katanya.
Kiri ke kanan: En Chow Khee Thiam, Dato' Jim Khor, En Usui Hirofumi dan En Ando Satoshi.

HLY Marine akan beribu pejabat di Sungai Buloh, Selangor, dan akan menempatkan pusat servis utama mereka yang dilengkapkan oleh YMC.

Pada majlis tersebut, HLY Marine diwakili oleh pengarahnya Dato' Jim Khor, dan Pengurus Besarnya En Chow Khee Thiam, manakala YMC pula diwakili oleh En Usui Hirofumi dan Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Satu, Operasi Perniagaan Marine, En Ando Satoshi.

Cat biru zon motosikal di KL mampu mengundang bahaya

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah  mewujudkan zon keutamaan motosikal di beberapa lokasi lampu isyarat dalam usaha untuk melaksanakan penstrukturan trafik yang baharu di ibu kota Kuala Lumpur. Zon tersebut yang dicat warna merah dan putih akan menjadi penanda kepada setiap penunggang motosikal untuk berhenti di dalam petak khas sementara menunggu lampu isyarat dan tidak lagi dibenarkan memberhenti kenderaan di luar petak tersebut. Kenderaan lain perlu memberhentikan kenderaan masing-masing di belakang petak itu. Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata penstrukturan trafik ini adalah bagi menjamin keselamatan pejalan kaki untuk melintas dan memberi kemudahan kepada pengguna motosikal berhenti dalam keadaan selamat. "Dalam usaha ini, saya harap agar ia dapat mengurangkan kes jenayah yang sering berlaku di jalan raya seperti masalah ragut dan pecah cermin kereta," katanya pada sidang media di sini hari ini. Setakat ini DBKL menyediakan zon motosikal di tiga lokasi merangkumi Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak. Setiap zon yang berkeluasan 6.096 meter mampu memuatkan lebih 20 motosikal dalam satu-satu masa. DBKL akan memberi tempoh percubaan selama tiga bulan bermula bulan ini kepada pengguna jalan raya untuk membiasakan diri dengan penstrukturan trafik yang baharu itu. Selepas tempoh percubaan itu, penunggang motosikal yang gagal mematuhi arahan itu akan dikenakan kompaun antara RM50 hingga RM100. Sementelah usaha penambahbaikan ini disanjung dan disokong dari segi konsepnya, seperkara lagi yag patut dipertimbangkan adalah penggunaan cat dalam mewarnakan zon motosikal ini. Sebelum ini zon tersebut pernah diwujudkan walaupun secara agak ringkas. Kesannya masih boleh dilihat di persimpangan Jalan Sultan Ismail, di mana dahulunya zon ini ditandakan dengan lukisan motosikal diantara dua garisan juga, tetapi tidak diwarnakan latarbelakangnya. IMG_4562 IMG_4563 Penggunaan cat bagi menandakan zon dan laluan khas motosikal juga digunakan di United Kingdom dengan warna biru dan digelar cycle superhighways (CSH). Sebagai negara maju kita mampu mengandaikan bahawa cat yang digunakan telah diuji keselamatannya oleh pihak mereka. b1a Namun begitu hanya beberapa hari lepas, seorang koroner telah menuntut "semakan segera"  mengenai keselamatan cat biru yang digunakan pada CSH (cycle superhighways atau lebuhraya sikal) selepas seorang penunggang motosikal terbabas melanggar tiang penghadang jalan dalam hujan dan mengalami kemalangan maut. Dr Fiona Wilcox telah mengeluarkan tuntutan semakan tersebut kepada pihak Pengangkutan London (Transport of London atau TfL) sebagai langkah pencegahan kematian melaporkan bulan sebelum dia membuat kesimpulan inkues ke atas kematian Milan Dokic, 49, yang terbabas di Battersea Park Road pada 1 Mac tahun lalu selepas hilang kawalan motosikal dalam keadaan basah pada kira-kira 1 tengah hari. Dokic telah memasuki lorong CS8 - salah satu superhighways berasingan bagi sikal yang mula diperkenalkan oleh Boris Johnson, ketika memotong sebuah sebuah van. Dalam laporan beliau untuk