The Prince dinobat Juara Kustom H-D EICMA 2018
"The Prince", sebuah motosikal kustom Harley-Davidson® Street Bob® hitam yang indah hasil kerjatangan Bangkok Harley-Davidson® telah dinobatkan sebagai Juara Utama Battle of the Kings 2018 di EICMA, Milan, yang disertai lebih daripada 300 penyertaan antarabangsa. "The Prince" adalah penzahiran klasik yang indah, mudah dan bersih kontemporari, berdasarkan model 2018 Harley-Davidson Street Bob. Ini adalah tahun pertama Thailand disertakan dalam pertandingan ini, yang membuat kejayaan pasukan Bangkok Harley-Davidson ini lebih manis.
Battle of the Kings adalah pertandingan kustom yang disertai seluruh rangkaian pengedaran Harley-Davidson. Bagi pertandingan 2018 lebih 300 peniaga dari lebih daripada 30 buah negara telah menyertainya untuk cabaran membina sebuah Harley-Davidson kustom menggunakan maksimum 50% daripada harga runcit model yang digunakan sebagai jumlah bajet kustomisasi dan menggunakan katalog Aksesori Motor Tulen Harley-Davidson. Undian umum yang diadakan pada awal tahun ini memperoleh 150,000 undi yang memutuskan pemenang untuk setiap negara atau wilayah dan kemudian panel hakim pakar, termasuk wartawan antarabangsa dan pembina motosikal kustom, memilih tiga finalis utama.
Jentera "Back to the Track" dari Adelaide Harley-Davidson, yang berasaskan Roadster, "Farm Machine" dari Bologna Harley-Davidson dan "The Prince" tampil untuk dipaparkan di Harley-Davidson di EICMA sebagai tiga calon utama terakhir.
Pasukan di Bangkok Harley-Davidson memilih Street Bob® untuk mencerminkan imej nostalgia berteknologi moden. Tema Emas pada hitam digunakan untuk menggambarkan jaket kulit hitam dan tema chopper, dengan penutup tangki bahan api keemasan dan penutup injap tayar bertemakan "The Prince".
Enjinnya pula diserlahkan dengan salutan serbuk emas pada tiub pushrod, sisipan kotak rocker dan mesh penapis udara. Bahagian-bahagian ini bersalut krom sebelum salutan serbuk untuk mencapai kesan bersinar. Pelananya pula dibentuk semula dan berkulit asli dengan jahitan benang kuning untuk kesan emas itu. Pelindung Derby Collection dan penutup timah tembaga digunakan untuk menghilangkan krom asal, manakala brek cakera terapung dan tuas hitam, pemijak kaki dan pemegang hendal kelihatan moden dan berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment