Showing posts with label formula one. Show all posts
Showing posts with label formula one. Show all posts

Verstappen : " Saya cuma teruskan saja!"

Max Verstappen meraikan ulang tahun ke-20nya penuh gaya sensasi dengan memenangi Grand Prix Malaysia yang terakhir di Sepang. Pelumba Belanda yang menyambut ulang tahunnya pada hari Sabtu, menambah kemenangan GPnya dengan mengawal perlumbaan dari awal.

Bermula dari tempat ketiga, dia mendapat manfaat daripada persaraan awal Kimi Räikkönen sebelum menangkis serangan oleh Valterri Bottas di Selekoh 1. Langka penting mengatasi pemimpin kejuaraan Lewis Hamilton muncul pada awal pusingan empat dan sejak itu dia tidak perlu lagi menoleh kebelakang untuk meraih kemenangan penting.

Lebih manis lagi bila Verstappen disertai di podium oleh rakan sepasukan, Daniel Ricciardo di tempat ketiga, hampir mengulangi kemenangan 1-2 mereka 12 bulan lepas.

Ricciardo yang berasal dari Australia telah memungut podium kelapannya dalam musim yang mengagumkan selepas mempamerkan beberapa kemahiran defensif yang baik untuk menangkis serangan Sebastien Vettel.

MAX VERSTAPPEN, Kedudukan Selesai: 1, Kedudukan Bermula: 3
"Ia menakjubkan untuk memenangi perlumbaan hari ini. Saya segera dapat melihat rentak kami agak baik dan Lewis sedang berjuang dengan cengkaman tayar. Saya cuma perlu teruskan untuk menggunakan peluang ini sebaiknya dan menggunakan semua kuasa bateri yang ada untuk memintasnya. Saya tahu bahawa dia berjuang untuk kejuaraan dan tidak akan mengambil terlalu banyak risiko, jadi saya cuma teruskan saja. Sebaik sahaja saya melepasi Lewis, saya tahu mulai dari sana dan seterusnya saya akan dapat mengawal perlumbaan. Kereta kami benar-benar baik dan rentak kami pada tayar lembut itu adalah lebih baik dari yang saya harapkan. Ia adalah perlumbaan yang sangat fizikal dan sangat hangat di dalam kereta, dan saya tidak merasakan begitu cergas pada hujung minggu ini tetapi kami berjaya membawa pulang kejayaan. Anda tidak boleh meramalkan baki sepanjang musim, tetapi kami terus memperbaiki kereta dan ia nya kelihatan positif. Oleh itu diharapkan dari sekarang dan seterusnya kita boleh membina semangat ini untuk sepanjang tahun dan akan mempunyai permulaan yang baik untuk musim depan. Saya tidak menjangka bahawa kami akan begitu pantas hujung minggu lepas dan tidak menjangka untuk menang di sini, jadi saya sangat gembira. "
DANIEL RICCIARDO, Kedudukan Selesai: 3, Kedudukan Bermula: 4

"Saya menikmati perlumbaan hari ini. Pada awalnya saya berharap saya dapat tamat di tempat kedua tetapi kemudian selepas keluar dari pit, saya hanya berkira untuk memegang psisi ketiga setelah diasak Sebastian. Saya sentiasa terpaksa mengekangnya dan membuatnya sesukar yang boleh tetapi saya terkejut bahawa terdapat hanya satu serangan yang benar benar menggugat saya. Mungkin dia telah banyak menghauskan tayarnya sewaktu cuba menyerang saya dan mempunyai masalah selepas itu. Sejujurnya ​​saya mengharapkan lebih banyak pertarungan sehingga tahap akhir perlumbaan dan ini akan menjadikannya lebih menarik kerana beberapa pusingan terakhir adalah seperti agak sepi. Podium kedua ini adalah hasil yang sangat positif untuk kami. Jelasnya, Max mendapat kejayaan besar dan memandu dengan baik dan saya mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangangannya; dia memandu begitu hebat sepanjang hujung minggu. Terdapat beberapa sentuhan tambahan pada kereta di sini dan saya fikir kita akan cuba lagi di Suzuka; ia kelihatan positif bagi kami di litar di mana daya tekanan ke bawahnya (downforce) begitu tinggi."













Berakhir sudah F-1 Malaysia

 Edisi ke-19 dan terakhir Grand Prix Malaysia telah menyaksikan pemandu Belanda Max Verstappen dari Red Bull Racing menghadiahkan dirinya sendiri bersempena hari jadi ke-20 dengan memperoleh kemenangan kedua kerjayanya, setelah kemenangan petamanya di Sepanyol pada tahun 2016. Max mula mendahului pelumba lain se awal pusingan 4, mengatasi pemula petak pertama Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes. Sejak ketika itu, pelumba Belanda itu mula membuka ruang mengatasi pelumba Mercedes tersebut sebelum selesa menguruskan pemanduannya sepanjang jalan ke bendera penamat dengan jurang sebanyak 12.7 saat di hadapan Hamilton.

Pasukan Red Bull Racing ternyata mempunyai kereta yang lebih pantas di Sepang bebanding pasukan pemimpin kejohanan iaitu Mercedes, dan kejayaan pasukan itu digandakan oleh Daniel Ricciardo yang juga menaiki podium di tempat ketiga, walaupun pelumba Australia tamat 22 saat di atas rakan sepasukannya. Bagi pasukan dari Austria tersebut, ini adalah kemenangan kelima Grand Prix Malaysia, dan yang kedua berturut-turut selepas kemenangan Ricciardo di sini pada tahun lepas.

