Perodua raih Emas Anugerah Jenama Putra untuk tahun ketiga berturut-turut

Majlis Anugerah Jenama Putra 2019 telah menyaksikan Perodua telah meraih Emas dalam kategori Automotif untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai salah satu jenama automotif kegemaran Malaysia.

Perodua telah memenangi anugerah ini sebanyak sembilan kali dari sejumlah sepuluh tahun anugerah tersebut diadakan. Jenama automotif nasional ini telah memenangi Emas pertamanya pada tahun 2017 dan diikuti pada tahun 2018. Anugerah tersebut telah diterima oleh Naib-Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Datuk Ahmad Suhaimi Hashim.

Kami berasa rendah diri dengan pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap jenama kami. Pengiktirafan ini memotivasikan dan menggalakkan kami untuk bekerja lebih keras seiring dengan objektif utama kami, iaitu People First, yang mengutamakan keperluan dan kehendak rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad. 

Perodua lebih daripada sekadar sebuah syarikat kenderaan. Pelbagai program dianjurkan merangkumi keselamatan, kesihatan, alam sekitar, pendidikan, belia, sukan dan aktiviti amal, hinggalah kepada inisiatif-inisiatif kepuasan pelanggan serta pembangunan modal insan, para pembekal dan pengedar, kami ingin menjadi jenama yang mampu memberi kesan positif dan nyata kepada rakyat Malaysia,” ujar Dato’ Zainal.

Anugerah Jenama Putra mengiktiraf jenama-jenama kegemaran Malaysia berdasarkan wawancara awam, yang telah melibatkan lebih 8,000 responden unik tahun ini.

Ia merupakan satu-satunya anugerah jenama di negara ini yang diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As). Acara ini disokong oleh Persatuan Digital Malaysia, Persatuan Pengiklan Malaysia dan Persatuan Pakar Media.
 

No comments: