Showing posts with label Street Bob. Show all posts

The Prince dinobat Juara Kustom H-D EICMA 2018
"The Prince", sebuah motosikal kustom Harley-Davidson® Street Bob® hitam yang indah hasil kerjatangan Bangkok Harley-Davidson® telah dinobatkan sebagai Juara Utama Battle of the Kings 2018 di EICMA, Milan, yang disertai lebih daripada 300 penyertaan antarabangsa. "The Prince" adalah penzahiran klasik yang indah, mudah dan bersih kontemporari, berdasarkan model 2018 Harley-Davidson Street Bob. Ini adalah tahun pertama Thailand disertakan dalam pertandingan ini, yang membuat kejayaan pasukan Bangkok Harley-Davidson ini lebih manis.
Battle of the Kings adalah pertandingan kustom yang disertai seluruh rangkaian pengedaran Harley-Davidson. Bagi pertandingan 2018 lebih 300 peniaga dari lebih daripada 30 buah negara telah menyertainya untuk cabaran membina sebuah Harley-Davidson kustom menggunakan maksimum 50% daripada harga runcit model yang digunakan sebagai jumlah bajet kustomisasi dan menggunakan katalog Aksesori Motor Tulen Harley-Davidson. Undian umum yang diadakan pada awal tahun ini memperoleh 150,000 undi yang memutuskan pemenang untuk setiap negara atau wilayah dan kemudian panel hakim pakar, termasuk wartawan antarabangsa dan pembina motosikal kustom, memilih tiga finalis utama.
Jentera "Back to the Track" dari Adelaide Harley-Davidson, yang berasaskan Roadster, "Farm Machine" dari Bologna Harley-Davidson dan "The Prince" tampil untuk dipaparkan di Harley-Davidson di EICMA sebagai tiga calon utama terakhir.
Pasukan di Bangkok Harley-Davidson memilih Street Bob® untuk mencerminkan imej nostalgia berteknologi moden. Tema Emas pada hitam digunakan untuk menggambarkan jaket kulit hitam dan tema chopper, dengan penutup tangki bahan api keemasan dan penutup injap tayar bertemakan "The Prince".
Enjinnya pula diserlahkan dengan salutan serbuk emas pada tiub pushrod, sisipan kotak rocker dan mesh penapis udara. Bahagian-bahagian ini bersalut krom sebelum salutan serbuk untuk mencapai kesan bersinar. Pelananya pula dibentuk semula dan berkulit asli dengan jahitan benang kuning untuk kesan emas itu. Pelindung Derby Collection dan penutup timah tembaga digunakan untuk menghilangkan krom asal, manakala brek cakera terapung dan tuas hitam, pemijak kaki dan pemegang hendal kelihatan moden dan berkuasa.
Harley-Davidson Softail Street Bob penawaran HD terkini
Pengedar baharu Harley-Davidson di Malaysia kini menawarkan H-D Softail Street Bob, yang merupakan salah satu daripada motosikal Motor Company tersebut yang paling asas. Bagi penggemar kustom, mungkin inilah yang didambakan mereka untuk memudahkan kerja kustomisasi yang terbaik (dan menjimatkan wang). Harley-Davidson mendakwa bahawa prestasi enjin yang lebih baik pada reka bentuk baharu ini akan mengujakan peminat setia bagi tahun 2018. Ia juga merupakan model harga terendah dan paling ringan dalam barisan Softail.
Harley-Davidson mengekalkan DNA tahun 1960-an yang sentiasa memberi inspirasi kepada Street Bob, lebih untuk menyatakan semangat kuasa dan minimalis. Hendal gantung mini hitam, fender depan minimalis dan tupang togel dan tangki bahanapi padat dan dwi-ekzos berbeza panjang meningkatkan lagi penampilan ringan dan tangkasnya.
Seperti model Dyna-beralih-Softail yang lain, Street Bob dibekalkan lojikuasa empat-injap-se silinder baharu iaitu Milwaukee-Eight 107ci V-kembar dengan pengimbang dwi ganda untuk membatalkan getaran utama. Ini membolehkan enjin dipasang tegar pada kerangka tanpa pasak berpelapik getah, yang meningkatkan kekukuhan casis untuk menghasilkan pengendalian yang lebih baik. Harley-Davidson mendakwa enjin 107ci Milwaukee-Eight membuatkan motosikal baharunya 10 peratus lebih tangkas dalam ujian 0-100 kmj berbanding enjin High Output Twin Cam 103 yang digunakan sebelum ini.
Tunggangan ringkas yang dialami mengesahkan kemampuan enjin ini, dengan jumlah tork yang kaya secepat kilasan pendikit, malah anda perlu mengingatkan pembonceng agar merangkul pinggang anda supaya dia tidak ketinggalan ketika memecut pergi! Hantaran kuasa yang linear amat terasa kelancarannya, dan gegaran yang biasanya dikaitkan dengan jentera HD kini sekadar terasa sedikit, tanpa merengsakan peminat motosikal dengan konfigurasi berbeza dengan enjin v-kembar ini.
Kerangka tiub keluli ringannya telah direka semula dan adalah 65 peratus lebih tegar daripada bingkai Softail terdahulu. Kerangka baharu ini 50 peratus kurang komponen, 22 peratus kurang kimpalan dan, dengan enjin yang kukuh, menjadikan keseluruhan casis 34 peratus lebih tegar. Kerangka baharu ini (bersama-sama dengan perubahan lain) membantu mengurangkan hampir 18 kg berat Street Bob 2018 ini. Casis baru juga meningkatkan pengendalian dan sudut sendengnya.
Tupang Showa Dual Bending Valve (SDBV) yang Harley-Davidson diperkenalkan pada barisan FL tahun lepas kini digunakan untuk motosikal Softail 2018. Fork Showa ini juga menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan dan memberikan ciri-ciri redaman linear untuk menyediakan perjalanan yang lebih selesa, kendalian lebih mantap dan tunggangan yang lebih baik.
Pengenepian penyerap kejutan kembar adalah satu perubahan besar. Unit gegelung spring di bawah pelana tunggal baharu meningkatkan prestasi dengan menawarkan pergerakan roda yang lebih banyak, redaman yang lebih terkawal dan kepelbagaian penyesuaian prabeban spring yang lebih besar.
Untuk mendapatkan rupa minimalis, tangki bahan api Street Bob telah diubahsuai dan kini berkapasiti 13.2 liter, yang diimbangi oleh penggunaan bahanapi yng lebih menjimatkan iaitu sebanyak 5 liter bagi setiap 100 km, atau lebihkurang 264 km bagi setiap tangki penuh. Meter analog juga telah diketepikan agar tampak lebih minimalis, dan kini diganti dengan unit meter digital yang tersembunyi.
Harley-Davidson Softail Street Bob ini diberitakan akan ditawarkan pada harga sekitar RM107,000 dan tempahan kini sudah boleh dibuat di Gasket Alley Petaling Jaya Selangor. Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi Sdra Muhd Anis di 012 339 3242

Labels:
2018,
Dyna,
harley-davidson,
Milwaukee Eight,
softail,
Street Bob
Subscribe to:
Posts (Atom)