Pendahulu kejohanan pemandu Lewis Hamilton mengambil pendekatan leboh berhati-hati setelah menyedari bahawa dia tidak mempunyai pakej terbaik hujung minggu ini. Hamilton telah memaksimakan peluang yang diberikan dari kesukaran yang dihadapi oleh saingannya  Sebastian Vettel dan tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan cuba mengejar Verstappen. Dia tamat di ke tempat kedua untuk memperluaskan jurang mata  ke atas ayam tambatan Ferrari dalam klasifikasi Pemandu kepada 34 mata. Ini bermakna bahawa dia mampu membalas serangan dari sekarang, memadangkan bahawa hanya satu kemenangan dan empat lagi penamat tempat kedua sudah cukup untuk menjamin kejuaraan kejuaraan dunianya buat kali keempat.

Ahad semalam merupakan keterbalikan bagi kedua-dua pemandu Ferrari Scuderia berbanding hari sebelumnya. Pada hari Sabtu, Vettel yang berputus asa dengan masalah enjin menghalangnya daripada menetapkan masa dalam ujian kelayakan. Harapan pasukan kemudiannya diserahkan kepada Kimi Raikkonen untuk membawa harapan Ferrari untuk menang, dengan pelumba Finland itu memperoleh permulaan barisan depan. Walau bagaimanapun, pada saat-saat sebelum permulaan, gilirannya pula untuk dikecewakan kerana telah terpaksa diketepikan disebabkan isu teknikal sebelum permulaan.

Sementara itu, Vettel telah menyelamatkan kekecewaan peminatnya dengan pemanduan yang menakjubkan untuk pulih dari urutan terakhir hingga ke tangga keempat. Pasukan Itali mungkin menyesal kerana tidak memaksimumkan keunggulannya hujung minggu lepas ketika kereta mereka berada dalam keadaan terbaik. Sekurang-kurangnya pemanduan hebat Vettel berjaya megecilkan jurang mata dari Hamilton jika dilihat dari keadaan mereka pada hari Sabtu.

Seolah menambah kekecewaan mereka, Vettel telah terlibat dalam perlanggaran dengan pemandu Williams, Lance Stroll pada pusingan perlahan selepas tamat perlumbaan. Keretanya mengalami kerosakan yang teruk dan Vettel terpaksa menumpang kereta Sauber yang dipandu Pascal Wehrlein untuk kembali ke padok.

Stoffel Vandoorne pula nampaknya seolah meminati angka tujuh. Pemandu McLaren itu memperoleh tempat ketujuh di grid semalam dalam sesi kelayakan dan kemudian menamatkan perlumbaan dalam kedudukan yang sama, menyamai kejayaan kerjaya terbaiknya, yang baru bermula di Singapura dua minggu lalu. Rookie dari Belgia ini juga mendapat kepuasan menamatkan saingan di depan rakan sepasukannya, Fernando Alonso (tamat ke-11)

Seorang lagi rookie lain, Stroll, mempersembahkan pemanduan yang hebat, dan menyeberangi garisan di tempat kelapan mengatasi rakan sepasukan Williams nya, Felipe Massa. Ini adalah penamat keenam pemandu Kanada itu dan dengan jumlah keseluruhan 32 mata, beliau kini hanya satu mata di belakang rakan sepasukannya pemandu veteran Brazil itu dalam klasifikasi Pemandu.

Lapan belas daripada 20 kereta di grid berjaya menyelesaikan perlumbaan semalam, sama dengan jumlah penyudahan tertinggi musim ini, iaitu ketika Grand Prix Itali pada 3 September lepas. Satu-satunya pemandu yang tidak melihat bendera itu ialah Kimi Raikkonen, yang sebenarnya langsung tidak berkesempatan untuk melihat lampu pemula perlumbaan, dan juga Carlos Sainz. Tiada kejadian kemalangan besar di litar semalam dan satu-satunya kemalangan yang merosakkan kereta dengan teruk berlaku antara Stroll dan Vettel pada pusingan perlahan selepas acara perlumbaan sebenar selesai.

Grand Prix Malaysia terakhir ini menyaksikan peningkatan penonton yang jelas meningkat berbanding angka sebelumnya: tidak kurang daripada 110,604 penonton berada di sana, peningkatan 31.9% berbanding tahun lepas. Jumlah ini adalah untuk tiga hari iaitu: 16,813 hari Jumaat (+ 17.9% berbanding tahun 2016) 37,776 hari Sabtu (+ 66,9%) dan 56,015 pada hari perlumbaan sebenar semalam(+ 19.3%). Penonton Malaysia berjumlah 88,483 iaitu peningkatan 21.3% berbanding tahun 2016, dan  22,121 penonton antarabangsa (+ 102.5%.)

Ini adalah jumlah penonton terbesar sejak tahun 2013 di mana 123,400 penonton telah hadir. Setelah 19 kali penganjuran F1 diadakan di Malaysia, jumlah penonton yang hadir ialah 1,888,231 purata 99,380 setahun.

Sayang sekali ia nya kini berakhir. Apakan peningkatan sekali ganda penonton antarabangsa tahun ini disebabkan oleh minat yang lebih besar untuk menghadiri acara F-1 termurah di dunia apatah lagi dengan penurunan nila matawang kita? Atau ia nya hanya sekadar untuk menghadiri acara terakhir di sini? Atau apakan ia merupakan putik minat untk ke Malaysia sebagai salah satu destinasi F-1 yang mampu dihadiri?

Kita hanya mampu mengagak..........

Adieu, Sayonara F-1. Mungkinkah ia akan kembali?