TfL, Dr Wilcox menulis: "CCTV jelas menunjukkan motosikal kehilangan cengkaman dan menggelongsor di sepanjang jalan. Malangnya, Dokic terjatuh dan melanggar "bollard", dan mengalami kecederaan yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian." Beliau turut berkata bahawa beliau juga sedang mengkaji keterangan satu lagi kes kematian "dalam keadaan yang sedikit berbeza" di Battersea "di mana cengkaman rendah pada CSH (lebuhraya sikal) mungkin telah memainkan peranan". Dalam kajian pra-inkues di mahkamah Westminster koroner pada 14 Februari, seorang penyiasat perlanggaran memberi keterangan bahawa permukaan jalan yang dicat mempunyai rintangan gelinciran dsebanyak 56.3, berbanding dengan skor permukaan jalan konvensional sebanyak 77. Bahagiana lebuhraya yang berhampiran lintasan pejalan kaki pula dibina berbeza dan mempunyai rintangan gelinciran sebanyak 89.8. Dr Wilcox berkata beberapa penunggang motosikal dan juga basikal telah bercakap tentang kekurangan cengkaman pada beberapa bahagian lebuhraya, yang terletak di antara Westminster dan Wandsworth. Beliau turut memberi amaran kepada TfL bahawa "terdapat risiko bahawa kematian mungkin berlaku di masa akan datang" melainkan jika TfL mengambil tindakan segera. Beliau turut menyeru "kajian semula segera semua di kawasan yang dirawat dengan cat permukaan jalan itu dan menggantikannya dengan permukaan bercengkaman  lebih baik. "Kebimbangan ini terlalu mendesak untuk ditunggu sehingga perbicaraan penuh." Inkues tersebut yang akan diadakan pada musim panas ini. Dalam perkembangan lain pada Januari lepas di London UK juga, penunggang basikal dikatalkan telah "jatuh seperti skittles (pin sejenis boling padang)" kerana permukaan yang licin pada bahagian baharu Cycle Superhighway di selatan London. Para penunggang telah mengadu bahawa jalan berasingan bagi sikal di Stockwell itu telah menyebabkan huru-hara bilamana penunggang basikal telah tergelincir di atas permukaan bercat yang dikatakan  "berminyak". Jalan penghubung dari Clapham Road ke South Lambeth Road itu telah dibuka sejurus sebelum Krismas 2016 tetapi telah mencetuskan aduan daripada penunggang basikal. TfL  berkata ia telah melancarkan siasatan "sebagai satu perkara segera" berikutan laporan tersebut. stockwellpath0501 Di negara ini, kita sedar bahawa permukaan bercat memang menwujudkan permukaan yang licin bagi motosikal dan juga basikal. Garisan kuning penanda memperlahankan kelajuan sering menjadi kerisauan bagi penunggang, terutama sekali di kala hujan. Malangnya di beberapa garisan ini kadangkala di cat di selekoh jalan, yang mampu membahayakan penunggang! Garisan memperlahankan kelajuan seperti ini sepatutnya hanya dicat di bahagian LURUS SEBELUM sesuatu selekoh itu dan bukannya setelah memasuki selekoh. Permukaan bercat dan garisan jalan memang licin. Tanya saja abang abang trafik PDRM kita yang menunggang seharian, apatah lagi bagi mereka yang menunggang motosikal pacuan syaf atau aci seperti CBX750. Cuba ajak mereka kongsikan pengalaman nyaris, malah ada yang pernah jatuh dek kerana garisan garisan ini. Zon motosikal bercat ini wujud sebelum hentian persimpangan lampu isyarat. Kita tentunya tidak menginginkan seorang penunggang yang menunggang laju ketika lampu dilihat hijau, dan gagal berhenti sebelum persimpangan tersebut bila lampu isyarat tiba tiba bertukar merah. Mungkin boleh dipertikaikan sikapnya, namun begitu usahlah kita wujudkan keadaan yang mampu membahayakan. Malah, jika dibuktikan bahawa permukaan bercat ini lebih licin dari permukaan sebelumnya, bagi Abg Long itu alasan yang sudah cukup memadai untuk kita mencari alternatif lain selain penggunaan zon berwarna ini.